Andansura Saya Juga Antara Yang Menentang Lynas Awal Dulu



KUANTAN - Pihak yang menentang pembangunan kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, perlu menamatkan kekeliruan yang sudah berlarutan sekian lama. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu berkata pertikaian mengenai kilang yang berasal dari Australia itu sudah mengambil masa hampir 15 tahun dan menjadi 'modal' tiga pilihan raya umum. 

Sedangkan, sejak mula beroperasi dari hujung tahun 2012 hingga kini, pakar dalam pelbagai bidang termasuk sains, kesihatan dan alam sekitar telah secara konsisten menyatakan Lynas beroperasi dengan baik dan patuh undang-undang. 

"Saya sendiri antara yang menentang semasa awal ura-ura mendengar Lynas hendak dibuka...daripada kawasan itu masih tanah kosong sehingga penghujung tahun 2014. Lynas beroperasi di kawasan saya dan saya sendiri antara penduduk paling hampir dengan kilang itu. 

"Saya pantau sendiri perkembangan dan bacaan di kawasan itu dan dapati tiada sebarang perubahan alam sekitar atau radiasi. Sudah tujuh tahun Lynas beroperasi dan saya akui saya mungkin silap dalam tahun-tahun sebelumnya," kata beliau. 


Andansura berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perdana dan Solat Hajat anjuran Lynas dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di masjid itu semalam, yang dihadiri ribuan jemaah. 

Beliau juga mengakui penentangannya sebelum ini berdasarkan 'rujukan' sejarah di Bukit Merah, Perak dan kemalangan nuklear di Fukushima, Jepun dan sudah pasti sebagai ADUN di kawasan Lynas beroperasi, tidak mahu kejadian serupa berlaku di sini. 

"Tapi kerajaan meneruskan juga pembangunan kilang itu dan selepas bertahun-tahun, tiada sebarang kesan berlaku. Saya berpandangan kita telah membuat persepsi yang salah sebelum ini kerana operasi Lynas berbeza daripada Bukit Merah dan Fukushima. Lynas juga dikawal ketat pihak berwajib. 

"Saya berharap mereka yang menentang untuk sama-sama buangkan ego atau kepentingan politik kerana Lynas sama seperti kilang lain di Gebeng. Sudah tiba masanya untuk kita maju ke depan kerana sains sudah menunjukkan bukti," katanya. 

Sebagai contoh lain, Andansura berkata pada awal rancangan penubuhan Lynas, terdapat pihak yang mengatakan kewujudan kilang itu akan menyebabkan nilai hartanah di situ merundum ekoran 'orang ramai bimbang terkena radiasi jika menetap di situ'. 

Namun apa yang berlaku, menurut beliau adalah nilai rumah di situ semakin meningkat ekoran pembangunan di kawasan perindustrian Gebeng selain lebih banyak projek perumahan mula bertapak di sekitar kawasan itu kerana permintaan tinggi. 

Andansura berkata beliau difahamkan Lynas mengalu-alukan mereka yang mahu berbincang tentang operasi mereka dengan profesional dan matang berserta fakta, yang beliau sendiri bersedia menjadi orang tengah dalam hal tersebut. 

"Perkara seperti Lynas memerlukan pandangan pakar, bukan merujuk mereka yang menimbulkan persepsi. Apa yang diceritakan awal dahulu, tidak benar dan tidak salah untuk kita akui kesilapan kerana semasa itu kita tidak mendapat maklumat yang betul," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/andansura-saya-juga-antara-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pun Bantah Lynas Dulu Kata Adun Beserah

Saya Pun Bantah Lynas Dulu Kata Adun Beserah

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 210 hits
Pihak yang menentang pembangunan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di Kuantan perlu menamatkan kekeliruan yang sudah berlarutan sekian lama Adun Beserah Andansura Rabu berkata pertikaian mengenai kilang yang beras...
Akhirnya Adun Beserah Akui Dulu Dia Tidak Tahu Apa2 Tentang Lynas Dia Tahu Selepas Berkawan Dengan Umno

Akhirnya Adun Beserah Akui Dulu Dia Tidak Tahu Apa2 Tentang Lynas Dia Tahu Selepas Berkawan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 490 hits
Adun Beserah pun akhirnya mengaku dulu dia tak tahu apa2 tentang Lynas dan dia pun ikut sama pengaruh budak2 dia melawan Lynas Bukan sikit budak2 dia berkorban menentang Lynas dulu Tapi kini dia mengaku salah Bila dah bersama Umno tak pelik...
Adun Beserah Kata Dia Jahil Menentang Lynas

Adun Beserah Kata Dia Jahil Menentang Lynas

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 228 hits
Adun Beserah dari Pas berkata beliau adalah di antara yg kuat menentang Lynas dulu tapi skrg dah sedar Lynas tu baik Itu pengakuan Adun Beserah Itu hak dia aku tak pelik Kalau prinsip parti yg lebih syarie pun parti Pas boleh pinda setakat ...
Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah

Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 353 hits
Tidak berapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah insya Allah Bulan yang juga dikenali sebagai bulan haji dan sinonim dengan ibadat korban Bagi jemaah haji apabila tiba bulan ini semakin hampir mereka dengan kemuncak ibada...
Usai Psikotes Capim Kpk Akan Ikuti Profile Assessment Awal Agustus

Usai Psikotes Capim Kpk Akan Ikuti Profile Assessment Awal Agustus

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 208 hits
Sebanyak 104 peserta calon pimpinan KPK telah selesai mengikuti psikotes Psikotes dilaksanakan selama enam jam dengan beberapa jenis soal Hasil psikotes akan diumumkan pada tanggal 5 Agustus
Scha Awal Mahu Fokus Perniagaan

Scha Awal Mahu Fokus Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 270 hits
Tiada rezeki bakal menambah bilangan ahli keluarga dalam waktu terdekat ini pelakon dan pengacara Scha Alyahya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu sebaliknya akan cuba memberi fokus terhadap perkara lain Scha 36 berkata mengi...
Tokopedia Soal Klaim Unicorn Milik Singapura Sejak Awal Didirikan Selaku Pt Indonesia

Tokopedia Soal Klaim Unicorn Milik Singapura Sejak Awal Didirikan Selaku Pt Indonesia

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 289 hits
Tokopedia menegaskan perusahaannya berasal dari Indonesia Manajemen tidak membantah kabar investasi terbesar ke salah satu unicorn di Indonesia ini berasal dari Singapura Menurut Nuraini Tokopedia memang memiliki kantor cabang di Singapura ...
Bayangan Awal Hala Tuju Kejuaraan

Bayangan Awal Hala Tuju Kejuaraan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 206 hits
KETUA pasukan Pahang Rangers Khairul Effendy Bahrin berpendapat keputusan yang bakal dilakar dalam aksi menentang pendahulu Selangor di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam hari ini akan memberi gambaran awal mengenai hala tuju kejuaraan Liga...
Eyra Hazali Nikah Awal November

Eyra Hazali Nikah Awal November

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 681 hits
Setiap insan yang menjalin hubungan cinta sudah pasti mengimpikan bibit rasa kasih yang terbina berakhir dengan sebuah ikatan yang suci Walaupun secara luarannya nampak indah hakikat sebenar setiap pasangan itu pasti melalui dugaan dalam pe...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Morcant Den F Rlorade Riddaren En Saga Om Mod Och F Rl Telse

Seketika Di Tugu Negara

Tak Bayar Hutang Lebih Rm1 Juta Barang Rumah Termasuk 4 Kereta Mewah Dsv Bakal Dilelong