Andi Bernadee Rindu Bersarang Dalam Diri






WALAUPUN teringin sangat meraikan Aidilfitri di kampungnya di Sabah, penyanyi Andi Bernadee, 28, lebih utamakan keselamatan diri serta orang tersayang.

Walaupun terpaksa beraya sendirian ketika sambutan Aidilfitri Ahad lalu, Andi tidak kecewa atau rasa ralat.

Hakikatnya, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile mengelak daripada sebarang perkumpulan sosial sejak pandemik Covid-19 tercetus.

Baginya, lebih baik dia patuh saja terhadap segala arahan keselamatan demi kebaikan semua.

Apapun, dia tidak menafikan rindu terhadap keluarga semestinya bersarang dalam diri. Mujur seisi keluarga faham, malah menggalakkan dia untuk lebih pentingkan keselamatan berbanding menyuruh pulang.

"Memandangkan situasi sekarang pun masih membahayakan, saya kekal dengan keputusan untuk tidak pulang beraya di kampung halaman. Lagipun, kalau pulang beraya pun ibaratnya tidak berbaloi. Jika tiba di Sabah, saya kena jalani kuarantin dan keluarga pun semua memutuskan untuk tidak beria-ria menyambut Aidilfitri tahun ini.

"Ibu saja yang sedih sedikit, namun sangat memahami dan tidak kisah pun saya tiada pada tahun ini. Itu yang sebaiknya jika kita mahu pastikan rantaian virus ini boleh diputuskan secepat mungkin," katanya.

Sejak hari raya pertama lalu, Andi tidak keluar ke mana-mana. Dia juga bersyukur apabila dapat menghabiskan masa di rumah.

Katanya, barulah dia menghargai masa berharga apabila dapat melakukan banyak perkara walaupun dari rumah. Antaranya dia mahu membina studio kecil dalam rumah sendiri untuk kerja rakaman lagu.

"Impian membina studio kecil memang saya pendam sejak dulu. Sekurang-kurangnya, saya boleh pelajari selok-belok bagaimana untuk mengendalikan proses pembikinan lagu pula selepas ini.

"Saya sudah memulakan serba sedikit pembinaan studio itu. Tapi, tidak sampai nak buat studio yang gah seperti studio rakaman sebenar. Cukup setakat boleh melakukan kerja pembikinan lagu yang ringkas.

"Mujur banyak masa dihabiskan di rumah sekarang untuk merealisasikan impian itu. Kebetulan saya pun merancang untuk buat lagu sendiri pula dan pastinya studio itu sangat berguna bagi tujuan berkenaan," katanya.

Bercerita mengenai kerjaya seninya, Andi berkata, dia kini dalam proses menyediakan segala bahan untuk album penuh sulungnya. Namun, ia masih berada di peringkat awal dan perlu pertolongan ramai pakar.

"Masih banyak aspek yang masih di peringkat awal termasuk konsepnya. Belum ada sebarang perkembangan terbaru, tetapi saya sasarkan untuk keluarkan album penuh ini.

"Untuk pengisiannya pula, saya turut akan memuatkan lagu yang pernah saya lancarkan sebelum ini. Yang pasti, saya ingin pelbagaikan jenis rentak lagu dalam album itu kelak," katanya.

Dalam pada itu, Andi turut bersyukur apabila dapat memanfaatkan Ramadan lalu dengan melakukan misi bantuan.

Menurutnya, ia adalah waktu yang tepat untuknya berbuat demikian apatah lagi ramai terkesan dengan situasi pandemik Covid-19 sekarang.

Dia mengakui terpanggil berbuat demikian apabila insan seni antara yang paling terjejas bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Justeru, dia berganding bahu dengan pihak pengurusan untuk menghulur bantuan yang termampu.

"Saya sedih sebenarnya melihat nasib rakan artis dan penggiat seni yang berdepan kesukaran hidup pada situasi sekarang. Oleh itu, dengan bantuan seorang rakan yang bekerja di bahagian produksi, saya memulakan misi terbabit.

"Walaupun tidak seberapa, saya cuba sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan menggunakan simpanan sendiri. Syukur, dapat meringankan beban mereka dan seronok melihat kegembiraan mereka.

"Saya lakukannya secara berperingkat di mana saya mengutamakan mereka yang betul-betul memerlukan berdasarkan maklumat saya dapat. Mereka termasuk kru produksi, artis sakit dan artis veteran," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/05/andi-bernadee-rindu-bersarang-dalam-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Shimmy Andi Bernadee

Lirik Shimmy Andi Bernadee

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 398 hits
Mengapa kau bersendiri Tanpa siapa yang di sisi Siapalah yang sampai hati Biar aku jadi teman kamu malam ini Shimmy shimmy yey Shimmy yey Shimmy yeah Shimmy shimmy yey Shimmy yey Shimmy
Panggilan Video Pengganti Diri Ubati Rindu Bersama Keluarga

Panggilan Video Pengganti Diri Ubati Rindu Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 496 hits
KUALA LUMPUR 24 MEI Biarpun sambutan Aidilfitri kali ini cukup berbeza tanpa tradisi pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta dan meneruskan aktiviti ziarah ke rumah rakan rakan tahun ini kemeriahan hari kebesaran itu tetap dirasa...
Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

Ibrah Wabak Virus Covid 19 Mengajar Manusia Tentang Disiplin Diri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 356 hits
Allah swt melalui virus covid 19 mengajar mendidik manusia berkaitan disiplin samada suka atau tidak untuk perbaiki diri agar hidup dengan lebih teratur dan pandai mengikut arahan Kebersihan Jangkitan virus covid 19 adalah berkait rapat den...
Posmen Ditahan Kutip Derma Tipu Diri Hidup Susah Tak Dapat Bonus

Posmen Ditahan Kutip Derma Tipu Diri Hidup Susah Tak Dapat Bonus

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 451 hits
Gambar posmen menangis di luar sebuah rumah selepas menghantar bungkusan yang tersebar di media sosial sejak 17 Mei lalu PETALING JAYA Polis menahan 3 individu termasuk seorang posmen yang meraih simpati pengguna media sosial selepas mendak...
Melihat Latihan Militer Pasukan Bela Diri Jepang Di Kala Pandemi

Melihat Latihan Militer Pasukan Bela Diri Jepang Di Kala Pandemi

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 252 hits
Melihat Latihan Militer Pasukan Bela Diri Jepang di Kala Pandemi Jepang menggelar latihan militer tahunan di tengah wabah pandemi Covid 19 Dalam latihan tahun ini Jepang menggelar pertunjukan kemampuan tempurnya lewat taktik dan strategi di...
Biar Je Bayi Hisap Jari Cara Tu Buat Dia Cepat Belajar Tenangkan Diri

Biar Je Bayi Hisap Jari Cara Tu Buat Dia Cepat Belajar Tenangkan Diri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 329 hits
Menghisap jari tabiat semulajadi bayi yang mungkin bermula dari dalam kandungan lagi Proses ini normal kerana cara ini bayi belajar menyusu Menghisap jari juga dianggap salah satu cara kanak kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu...
Kemelut Kafa Wan Rakemi After Image Tarik Diri Sebagai Rakan Kongsi

Kemelut Kafa Wan Rakemi After Image Tarik Diri Sebagai Rakan Kongsi

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 368 hits
Persatuan Bola Sepak Kelantan yang sedang dilanda masalah kewangan yang serius menerima tamparan dahsyat apabila After Image Sdn Bhd telah manarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan Datuk Wan Rakemi Wan Zahari selaku Pengarah Urusan Te...
Kurang Keyakinan Adalah Masalah Diri Sendiri Ikuti 3 Tips Ini

Kurang Keyakinan Adalah Masalah Diri Sendiri Ikuti 3 Tips Ini

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 330 hits
Rasa tidak yakin atau kurang keyakinan terhadap diri sendiri merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh segelintir daripada kita Jika ianya terus dibiarkan nescaya masalah ini akan memberikan kesusahan dalam kehidupan seharian kita Ja...
Warga Emas Mengesot 100 Meter Cari Keperluan Diri

Warga Emas Mengesot 100 Meter Cari Keperluan Diri

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 531 hits
Dr Azman menyapa Pak Jusoh semasa menziarahi penduduk di kampung berkenaan Oleh Hidayah AzlinSETIU 21 Mei Seorang warga emas Jusoh Abas atau Pak Jusoh 70 nekad mengesot sejauh 100 meter untuk membeli keperluan untuk dirinya kelmarin Derita ...
Accident Motor Di Depan Maktab Pdrm Cheras

Gosok Duit Nak Kaya

Malaysia S Catalogue Of Shame Disgraceful Acts Omissions

Wali Feat Mostafa Atef Forgive Me Marhaban Ya Ramadhan Chord

Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles

Apa Yang Boleh Ditiru Daripada Dap

Hantu Influencer Balik Kampung

Kuih Sekaya Telur Yang Mesti Cari Di Bulan Ramadhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah

Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Lailatul Qadar Malam Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan

Produk Untuk Mereka Yang Mementingkan Kualiti Hidup

Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby