Posmen Ditahan Kutip Derma Tipu Diri Hidup Susah Tak Dapat Bonus
Gambar posmen menangis di luar sebuah rumah selepas menghantar bungkusan yang tersebar di media sosial sejak 17 Mei lalu.PETALING JAYA: Polis menahan 3 individu, termasuk seorang posmen yang meraih simpati pengguna media sosial selepas mendakwa dirinya berdepan kesusahan kerana tidak mendapat bonus Hari Raya
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata seorang lelaki berusia 22 tahun bersama abang dan kakak angkatnya ditahan secara berasingan sejak Rabu lalu dan semalam kerana siasatan polis mendapati timbul keraguan dalam kisah yang tular sejak 17 Mei lalu
“Pada mulanya kami menerima satu laporan polis pada Rabu daripada seorang lelaki bekerja sebagai posmen di cawangan Butterworth berhubung satu artikel di Facebook yang tular mengenai permohonan derma atau sumbangan untuk abang posmen berikutan mereka tidak mendapat bonus daripada majikan
“Lelaki itu mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan artikel berkenaan, malah menafikan gambar posmen dan nombor akaun bank yang tular itu adalah miliknya, sebab itu dia buat laporan polis, namun siasatan yang dijalankan mendapati kenyataannya meragukan,” katanya hari ini
Beliau berkata, hasil suasatan lanjut mendapati lelaki itu sebenarnya terlibat dalam penghasilan artikel itu dan gambar serta akaun bank yang tular di media sosial itu miliknya
Katanya, lelaki itu menceritakan masalah posmen tidak mendapat bonus kepada abang dan kakak angkatnya, sebelum mereka memuat naik cerita itu ke Facebook sehingga tular
“Mereka menggunakan nama Amirul Megat didakwa posmen yang menghadapi kesusahan berikutan tidak mendapat bonus di laman itu yang dikendalikan abang dan kakak angkatnya
“Hakikatnya Amirul Megat tidak wujud, malah semua duit sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM5,000 dimasukkan ke akaun posmen (suspek) itu.”Beliau berkata, posmen itu mengaku menggunakan sebahagian wang berkenaan untuk membeli keperluan sendiri dan polis merampas kad bank serta telefon bimbit lelaki itu
Polis kemudian menahan seorang wanita berusia 35 tahun ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT pada 10 malam Khamis, sebelum menahan adik lelakinya berumur 23 tahun di Padang Serai, Kedah pada 12.05 tengah malam tadi bagi membantu siasatan kerana 2 beradik itu mengendalikan laman Facebook terbabit
“Tiga individu itu kini direman 3 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.” - FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/05/posmen-ditahan-kutip-derma-tipu-diri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus