Panggilan Video Pengganti Diri Ubati Rindu Bersama Keluarga


KUALA LUMPUR, 24 MEI: Biarpun sambutan Aidilfitri kali ini cukup berbeza tanpa tradisi pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta dan meneruskan aktiviti ziarah ke rumah rakan-rakan tahun ini, kemeriahan hari kebesaran itu tetap dirasai melalui aplikasi panggilan video yang digunakan ramai sebagai pengganti diri.
Tidak kira tua mahupun muda, ramai memanfaatkan teknologi komunikasi itu untuk menatap wajah-wajah yang dirindui di pagi Syawal, seolah-olah mereka terasa begitu dekat walaupun nun jauh di kampung halaman dek kerana kekangan pergerakan rentas negeri berikutan ancaman wabak Covid-19.
Jika sebelum ini gambar swafoto bersama keluarga dan rakan menjadi kewajipan untuk dijadikan hantaran di laman sosial, namun kali ini tangkap layar panggilan video secara berkumpulan pula menjadi pilihan untuk disiarkan menandakan kemanisan Syawal tetap diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Bagi Nur Habibah Abdul Halim, 25, yang sudah hampir tiga bulan tidak dapat pulang ke kampung halaman susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, panggilan video disifatkan beliau sebagai satu cara baharu ‘bersua muka’ dengan keluarga tercinta.
Mengakui sedih tidak dapat bersalaman dan berpelukan di pagi raya seperti kebiasaan, beliau yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah kilang di Johor cukup teruja menerima panggilan video dari ibu tercintanya yang kini berada di Kuala Berang, Terengganu, pagi tadi.
“Pagi tadi apabila mak buat video ucap Selamat Hari Raya, saya begitu teruja sebab mak saya tak berapa pandai guna teknologi macam ini. Rasa sangat lega walaupun tengok muka dalam telefon sahaja. Sekurang-kurangnya saya tahu keluarga sihat,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Zaki Md Yakin, 30, berkata kebiasaannya rumah beliau yang terletak di Kampung Bubul, Semporna, Sabah menjadi tumpuan sanak saudara serta rakan-rakan setiap kali Aidilfitri, namun berbeza kali ini kerana beliau hanya mengehadkan tetamu pada hari raya pertama sahaja.
Walaupun begitu, beliau tidak menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuknya mengingati sahabat karibnya sejak zaman universiti yang berada jauh di Kuala Lumpur serta yang tinggal di sekitar Semporna.
“Masih ada peluang untuk kita berhari raya melalui panggilan video, dapatlah kita saling bermaafan dan mengucapkan Selamat Hari Raya tanpa perlu berjumpa. Bak kata pepatah jauh di mata dekat di hati,” katanya.
Lain pula bagi penjawat awam, Aisha Hani Nor Azmir, 24, kecanggihan teknologi telefon pintar bukan sahaja terhad kepada panggilan video, bahkan membolehkan beliau turut ‘bergambar’ bersama keluarga biarpun tidak dapat beraya bersama di Ipoh, Perak.
Melalui aplikasi suntingan video, gambar raya bersama-sama keluarga diabadikan menggunakan teknik tampalan dan skrin hijau, yang sudah pasti mampu mengubati kerinduan beliau apabila tidak dapat pulang bertemu keluarga sejak empat bulan lepas.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/panggilan-video-pengganti-diri-ubati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubati Kerinduan Sempena Raya Dengan Panggilan Video Sebagai Pengganti Diri

Ubati Kerinduan Sempena Raya Dengan Panggilan Video Sebagai Pengganti Diri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 443 hits
Biarpun sambutan Aidilfitri kali ini cukup berbeza tanpa tradisi pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta dan meneruskan aktiviti ziarah ke rumah rakan rakan tahun ini kemeriahan hari kebesaran itu tetap dirasai melalui aplikasi p...
Andi Bernadee Rindu Bersarang Dalam Diri

Andi Bernadee Rindu Bersarang Dalam Diri

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 892 hits
WALAUPUN teringin sangat meraikan Aidilfitri di kampungnya di Sabah penyanyi Andi Bernadee 28 lebih utamakan keselamatan diri serta orang tersayang Walaupun terpaksa beraya sendirian ketika sambutan Aidilfitri Ahad lalu Andi tidak kecewa at...
Diduga Ada Masalah Keluarga Pemuda Di Kupang Gantung Diri Di Bawah Jembatan

Diduga Ada Masalah Keluarga Pemuda Di Kupang Gantung Diri Di Bawah Jembatan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 303 hits
Pihak keluarga korban juga berjanji akan mematuhi protokol kesehatan yang berlaku sehingga akan melakukan pertemuan keluarga terlebih dahulu untuk merencanakan acara pemakaman sesuai dengan aturan kesehatan dari pemerintah dalam situasi pan...
Covid 19 Angka Bunuh Diri Di Jepun Berkurangan Ekoran Lebih Banyak Masa Bersama Keluarga Di Rumah

Covid 19 Angka Bunuh Diri Di Jepun Berkurangan Ekoran Lebih Banyak Masa Bersama Keluarga Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 316 hits
Walaupun pandemik COVID 19 mengakibatkan pelbagai kesan negatif namun sekurang kurangnya ia turut membawa satu perubahan positif Di Jepun kadar bunuh diri didapati telah berkurangan sebanyak 20 berbanding April tahun lalu Ia merupakan satu ...
Biar Sakit Rindu Asal Keluarga Selamat Geng Bujang Cekal Beraya Sendirian

Biar Sakit Rindu Asal Keluarga Selamat Geng Bujang Cekal Beraya Sendirian

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 594 hits
Muhammad Shamsul Abd Ghani dari Perak PETALING JAYA Sambutan lebaran mengimbau nostalgia dan cukup bermakna bagi setiap individu Kebiasaannya walau di mana pun seseorang itu berada hari raya lebih meriah disambut bersama keluarga Pastinya r...
Lebaran Narapidana Rutan Boyolali Bebas Video Call Dengan Keluarga

Lebaran Narapidana Rutan Boyolali Bebas Video Call Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 296 hits
Kepala Rutan Boyolali Agus Imam Taufik mengatakan selama masa pandemi Covid 19 pihaknya meniadakan kunjungan langsung Sebagai gantinya para warga binaan bisa bertemu keluarganya melalui fasilitas video call
Lelaki Dilaporkan Maut Setelah Ditikam Oleh Anaknya Ketika Buat Panggilan Video

Lelaki Dilaporkan Maut Setelah Ditikam Oleh Anaknya Ketika Buat Panggilan Video

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 306 hits
Seorang lelaki di Pulau Long dilaporkan telah terkorban selepas ditikam oleh anaknya semasa dia sedang melakukan panggilan video bersama beberapa orang lain Ketika itu dia sedang membuat panggilan video kemudian anaknya datang dan menikamny...
Panggilan Video Lim Guan Eng Kepada Rakan Dalam Pakatan Harapan

Panggilan Video Lim Guan Eng Kepada Rakan Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 370 hits
Berikut adalah teks yang dimuatnaik di Facebook Yang Berhormat Lim Guan Eng berkenaan dengan panggilan video yang dibuatnya kepada rakan rakan dalam Pakatan Harapan semasa Hari Raya Aidilfitri yang pertama Pagi tadi saya call member member ...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja