Anggap Macam Ibu Sendiri Pelajar Ini Kumpul Duit Dan Beri Hadiah Kepada Makcik Cleaner
Bila tiba Hari Guru, pelajar-pelajar pasti akan berebut dan takkan lepaskan peluang untuk beri hadiah kepada guru yang mereka suka. Sama juga macam Ohmedia dulu-dulu dan paling tidak bagi sepucuk kad ucapan kepada mereka yang mengajar mereka. Sekaramg bukanlah Hari Guru, tetapi Ohmedia terharu apabila ada seorang pelajar telah dikatakan mengumpul duit dari rakan-rakan twitter untuk belikan makcik cleaner jam tangan yang baru. Ha, itu yang buatkan Ohmedia terharu sebab kadang-kadang kita terlupa yang mereka yang sentiasa menjaga kebersihan tempat kita belajar juga telah membantu kita untuk belajar.
Kisah ini dikongsikan seorang mahasiswa sebenarnya yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS dan dikenali sebagai Mahathir. Mahathir dan kawan-kawan telah menganggap makcik ini umpama ibu mereka kerana selalu tegur dan greet student setiap kali terserempak.
Ada satu makcik cleaner blok aku, baik orangnya. Selalu tegur and greet student. Ceritanya, dia teringin sangat nak ada jam baru sebab jam RM30 buy 1 free 1 dia sekarang rosak and stuck forever pukul 8:30 sebab masuk air and terhentak masa cuci toilet kolej.Dia pun kadang-kadang-— Mahathir (@madermn) September 25, 2019Jam masuk air Melalui perkongsian Mahathir, difahamkan makcik itu teringin memiliki jam baharu selepas jam yang dibelinya telah rosak selepas masuk air dan tehentak ketika mencuci tandas kolej. Disebabkan itu, Mahathir telah membuat satu posting di Twitternya dan apa yang membuatkan Ohmedia lagi terharu adalah, semua pengguna Twitter memberikan kerjasama yang amat baik sehingga berjaya mengumpul lebih RM700.
27/9/2019. 12:01am. Aku dah delete tweet number account and final amount yang you guys donate is RM790. Alhamdulillah lebih dari yang kita sangka. Those yang dm aku nak donate its okay. Yang deduction merah is aku baru balik dari beli jam makcik tu and kotak dia. pic.twitter.com/hPyQ50cnVP— Mahathir (@madermn) September 26, 2019
Walaupun ada juga yang mengecam tindakan mahasiswa ini, itu tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan rata-rata pengguna Twitter tetap menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Hasilnya?
Jam Kalis AirSo plan dia memang nak beli xiaomi, dah masuk kedai and consult dengan abg tu tapi since duit donation lebih, aku rasa better beli yang elok sikit untuk dia and water resistance. Plus xiaomi perlu recharge battery and install app so susah kalau makcik tu nak guna- pic.twitter.com/xEpKic7yeK— Mahathir (@madermn) September 26, 2019
Wanita itu terharu dengan tindakan tersebut dan memesan agar Mahathir dapat menyampaikan salamnya kepada mereka yang sudi menderma jam tangan tersebut.
Aku baru habis kelas pagi tadi and cun makcik tengah sapu corridor aku terus rushing gi siap and pass dekat dia. At first dia tolak tapi aku pujuk sebab hadiah bukan dari aku tapi kawan kawan twitter hadiahkan so dia macam slowly ambik haha pic.twitter.com/V9ZQkcHY4i— Mahathir (@madermn) September 27, 2019
Hasil Kutipan Berlebih.So aku decided untuk beli jam yang elok sikit untuk dia. Total balance ada RM489. Ahad nanti aku pergi supermarket untuk beli barang dapur untuk semua makcik cleaner. Nanti receipt and gambar dengan makcik tu aku sambung dekat thread ni. Again terima kasih guys🙏🏻✨— Mahathir (@madermn) September 26, 2019
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! You Tube
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/10/anggap-macam-ibu-sendiri-pelajar-ini.html