Aneka Kuih Inti Manis Yang Sedap Mudah Dibuat


Teringin  kuih-muih tradisional yang berinti manis untuk dimakan bersama secawan kopi di petang hari? Kami kongsikan resipi enam jenis kuih-muih tempatan yang mudah untuk disediakan. Bahannya juga ringkas dan rasanya tentu tidak pernah mengecewakan. Boleh juga dibuat hujung minggu ini untuk disantap bersama ahli keluarga yang lain.
1. KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN:
Kulit:
1 cawan tepung gandum2 biji telur3 helai daun pandan1 1/2 cawan santan1 1/2 sudu teh garam2 sudu makan minyak masakBeberapa titis pewarna hijauBahan Inti:
1/2 biji kelapa parut  | ambil putih sahaja3/4 cawan gula merah1/2 sudu teh garam2 helai daun pandan  | disimpulkan1/2 cawan air2 sudu makan tepung gandumCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.Sapukan kuali dengan sedikit minyak.Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.Sedia dihidangkan.2. KUIH KOCI PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN:
250 g tepung pulut1/2 cawan tepung pulut hitam2 sudu besar tepung gandumSecubit garam1 1/2 cawan air1 cawan pati santan | dicampur sedikit garamMinyak masak secukupnyaDaun pisang | dilayur atas api kecilBahan Inti:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja1 ketul gula Melaka1 cawan gula pasir2 helai daun pandan |disimpul1/2 cawan air CARA MEMASAK:
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.Masak hingga gula hancur.Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.Angkat dan sejukkan.Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.Kemudian lipat seperti biasa.Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.3. ONDE-ONDE BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung pulut4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air1 cawan airGula melaka | dipotong kiubKelapa parut putih secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk.Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.4. PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau6gm yis segera50gm minyak sayur1/2sudu teh garam100gm gula halus250gm air suamBahan Inti:
200gm kacang merah100gm gula perang1/2 sudu teh gula merah1/2sudu teh garam3 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Untuk membuat inti pau, rebus kacang merah sehingga separuh kembang.Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.Simpan selama sejam.Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.5. KUIH CARA MANIS

BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum3 cawan santan kelapa2 biji telur3 helai daun pandanSedikit pewarna hijauGula pasir secukupnya | untuk dijadikan intiGaram secukup rasaSedikit minyak masak, untuk lenser acuanCARA MEMASAK:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.6. KUIH CEK MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi keledekTepung gandumSedikit gulaSedikit garamCARA MEMASAK:
Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.Bentukkan doh bulat seperti bebola.Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/aneka-kuih-inti-manis-yang-sedap-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Nestum Gebu Viral 6 Bahan Sedap Dan Tersangat Mudah Buatnya

Kek Nestum Gebu Viral 6 Bahan Sedap Dan Tersangat Mudah Buatnya

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 551 hits
Selain kek marble kek nestum juga antara yang menjadi pilihan kerana teksturnya yang gebu Resipinya lebih kurang dengan kek marble tapi bahan utamanya mesti menggunakan nestum Istimewanya kek nestum ni rasa lemak nestum itu buat anda tak pu...
Resipi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah Tanpa Gula Dan Garam Gerenti Sedap

Resipi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah Tanpa Gula Dan Garam Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 551 hits
Sekali sekala teringin juga tekak ini mahukan hidangan lauk panas seperti di kedai makanan Thailand bukan Namun dalam tempoh PKPB ini agak sukar juga untuk ditunaikan Menu ikan siakap sweet sour semestinya sering menjadi pilihan kebanyakan ...
Milo Nutri Breakfast Mudah Di Sediakan Sedap Dan Berkhasiat

Milo Nutri Breakfast Mudah Di Sediakan Sedap Dan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 825 hits
MILO Nutri Breakfast Mudah Di Sediakan Sedap Dan Berkhasiat Hi korang KakYa nak citer sikit petang ni Nak citer pasal MILO Nutri Breakfast kat korang MILO Nutri Breakfast adalah produk terbaru dari MILO tau Ianya sangat mudah disediakan dan...
7 Olahan Daging Sapi Paling Enak Yang Mudah Dibuat

7 Olahan Daging Sapi Paling Enak Yang Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 409 hits
Olahan daging sapi pasti sangat enak untuk dibuat apalagi jika Anda memang seseorang yang suka atau hobi memasak Bagi para Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah

Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 472 hits
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Menyebabkan Makan Nasi Bertambah Assalamualaikum wbt salam Maulidur Rasul Hari cuti maka banyaklah urusan rumah yang nak kena tengok Dari laundry sehinggalah ke bab membersih dan mengemas rumah Semua nak k...
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 723 hits
Kita hanya memerlukan sejenak untuk melihat kehidupan dan persekitaran di keliling kita Dalam dunia ini apa yang dikejar hanya lah wang Bekerja kerana ingin mendapatkan wang Buat business juga kerana wang Menipu berbohong mencuri merompak j...
Nasi Beriani Kari Daging Mudah Rupanya Nak Masak Sedap Pulak Tu

Nasi Beriani Kari Daging Mudah Rupanya Nak Masak Sedap Pulak Tu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 653 hits
Dua tiga hari ni kejap hujan kejap berhenti Semalam sempat rasa panas sekejap Mendung tu dah tentulah Hari ni pagi hujan sekejap tengahari ni panas semula Cuaca tak menentu kesihatan pun terikut sekali Hari ni dalam kemalasan ada juga keraj...
Resepi Kari Ikan Tongkol Tomato Mudah Dan Simple Sedap

Resepi Kari Ikan Tongkol Tomato Mudah Dan Simple Sedap

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 534 hits
Sekali sekala masak Kari Ikan Tongkol memang terbitkan selera lagi lagi makan dengan lauk Ikan Gelama Masin Sambal Cili Api Terangkat Hari ni saya nak kongsi resepi kari ikan tongkol dengan tomato mudah dan simple sahaja nak disediakan Baca...
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 592 hits
5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Mudah Nak Buat Dan Moist Sangat Salam semua blog ini sedang dikemaskini yang mana nak edit tu memang kena edit kalau sesiapa nampak post entri lama naik newsfeed tu tu tandanya entri dikemaskini balik Kali...
Sumbangan Untuk Baik Pulih Bangunan

Caning For Khalwat A Lesson Not To Commit Repeat Offence Terengganu Exco

Isu Zafrul Selami Makrifatnya

Non Malaysians To Pay Fare On Four Gokl Bus Routes From January Says Dbkl

Fokus Jadi Lebih Baik Bukan Rasa Diri Dah Hebat

Lirik Lagu Bukan Lagi Kita Nyanyian Nadeera

Bunuh Rakan Senegara Polis Buru Lelaki Indonesia

Pas Questions Anwar Over Making Thaksin Personal Adviser In Asean Role


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mee Rebus Johor

The Evolution Of Cuddles Modern Takes On Classic Pokemon Soft Toys

Parah Melecur Ketika Cuba Menyelamatkan Diri Selepas Rumah Flat Didiaminya Terbakar

Kelantan Lelaki Bina Pondok Atas Pokok Sebagai Tempat Perlindungan Sementara Ketika Banjir

Pengajaran Buat Kaki Travel Hati Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra

Tak Perlu Tahanan Rumah Najib Patut Bebas Sepenuhnya