Tiga Sekawan Dicekup Ketika Membahagikan Hasil Samun


Kluang : Tiga rakan diberkas polis ketika sedang leka membahagikan hasil samun  beberapa jam selepas mereka menyamun  beberapa buah kedai serbaneka 24 jam di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata tangkapan berkenaan dilakukan pada pukul 6 pagi semalam oleh anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dibantu anggota Balai Polis Kluang dan unit MPV Kluang.
Katanya, kesemua mereka yang ditangkap dipercayai bergerak dalam kumpulan ketika melakukan tujuh kes kegiatan samun kedai serbaneka termasuk dua kes pada 28 Jan dan lima kes pada 30 Jan.
”Mereka ditahan di sebuah rumah di Jalan Padang Tembak, Kluang ketika sedang membahagikan hasil samun mereka pada 30 Jan yang dilakukan sekitar pukul 4.22 hingga 5.40 pagi.
”Ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 18 hingga 22 tahun itu dipercayai  melakukan aktiviti samun berkenaan untuk membeli dadah setelah masing-masing didapati positif bahan terlarang itu,” katanya kepada sumber dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kluang hari ini.
Jelas Mohd Abduh lagi, dua kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha 125zr dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux  kepunyaan ibu kepada salah seorang suspek berkenaan turut dirampas semasa serbuan dilakukan.
Katanya, antara barangan lain yang dirampas adalah 129 kotak rokok pelbagai jenama; 10 keping sampul surat; lima keping kad pelbagai jenis; empat buah telefon bimbit; empat buah dompet; tiga helai resit kedai serbaneka; dua buah topi keledar; dua helai topeng mulut; dua buah peti wang tunai; sebuah tabung kebajikan; sehelai jaket; seutas jam tangan; sebilah pisau; sebuah beg hitam dan sebentuk cincin.
”Pihak polis juga turut percaya yang kumpulan ini baru ‘berjinak-jinak’ dengan kegiatan berkenaan apabila masing-masing tidak mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan kita juga turut sedang melakukan siasatan samada terdapatnya ahli lain dalam kumpulan ini atau sebaliknya.
”Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan mereka ini boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman sehingga 5 Feb depan,” katanya.
Sumber : Bernama
The post Tiga Sekawan Dicekup Ketika Membahagikan Hasil Samun appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/31/tiga-sekawan-dicekup-ketika-membahagikan-hasil-samun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Tiga Jam Pengusaha Fokus Tujuh Hari Hasil Kuih Bakul

Tidur Tiga Jam Pengusaha Fokus Tujuh Hari Hasil Kuih Bakul

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 585 hits
Nur Farrah Diba Azhar menunjukkan kuih bakul yang dihasilkan untuk sambutan Tahun Baru Cina Foto BernamaBUKIT MERTAJAM 18 Jan Dalam sehari saya sempat lelap tiga jam sahaja untuk menghasilkan kuih bakul yang berkualiti demikian kata usahawa...
Terkini Terlajak Ketika Mendarat Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga Terbakar

Terkini Terlajak Ketika Mendarat Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga Terbakar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 295 hits
Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terlajak di landasan ketika mendarat dan melanggar tembok jalan menyebabkan badan pesawat pecah kepada tiga bahagian serta terbakar dalam kejadian yang berlaku di Turki Pesawat untuk penerbangan domestik ...
2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

2 Sambal Hitam Wajib Bawa Ketika Travel Sambal Mook Dan Lava Crunchy Dari Kayu Tiga

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 611 hits
2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa suka makan pedas Siapa yang boleh putus selera kalau tak ada makanan yang pedas Okay sebenarnya mummy lah ...
Tiga Maut Motosikal Bergesel Ketika Berkonvoi Di Lpt

Tiga Maut Motosikal Bergesel Ketika Berkonvoi Di Lpt

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 534 hits
KUANTAN 26 JAN Tiga lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berkonvoi di Kilometer 201 Lebuhraya Pantai Timur arah Barat di sini malam tadi Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik P...
5 Tanda Yang Bakal Muncul Ketika Tubuh Kekurangan Lemak

5 Tanda Yang Bakal Muncul Ketika Tubuh Kekurangan Lemak

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 227 hits
Bagi tubuh konsumsi lemak ini juga sama pentingnya seperti juga sayuran dan nutrisi yang lain Lemak dibutuhkan tubuh untuk menghasilkan energi membantu perkembangan otak membantu menyerap vitamin dan lainnya
Ada Pihak Ambil Kesempatan Ketika Masyarakat Dalam Kebimbangan Kes Koronavirus

Ada Pihak Ambil Kesempatan Ketika Masyarakat Dalam Kebimbangan Kes Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Beberapa pihak tidak bertanggungjawab didakwa sedang mengambil kesempatan atas kebimbangan orang ramai terhadap kes koronavirus dengan menjual pelbagai produk makanan kesihatan Perkara berkenaan disuarakan oleh Presiden Persatu...
Najib K Jaan Sekat Kemasukan Dari China Hong Kong Ketika Sars

Najib K Jaan Sekat Kemasukan Dari China Hong Kong Ketika Sars

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 263 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan pernah menghalang pengunjung daripada China dan Hong Kong daripada masuk ketika penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk kata bekas perdana menteri Najib Razak Najib berkata ia berlaku pada 2003 iaitu ketika tempo...
Intan Najuwa Berang Foto Posing Ketika Tunai Umrah Dipersoal

Intan Najuwa Berang Foto Posing Ketika Tunai Umrah Dipersoal

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 660 hits
Selepas kontroversinya dengan Zul Ariffin ada saja sahaja serba tak kena di mata netizen dengan apa yang dilakukan oleh Intan Najuwa Terbaru The post appeared first on
Bawa Beg Berisi Kasut Ketika Tawaf Sah Atau Tidak

Bawa Beg Berisi Kasut Ketika Tawaf Sah Atau Tidak

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 372 hits
SOALAN Saya ada kemusykilan mengenai umrah Ketika mengerjakan umrah kali pertama saya membawa kasut dalam uncang setiap kali saya masuk ke Masjidil Haram sama ada untuk tawaf sa ie ataupun sekadar solat Pendek kata saya membawa kasut ke man...
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Anggota Fru Kemalangan

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Mudah Meminta Cerai

Boleh Ke Pesakit Tiroid Makan Tempe Ini Jawapannya

Nasi Beriani Wak Gondan Yong Peng

Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya