Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade
Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade. Lihatlah hasilnya, Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan? Jom cuba buat untuk keluarga. Pasti suami dan anak-anak suka.
CARA MASAK NASI AYAM HAINAN SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN SUP & AYAM:
1-2 keping ayam whole legBeberapa keping lemak ayam2 hiris nipis haliaAir secukupnya (sekadar tenggelam ayam)1 kiub pati ayamGaram halus secukuprasaBebola ikan secukupnyaAis secukupnyaBAHAN SOS (TUANG PADA AYAM):
2 sudu makan kicap sotong1/2 sudu makan kicap lemak manis1/2 sudu makan sos tiramCARA MEMASAK:
1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam ( ia boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan). Setelah lemak cair, masukkan hirisan halia. Tumis seketika.
2. Kemudian, didihkan air. Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garpu. Masukkan juga kiub pati ayam serta garam halus secukup rasa.
3. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak. Ayam ni jika nak kukus pun boleh.
4. Tambahkan bebola ikan sebelum ditutup api. Ketepikan.
5. Tengok kulit ayam. Ini yang empunya resipi maksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik masak guna lemak ayam. Sediakan ketulan ais.
6. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak. Isi ayam juga lebih segar. Toskan.
7. Potong 4 ayam yang telah ditos. Susun di atas pinggan.
8. Satukan bahan sos dan kacau sebati. Tuang ke atas ayam. Jika suka, boleh juga tambahkan minyak bijan.
BAHAN NASI AYAM:
1-2 cawan beras basmathi – basuh dan tosBeberapa keping lemak ayamSedikit mentegaBeberapa keping haliaSeraiDaun pandan – disimpulKuah sup secukupnyaSedikit airCARA MEMASAK:
Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega. Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.Masak seperti biasa.
BAHAN SAMBAL CILI
1 hiris nipis halia
4 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih1/2 sudu makan cukaSedikit airGaram dan gula secukup rasaSedikit kuah supCARA MEMASAK:
1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air. Masukkan juga sedikit garam serta gula.
2. Panaskan kisaran sambal cili dalam periuk supaya tahan lama. Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika.
BAHAN TAUGE STIR FRY
2 genggam taugeSedikit kucai2-3 ulas bawang putih – hiris nipis2 sudu makan sos tiram2 sudu makan sos ikanSedikit airCARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Juga sedikit sahaja air. Kacau.
3. Terus masukkan taugeh dan sedikit daun kucai. Balik-balikkan.
4. Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh.
5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama nasi, ayam Hainan dan juga sup.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak mudah? Masak je Nasi Ayam Hainan ni guna RICE COOKER. Sekejap je dah masak.
Nak lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Lempeng Legend. Bahan Simple Je Tapi Sedap.
Resipi Siakap Kengsom Thai Paling Sedap & Mudah Masak.
Resipi Bingka Kelapa. Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa.
Ini Cara Yang Betul Buat Gulai Ayam Paling Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/03/resipi-nasi-ayam-hainan-sedap-mudah.html