Angkat Semula Najib Jadi Pm Ahmad Zaini



Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mustahil diangkat semula menjadi Perdana Menteri sebaik sahaja UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, bekas Perdana Menteri itu mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menerajui kepemimpinan negara berdasarkan rekod beliau ketika memegang jawatan itu sebelum UMNO jatuh pada PRU-14 lalu.
Kata beliau, Najib mempunyai ilmu dan pengalaman dan telah melalui segala proses dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO.
“Kita ketepikan soal kes beliau di mahkamah, kemampuan Najib itu ada, pokoknya untuk menyelamatkan Melayu. Beliau tidak meninggalkan perjuangan (ketika UMNO jatuh). Persepsi (negatif) orang kerana ada pihak yang melontarkan tidak baik dan ada orang ikut.
“Saya percaya Najib ada pengaruh 70 peratus (dalam UMNO), Najib sudah lalui semuanya, kalau kita nak kata orang lain (dipilih sebagai PM) saya tak nampak siapa lagi kerana dia ada sifat sebagai pemimpin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Belum selesai kemelut dalaman yang melanda UMNO, kini parti itu dipersoalkan rakan komponen BN, MIC, kerana membelakangi mereka dalam banyak keputusan selain menggesa parti Melayu itu menamakan siapa calon perdana menteri gabungan itu pada PRU-15 akan datang.
Salah satu masalah yang perlu diselesaikan jika BN ingin bertarung bersendirian pada pilihan raya umum akan datang adalah siapa yang akan menjadi calon perdana menteri, kata MIC.
Mengulas lanjut, Ahmad Zaini berkata, apa yang penting UMNO perlu kuat untuk menghadapi PRU-15, jangan ada sifat tikam belakang sesama pemimpin.
Katanya, semua pemimpin perlu mencari persetujuan sama demi mengembalikan semula tampuk pemerintahan kerajaan kepada UMNO dan BN.
Beliau menjelaskan, walaupun orang muda meminta mereka diberi peluang mengemudi parti, namun ilmu sahaja tidak memadai tanpa pengalaman.
“Kita perlu seimbang (antara ilmu dan pengalaman), Kalau nak cakap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (calon pilihan PM), beliau pun lari juga waktu UMNO susah. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun ada banyak masalah juga.
“Walaupun Najib ada kes 1MDB, namun kes tersebut masih kabur. Jadi Najib ada kemampuan untuk jadi Perdana Menteri semula. Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh jadi PM dua kali, mengapa Najib tak boleh. Kita buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah – juga daripada UMNO – turut menyuarakan hasrat mahu menjadi Perdana Menteri.
Meskipun hasrat itu mungkin tidak mendapat sokongan partinya namun bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun itu berpendapat dirinya memiliki semua yang diperlukan untuk memegang jawatan tersebut.
Memetik laporan The Vibes, Tengku Razaleigh yang mesra disapa Ku Li itu juga mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah bergurau dengan berkata beliau merupakan calon Perdana Menteri yang paling sesuai bagi UMNO sekiranya parti tersebut menang dalam PRU15.
“Anda sedang bercakap dengan dia sekarang,” kata Mohamad berseloroh pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) baru-baru ini.-UM
PAU 2020: Tok Mat Dedahkan Calon Perdana Menteri UMNO

The post Angkat Semula Najib Jadi PM – Ahmad Zaini appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/04/angkat-semula-najib-jadi-pm-ahmad-zaini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 377 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Sesekali Cakap Najib Razak Adalah Bijak

Sesekali Cakap Najib Razak Adalah Bijak

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 315 hits
BOB KELANANGDari dulu lagi aku berpandangan yang merosakkan Najib Razak adalah orang sekeliling dia yang dekat dengan dia sama macam Anwar Ibrahim yang merosakkan Anwar Ibrahim adalah orang yang rapat dengannya orang sekeliling yang ada age...
Umno Paling Banyak Dapat Duit 1mdb Melalui Najib Pendakwaan

Umno Paling Banyak Dapat Duit 1mdb Melalui Najib Pendakwaan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 219 hits
malaysiakini comDiterbitkan 26 Mar 2021 10 56 pmMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno merupakan parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1Malaysia Development Berhad menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Da...
Semua Ternanti Nanti Apa Arah Tuju Umno Najib Razak

Semua Ternanti Nanti Apa Arah Tuju Umno Najib Razak

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 256 hits
Semua ternanti nanti apa arah tuju UMNO Ahli ahli UMNO rakan seperjuangan saya agak pelik bagi kita tahun ini Jika dahulu berbagai kata kata tak elok dilemparkan kepada UMNO hari ini macam macam pihak nak masuk meminang UMNO Hari hari merek...
Menjelang Pau Najib Minta Bincang Rancangan Mahu Musnah Gantikan Umno

Menjelang Pau Najib Minta Bincang Rancangan Mahu Musnah Gantikan Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 232 hits
MALAYSIA DATELINEMenjelang Perhimpunan Agung Umno hari ini dan esok bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak meminta perwakilan membincang dan membuat rancangan untuk menyelamatkan Umno Ini kerana kata beliau ada parti parti tertentu membua...
Speaker Dewan Rakyat Tarik Diri Forum Tampil Najib Sebagai Jurucakap Utama

Speaker Dewan Rakyat Tarik Diri Forum Tampil Najib Sebagai Jurucakap Utama

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 205 hits
Forum itu turut menampilkan beberapa ahli politik PH termasuk Anwar Yang di Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun Yang di Pertua Dewan Rakyat menarik diri daripada hadir ke sebuah forum demokrasi berparlimen yang turut menampilkan bekas perdana m...
Muhyiddin Mungkir Janji Najib

Muhyiddin Mungkir Janji Najib

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 187 hits
Antara yang didedahkan oleh Presiden UMNO dalam ucapan PAU minggu lepas ialah perjanjian kerjasama untuk penubuhan Kerajaan PN sebelum ini adalah kerajaan perlu membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU awal tahun ini Dengan syarat tersebut M...
Betulkah Najib Tidak Berbohong

Betulkah Najib Tidak Berbohong

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 151 hits
Baru sekarang berita keluar Kenapa tidak pernah diumum sejak azali Kalau betul pakat tunggu PRU kenapa ada yang berpakat tandatangani SD dan urus surat pada Agong restu Anwar PM PAS setakat ini membisu atau sedang pening cari dan susun ayat...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid