Anjing Selamatkan Tuannya Dari Jangkitan Novel Coronavirus


Percaya atau tidak, seekor anjing peliharaan telah menyelamatkan pemiliknya daripada berkunjung ke bandar Wuhan yang merupakan pusat tercetusnya wabak maut, novel koronavirus (2019 n-CoV). Pastinya tertimbul persoalan, bagaimana anjing peliharaan yang diberikan nama Kimi itu berbuat demikian?


Kimi dikatakan telah mengoyakkan pasport pemiliknya, seorang wanita yang berasal dari Taiwan.

Pada awalnya, wanita tersebut berasa sungguh marah kerana anjingnya bertindak menggigit dan mengoyakkan pasportnya sehingga menyebabkannya terpaksa membatalkan hasratnya melawat bandar di Hubei itu.

Beliau meluahkan perasannya menerusi satu entri di laman Facebook pada 13 Januari 2020 yang lalu, ia sebelum menularnya berita mengenai wabak koronovirus itu.

Beberapa hari kemudian, wanita tersebut terkejut dengan berita penyebaran wabak koronavirus yang telah meragut ratusan nyawa dan berasa bersyukur dengan perbuatan Kimi.

"Masihkah anda ingat akan pasport saya? Anjing telah melindungi saya.

"Selepas mengoyakkan pasport, virus tersebut telah merebak ke tempat yang saya ingin pergi.

"Apabila difikir kembali, saya berasa sungguh terharu. Nasib baik anjing saya membatalkan kunjungan saya ke situ," katanya menerusi satu muat naik di Facebook.

Pastinya wanita tersebut berasa terhutang nyawa dengan anjing kesayangannya itu.

Ribuan Kucing di Wuhan Diancam Kebuluran


Sementara itu, sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) di Wuhan susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan haiwan-haiwan berkenaan terabai, kelaparan dan trauma.

Terpanggil dengan situasi yang menyayat hati ini, beberapa kumpulan pencinta haiwan tampil menghulurkan bantuan.

Seorang doktor haiwan yang bekerja di Wuhan memberitahu kumpulannya telah berjaya menyelamatkan lebih 2,000 haiwan peliharaan di situ sejak 23 Januari 2020 lalu.

"Haiwan-haiwan peliharaan itu ditemui di rumah tanpa sebarang makanan dan minuman.

"Pemilik haiwan berkenaan meninggalkan rumah mereka dan tidak menyangka mereka tidak boleh pulang.

"Situasi itu menyebabkan haiwan peliharaan mereka mati akibat kebuluran dan dahaga," katanya.

Persatuan Perlindungan Haiwan Kecil Wuhan pula telah mengambil permintaan bagi membantu haiwan peliharaan yang terperangkap selama dua hari selepas sekatan tersebut dikuat kuasa.

Presiden persatuan, Du Fan berkata seramai 60 sukarelawan telah menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaan dari lebih 500 kediaman.

"Sebenarnya, ada beberapa tragedi yang berlaku terhadap haiwan-haiwan peliharaan ini seperti mati sebelum kami tiba," katanya.

Menurutnya, dengan kira-kira 300,000 hingga 600,000 penduduk di Wuhan mempunyai haiwan peliharaan, agak sukar untuk mereka memenuhi permintaan yang memuncak.

"Kebanyakan yang minta bantuan kami adalah golongan migran yang bekerja di Wuhan dan tinggal di kejiranan kecil di sini.

"Mereka tidak mempunyai kawan-kawan atau ahli keluarga di Wuhan untuk membantu menguruskan haiwan peliharaan masing-masing," katanya lagi.

Dalam pada itu, terdapat beberapa sukarelawan menempatkan haiwan-haiwan peliharaan yang diselamatkan di rumah mereka dan ada juga yang mengekalkan di rumah pemilik.


Bagi haiwan yang disimpan di rumah asal, para sukarelawan akan datang secara berkala untuk memberi makanan dan minuman.

Menurut doktor haiwan di Wuhan Pet Life Online, kebanyakan haiwan peliharaan kelihatan trauma dan takut kepada manusia ketika mereka cuba menyelamatkan manakala keadaan rumah sangat bersepah.

"Terdapat lebih 100 ekor haiwan peliharaan di rumah saya sekarang. Untuk makluman, ada beberapa rumah yang menggunakan kata laluan dan ada juga yang menggunakan kunci biasa.

"Bagi kes kecemasan, kami terpaksa masuk ke rumah dengan memecahkan pintu depan atau memanjat tingkap," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Covid-19 Nama Baharu Coronavirus, Saintis Dedah Kenapa Jangkitan Merebak Begitu Pantas!Bahaya Penyakit Anjing Gila, Segera Dapatkan Rawatan Jika Digigit Atau Dicakar Anjing!
sumber: astroawani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/anjing-selamatkan-tuan-dari-novel-coronavirus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Dan Hakikat Jangkitan Wabak Novel Coronavirus Ncov 2019

Fakta Dan Hakikat Jangkitan Wabak Novel Coronavirus Ncov 2019

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 466 hits
Fakta dan Hakikat Jangkitan Wabak Novel Coronavirus nCoV 2019Fakta dan Hakikat Jangkitan Wabak Novel Coronavirus nCoV 2019 Coronavirus umpama radang paru paru dan gejala jangkitan ialah demam batuk sukar bernafas Hakikat Jangkitan Kuman Cor...
Ringkasan Jangkitan Novel Coronavirus 2019 Ncov Yang Perlu Semua Ambil Tahu

Ringkasan Jangkitan Novel Coronavirus 2019 Ncov Yang Perlu Semua Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 675 hits
Seperti yang kita sedia maklum sekarang sedang heboh dengan isu penyebaran wabak Novel Coronavirus 2019 nCoV yang merbahaya yang dipercayai berasal dari Wuhan China Bermacam macam spekulasi dan andaian telah dibuat dek kerana takut akan vir...
Risiko Jangkitan Coronavirus Terhadap Kanak Kanak Doktor Saran Amal Langkah Pencegahan Elak Dijangkiti

Risiko Jangkitan Coronavirus Terhadap Kanak Kanak Doktor Saran Amal Langkah Pencegahan Elak Dijangkiti

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 332 hits
Penularan wabak Novel Coronavirus yang bermula dari sebuah daerah di Wuhan China kini semakin merebak ke seluruh dunia Sebanyak 6064 kes yang dikenalpasti seluruh dunia dengan jumlah kematian sebanyak 132 di China sahaja pada jam 3 51petang...
Singapore 4 Kes Pertama Coronavirus Jangkitan Manusia Ke Manusia Melibatkan Rakyat Tempatan

Singapore 4 Kes Pertama Coronavirus Jangkitan Manusia Ke Manusia Melibatkan Rakyat Tempatan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 299 hits
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara tersebut dengan empat kes pertama jangkitan manusia ke manusia melibatkan rakyat tempatan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24 Tiga kes...
Wanita Hamil Kanak Kanak Sila Hadkan Lawatan Ke Hospital Bimbang Jangkitan Coronavirus

Wanita Hamil Kanak Kanak Sila Hadkan Lawatan Ke Hospital Bimbang Jangkitan Coronavirus

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 526 hits
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan Mungkin anda sering mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk dan sindrom pernafasan timur tengah Bagi mengekang penularan jangkitan...
Cegah Jangkitan Coronavirus Kerap Mandi Dan Makan Kangkung

Cegah Jangkitan Coronavirus Kerap Mandi Dan Makan Kangkung

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 431 hits
Cegah Jangkitan Coronavirus Kerap Mandi dan Makan KangkungCegah Jangkitan Coronavirus Kerap Mandi dan Makan Kangkung Coronavirus terkenal dengan sifat takut air jadi kena kerap mandi jaga pemakanan dan hadkan pergerakan Doktor Kesihatan Pro...
Covid 19 Nama Baharu Novel Coronavirus

Covid 19 Nama Baharu Novel Coronavirus

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 733 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Kesihatan Sedunia membuat penamaan baharu bagi Virus Novel Coronavirus Virus yang kini membunuh hampir 1 000 orang di China itu kini dikenali dengan nama COVID 19CO membawa maksud CoronaVI membawa maksud VirusD memba...
Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini

Status Terkini Novel Coronavirus Pertambahan 1 Kes Menjadikan 8 Kes Setakat Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 462 hits
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI JANGKITAN 2019 NOVEL CORONAVIRUS DI MALAYSIASTATUS TERKINI NOVEL CORONAVIRUSKementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat satu pertambahan kes positif 201...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga