Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah Sedap Dimakan Sejuk


Puding memang enak dimakan sejuk. Pelbagai rasa dan rupa menjadikan manisan mudah ini menjadi pilihan ramai. BAgi anda yang suka sangat makan pudding, RASA kongsikan 12 jenis resipi puding dari instafamous tersohor Wan Zura Aishah yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Mudah, cantik dan sedap. Berbaloi cuba.
1. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan sagu | direndam 1/2 jam4 cawan air | tambah air bila perlu2 helai daun pandanPewarna pilihanCARA MEMASAK:
Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi di bahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.KUAH:
2 tin susu cairDaun pandanNOTA: Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar (tak nak panaskan pun tak mengapa)
AIR GULA MELAKA:
1 ketul gula melaka | potong kecil1/4 cawan gula merah1 cawan air2 helai daun pandanSecubit garamCARA MEMASAK:
Masak sampai agak pekatCampur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.2. AGAR-AGAR SIRAP LAICI
BAHAN-BAHAN:
20gm agar2 tali | cuci dan toskan5 cawan air1 cawan gula1 tin laici2 cawan air tin laici | tak cukupboleh tambah air2-3 sudu besar biji selasih | rendam dahulu dengan air panasSecubit garamSirap roseCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut.Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api.Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika ada ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku.Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata.Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dn biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk.Selepas 4-5 jam boleh keluarka. Enak dan sedap di makan sejuk.3. PUDING KACA
BAHAN A:
20gm agar agar tali | potong 2 dan guna separuh2 cawan air1/2 cawan gula1 tin susu cairSecubit garamCARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata.Masukkan susu cair, secubit garam dan kacau hingga sebati. Biarkan sebentar Sudah mendidih, tutup api.Bahagikan 3-4 bekas adunan agar-agar. Warnakan ikut suka dan biarkan beku/keras. Masuk dalam peti sejuk.BAHAN B:
Separuh agar2 tadi4 cawan air1/2 cawan gula1-2 helai daun pandan | simpulkanSedikit gula batuSecubit garamCARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau hingga sebati.Masukkan daun pandan dan secubit garam hingga serata dan tutup api.Agar-agar di dalam peti sejuk tadi dikeluarkan. Potong dadu kecil-kecil dan susun/tabur dalam loyang kesemuanya.Tuang agar-agar yang dimasak tadi di atasnya perlahan-lahan. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.Keluarkan puding itu dari loyang. Boleh potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.4. PUDING DRAGON FRUIT
BAHAN A:
20gm agar-agar tali | gunting dua dan guna separuh2 1/2 cawan air1/2 cawan gula atau lebihDragon fruit/buah naga | belah dua dan ambil sebelah kisar hancur dengan 1 cawan airSecubit garamCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan 2 1/2 cawan air hingga larut agar-agar dan masukkan gula.Kemudian masukkan dragon fruit yang siap dikisar tadi. Kacau rata. Masukkan secubit garam dan kacau lagi. Tuang adunan dalam acuan biru saiz kecil, biarkan beku/keras. Simpan di dalam peti sejuk.BAHAN B:
Separuh agar-agar tali3 cawan air1/2 cawan gula1 tin susu cair2 sudu tepung jagung | cairkan dengan sedikit airSecubit garamCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.Tuang susu cair, tepung jagung dan secubit garam. Sentiasa kacau, jika sudah sebati tutupkan api.Agar-agar dalam peti sejuk tadi di keluarkan dari acuan dan ketepikan.Tuang satu cawan adunan agar-agar susu dalam acuan saiz besar sedikit dan biarkan beku.Ambil agar-agar dragon fruit tadi dan masukkan dalam acuan besar. Kemudian baki agar-agar susu tadi dituang sehingga penuh acuan/menutupi agar-agar dragon fruit tadi.Bekukan dan simpan dalam peti sejuk lebih 2 jam kemudian keluarkan ia dari acuan. Sudap siap untuk di potong.5. PUDING KACANG MERAH
BAHAN A:
10gm agar-agar tali2 1/2 cawan air1/2 cawan gula | nak manis tambah lagi gula2 sudu besar tepung jagung | bancuh dahulu dengan sedikit air1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | Jadikan 1 cawan santan2 helai daun pandan | simpulkanSecubit garam1 tin kacang merah | tuang dalam penapis, lalukan bawah air paip. Tos dan asingkan.1 cawan kacang merahCARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut dan masukkan gula. Kemudian masukkan daun pandan, kacau sekata gula dan perlahankan api.Lebihan kacang merah di susun rata dalam acuan, tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi ke atas kacang merah, biarkan sederhana beku.Besarkan semula api. Lebihan agar-agar di dalam periuk campur dengan santan dan kacau sekata. Masukkan tepung jagung dan secubit garam, kacau tetapi jangan sampai mendidih, tuang santan atas agar-agar kacang merah tadi dan biarkan sederhana beku.BAHAN B:
10gm agar-agar tali3 cawan air1/2 cawan gula |nak manis tambah lagi gula.1 cawan kacang merah1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | jadikan 1 cawan santan2 sudu besar tepung jagung2 helai daun pandan | simpulkanSecubit garamSedikit pewarna merahCARA MEMASAK:
Kisar kacang merah, santan dan tepung jagung/kastard hingga hancur halus.Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.Tuang bahan kisar dalam periuk dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan secubit garam, kemudian pewarna merah dan kacau serata. Agak-agak nak mendidih, tutup api.Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi dan biarkan beku/sejuk. Simpan dalam peti sejuk.Boleh keluarkan puding tadi dari acuan dan boleh di hidang. Pastikan puding ini di makan ketika masih sejuk.6. PUDING SANTAN PELANGI
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar tali | rendam 1 jam lebih1 cawan gula | boleh tambah jika suka manis1 cawan santan pekat/santan kotak5 cawan air2 helai daun pandanSedikit gula batuSedikit garamPewarna kesukaanCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan lima cawan air hingga larut.Masukkan gula, gula batu dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tutup api.Bahagi 2 periuk:Periuk pertama, agar-agar kosong 3 1/2 cawan.Periuk kedua, agar-agar kosong 2 1/2 dan 1 cawan pekatPeriuk kedua, masak sebentar di atas api. Jangan terlalu lama untuk menggelakkan santan berketul.Basahkan loyang/acuan.. Ambil dalam dua senduk agar-agar kosong. Warnakan dan tuang ke dalam loyang.Nampak sudah sedikit keras agar-agar tadi, tuangkan pula dua senduk agar-agar bersantan. Buat berselang-seli hingga habis. Jangan lupa setiap layer agar-agar kosong warnakan dengan pewarna kesukaan.Boleh sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam keatas, boleh di potong.Sedia untuk dimakan.NOTA: Buat setiap layer nipis dan guna loyang kecil. Jika ingin tebal, tuang lebih atau agar-agar ini boleh di buat 2 adunan. Satu masak untuk agar-agar kosong dan satu lagi agar-agar bersantan. Kena tambah apa yang patut.
7. PUDING KIWI LAPIS
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar tali | basuh dan rendam dengan 4 cawan air lebih 1 jam2 biji buah kiwi1 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis1 tin susu cair1 cawan air3 helai daun pandan | SimpulkanSecubit garamPewarna hijauCARA MEMASAK:
Sebiji buah Kiwi di buang kulit dan kisar dengan satu cawan air hingga hancur.Masak agar-agar yang di rendam tadi sehingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun Pandan. Kacau rata.Tuang buah kiwi yang telah di kisar dalam periuk agar-agar. Kacau rata. Masukkan susu cair dan kacau, masukkan secubit garam dan biarkan mendidih sebentar dan tutup api.Basahkan loyang/acuan. Susun hirisan buah kiwi di dalam loyang. Tuang sedikit adunan agar-agar tadi untuk menutup buah kiwi dan biarkan beku.Lebihan adunan bahagi kepada 2 bekas. Satu untuk hijau muda dan satu lagi untuk hijau pekat.Guna senduk berlekuk bulat untuk tuang adunan agar-agar. Setiap lapis tuang dua senduk. Jangan tunggu sehingga keras baru nak tuang lapisan yang lain. Anggarkan jika lihat adunan seperti membeku baru tuang..Tidak perlu buat banyak lapis. Cukup dua lapis pun cantik.. Ikut kreativiti sendiri.Bila adunan sudah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 2-3 jam kemudian boleh siap di potong dan di hidang.8. PUDING OREO
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar serbuk1/2 cawan air1 1/4 cawan susu cair3 cawan susu segar3/4 cawan gula15 biji oreo | 10 biji dikisar kering, 5 biji di patah kasar dan buang intinyaCARA MEMASAK:
Masak agar-agar serbuk dengan air, susu cair, susu segar, gula dan garam hingga mendidih.Tuang separuh adunan agar-agar ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar dan kacau hingga sebati.Masukkan ke dalam acuan/loyang, biarkan beku. Kemudian cakarkan sedikit adunan dengan garfu.Lapiskan dengan sebahagian lagi agar-agar yang bersusu.Tabur baki oreo yang dipatahkan dan sedia di sejukkan.9. PUDING SELASIH
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g1 tin susu cair1 cawan air1/2 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manisSecubit garam halusCARA MEMASAK:
Masak air dan masukkan serbuk agar-agar dan gula, masak hingga larut gula.Tuang susu cair dan kemudian masukkan garam secubit. Kacau sebati.Masak hingga mendidih kemudia tutup api. Tapis dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang di basahkan dengan air.Biarkan ia mengeras.BAHAN LAPISAN ATAS:
1/2 peket serbuk agar-agar | 10g – 11g yang berbaki tadi3 cawan air3/4 cawan gula |boleh kurangkan sedikit gula3 sudu besar biji selasih2 sudu besar pati sirap ros | Nak warna pekat lagi boleh tambah4 helai daun pandan | SimpulkanSecubit garam halusCARA MEMASAK:
Sebelum itu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi ia kembang)Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros. Kacau rata dan masukkan daun pandan dan secubit garam.Biarkan mendidih seketika. Tutup api, tapis adunan dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebatiSebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya.Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 jam lebih.Sedia di potong dan di hidangkan.10. PUDING TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar bertali | Cuci dan rendam dalam 1 jam5 cawan air1 cawan gula | boleh tambah lagi 1/4 cawan gula jika suka manis1 tin susu cair2 sudu besar tepung kastard2 cawan tembikai | Potong dadu kecil, sukat 2 cawanSedikit garamSedikit pewarna hijau1 – 2 sudu kecil pewarna merah oil baseSedikit bijan hitamCARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau rata.Masukkan susu cair, kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata sehingga sebati, masukkan secubit garam.Kisar tembikai dengan 1/2 cawan adunan agar-agar yang dimasak sehingga hancur.Ambil 1 cawan adunan agar-agar warnakan hijau tuang dalam loyang/acuan. Biarkan beku seketika.Ambil lagi 1 cawan adunan agar-agar tuang di atas agar-agar hijau tadi. Biarkan adunan beku seketika.Tembikai yang telah di kisar kemudiannya di tuang ke dalam periuk agar-agar. Warnakan merah dan besarkan api semula. Kacau rata sehingga agar-agar itu mendidih. Tutup api.Terus tuang perlahan-lahan agar-agar tembikai di atas agar-agar sehingga habis. Biarkan beku/sejuk.Masukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam barulah dipotong ikut suka. Sedia untuk dimakan.11. AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar bertali | Boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm5 cawan air1 cawan gula | Nak manis boleh tambah 1/4 cawan gula1 kotak santan kara 200ml dan 1 cawan air | 2 cawan santan1 biji telur3 helai daun pandan | Simpulkan1 sudu kecil pewarna hijau epalSedikit esen vanilla | jika sukaSedikit garamCARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam, kacau seketika. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga kepermukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.Biarkan sejuk, dengan sendirinya akan adunan akan terbentuk lapisan sama (atau selepas tuang adunan dalam loyang. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh dihidangkan.12. PUDING ROTI CERIA
BAHAN A:
20gm agar-agar bertali5 cawan air1 cawan gulaCARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut.Masukkan gula dan kacau sehingga rata.BAHAN B:
8 keping roti massimo/gardenia | Gunting kecil21 tin susu cair1 biji telur2 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar butter | Cairkan dulu atas api perlahan1 sudu besar tepung kastard1 sudu kecil esen vanillaPewarnaCARA MEMASAK:
Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati. Sentiasa kacau sehingga mendidih (elak ianya berketul) dan tutup apiAmbil 3 cawan puding tadi dan tuang di dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan seketika.Asingkan lagi 3 cawan adunan puding ke dalam bekas dan ketepikan.Lebihan adunan bahagikan pada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.Tuang adunan berwarna guna sudu satu-satu atas puding tadi sehingga habis (letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli. Bertindan-tindan sehingga habis)Akhir sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 3 cawan) ke atas puding berwarna. dan ratakan keseluruhan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk.Selepas 2 jam, cungkil di bahagian tepi-tepi puding dan telangkupkan atas pinggan rata perlahan-lahan.Sedia untuk dihidangkan.Kredit resipi & foto: Wan Zura Aishah @dapur_kakzura
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/03/aneka-resipi-puding-homemade-yang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mini Gimbap Mayak Gimbap Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

Resipi Mini Gimbap Mayak Gimbap Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 354 hits
Mini Gimbap atau Mayak Gimbap ini merupakan sajian popular dari Korea yang sangat enak dan mudah disediakan Bagi anda yang inginkan sajian mudah sedap tapi ringkas nah mini Gimbap ini tentunya pilihan terbaik yang boleh dicuba Selain inti y...
Cubalah 10 Resipi Aiskrim Homemade Sedap Yang Mudah Dibuat

Cubalah 10 Resipi Aiskrim Homemade Sedap Yang Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 244 hits
Bagi pengemar aiskrim seleksi aiskrim homemade yang mudah dan sedap ini boleh cuba hasilkan di rumah untuk anak anak Sesuai dinikmati dikala cuaca yang panas Tidak menggunakan banyak bahan malah rasanya juga lebih sedap dan menjimatkan Cuba...
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 320 hits
Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade Lihatlah hasilnya Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan Jom cuba buat untuk keluarga Pasti suam...
Cara Mudah Buat Bebola Ikan Homemade Sedap Hanya Guna 5 Bahan

Cara Mudah Buat Bebola Ikan Homemade Sedap Hanya Guna 5 Bahan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 335 hits
Mudahnya buat bebola ikan homemade ni Letak dalam sup sayur atau apa apa hidangan memang boleh menaikkan selera Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung 100 isi ikan Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta Jom cuba resipi...
Share Sampai 10k Resipi Pepes Ayam Mudah Sedap Confirm Menjadi

Share Sampai 10k Resipi Pepes Ayam Mudah Sedap Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 298 hits
Sesekali mencuba menu baru untuk keluarga pasti buat anak anak suka Apa kata kali ini kita cuba resipi Pepes Ayam mudah untuk anak anak persiapan dihujung minggu Resipi ringkas lagi sedap yang dikongsikan oleh ini memang istimewa Gabungan r...
Resipi Kuih Abok Abok Pandan Sedap Cara Mudah Untuk Bungkus

Resipi Kuih Abok Abok Pandan Sedap Cara Mudah Untuk Bungkus

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 444 hits
Kuih Abok Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai Hanya menggunakan bahan bahan yang ringkas kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang Kalau dapat makan masa masih pana...
Resipi Kerabu Mi Segera Siam Simple Cara Mak Uda Sedap Mudah Je

Resipi Kerabu Mi Segera Siam Simple Cara Mak Uda Sedap Mudah Je

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 336 hits
Kerabu Mi Segera menggunakan mi siam ni memang sedap Ia mempunyai rasa yang berbeza berbanding jenama mi segera yang lain Teksturnya yang tidak terlalu kembang dan lembik menjadikan sajian Kerabu Mi Segera menjadi sangat sedap Terasa nak bu...
Sedap Ini Resipi Ayam Madu Mudah Tak Guna Banyak Bahan

Sedap Ini Resipi Ayam Madu Mudah Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 522 hits
Sedapnya Ayam Madu Kalau ke pasar malam seketul paha dah harga RM2 50 Agak mahal Dengan adanya resipi mudah perkongsian saudari Mar Che ni bolehlah pakat cuba buat sendiri secara homemade Sangat mudah dan tak guna banyak bahan CARA MASAK AY...
Bebola Ayam Homemade Sedap Mudah Air Tangan Istimewa Ringkas Untuk Anak

Bebola Ayam Homemade Sedap Mudah Air Tangan Istimewa Ringkas Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 448 hits
Bebola ayam sememangnya cukup enak kala digandingkan bersama sup atau hanya digoreng ringkas Ragu ragu membeli bebola ayam di kedai apa kata anda cuba hasilkan sendiri bebola sedap ini untuk anak Bukan hanya menggunakan bahan yang senang di...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti