Anda Punca Lambakan Doktor Jangan Lepas Tangan Kerajaan Diberitahu




K. Parkaran -July 15, 2021 Di Malaysia, terdapat kira-kira 71,000 doktor dengan lebih kurang 51,000 daripadanya adalah penjawat awam, manakala 23,000 lagi doktor kontrak.PETALING JAYA: Kerajaan diminta bertanggungjawab ke atas “kekalutan” akibat keputusan dibuat 20 tahun lalu yang memberi lesen kepada terlalu banyak institusi pengajian tinggi perubatan, kata Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj.
Katanya, agensi kawal selia memberi kelulusan kepada institusi ini tanpa melihat keperluan sebenar dan infrastruktur yang ada.
Akibatnya, bilangan siswazah melonjak di luar kawalan dan 45% daripada bilangan doktor di hospital awam kini terdiri daripada doktor kontrak, tambahnya.
Di Malaysia, terdapat kira-kira 71,000 doktor dengan lebih kurang 51,000 daripadanya adalah penjawat awam, manakala baki 23,000 lagi doktor kontrak. Terdapat 31 institusi pengajian perubatan di negara ini dengan 11 daripadanya merupakan institusi milik kerajaan.
“Ditambah lulusan asing yang pulang setiap tahun, kita ada kira-kira 5,000 hingga 6,000 orang yang memerlukan tempat untuk menjalani latihan,” kata Jeyakumar kepada FMT.
Beliau berkata, kelulusan bagi institusi pengajian perubatan diberikan tanpa mengambil kira bilangan hospital latihan atau sama ada kerajaan boleh menyerap semua graduan perubatan ke dalam perkhidmatan awam secara tetap.
Sebilangan besar institusi swasta katanya, diterajui bekas pegawai kanan kerajaan dan beliau mendakwa mereka menggunakan kaitan peribadi untuk mendapatkan kuota yang diingini memandangkan lebih ramai pelajar bermakna keuntungan yang lebih tinggi.
“Bayaran bagi kursus lima tahun adalah sekitar RM300,000 hingga RM700,000,” katanya.
Jeyakumar berkata, dengan langkah memberi lesen kepada institusi pengajian perubatan dan menyediakan tempat bagi hampir semua yang ingin belajar bidang perubatan, kerajaan meyakinkan pelajar dan ibu bapa bahawa doktor sememangnya diperlukan.
“Kini kira-kira 2,500 dalam kumpulan doktor kontrak pertama akan mencapai penggal lima tahun mereka. Selepas itu, lebih ramai doktor kontrak akan mula berkhidmat setiap tahun.
Ini “keserabutan” yang dicipta kerajaan sendiri, katanya sambil menambah, kerajaan tidak sepatutnya berlepas tangan sekarang.
Sebagai langkah segera untuk menyelesaikan kebuntuan ini, Jeyakumar menyarankan agar kontrak doktor ini dilanjutkan lima tahun lagi dan mereka dibenarkan mendaftar untuk kursus kepakaran dengan institusi pengajian perubatan swasta.
“Pada masa sama, kerajaan harus mengurangkan pengambilan pelajar perubatan baharu di universiti awam sebanyak 10%. Bagi institusi swasta, harus dikurangkan sebanyak 70%. Lagipun, institusi swasta telah memperoleh keuntungan,” katanya.
Beliau turut mencadangkan langkah jangka masa panjang, iaitu membina tambahan sebuah hospital awam di setiap bandar utama kerana ini akan mewujudkan kekosongan untuk doktor dan juga kakitangan para-perubatan yang menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan sesuai dengan latihan mereka.
“Kita perlu lebih ramai doktor di klinik pesakit luar kerana tempoh menunggunya lama dengan doktor terpaksa merawat terlalu ramai pesakit,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/anda-punca-lambakan-doktor-jangan-lepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Pendidikan Diingatkan Jangan Buat Lagi Kerja Bodoh Ibu Bapa Boleh Saman Kerajaan

Kementerian Pendidikan Diingatkan Jangan Buat Lagi Kerja Bodoh Ibu Bapa Boleh Saman Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 244 hits
Jika ikut unjuran KKM 1 Sept tu kes baharu Covid diramal tertinggi antara 21 000 hingga 23 000 kes tapi KPM umum buka sekolah Jadi ibu bapa kena percaya pada KKM atau KPM Anda sanggup pertaruh nyawa anak anda atas kegagalan kerajaan tebuk a...
Gagal Kemudi Kerajaan Urus Covid 19 Ph Desak Muhyiddin Lepas Jawatan Serta Merta

Gagal Kemudi Kerajaan Urus Covid 19 Ph Desak Muhyiddin Lepas Jawatan Serta Merta

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 235 hits
July 9 2021 Kenyataan Majlis Presiden PH itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim Presiden Amanah Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Pakatan Harapan mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ...
8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 314 hits
Tidak dinafikan ada kalanya si kecil sering membuat perangai sampai pening parents nak menghadapnya Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum Menangani anak tantrum Anak tantrum buat perangai merengek meragam tidak mendengar kata ...
Dakwa Kilang Sarung Tangan Punca Kes Covid 19 Naik Di S Gor Polis Panggil Wanita Dalam Video Tular

Dakwa Kilang Sarung Tangan Punca Kes Covid 19 Naik Di S Gor Polis Panggil Wanita Dalam Video Tular

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 278 hits
Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes Covid 19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan Ketu...
Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 330 hits
Why are you behaving like this Terengganu health official snaps at errant public With highways getting congested despite a ban on inter state travels Terengganu Health director Dr Nor Azimi Yunus blew up on those still insisting to travel f...
Jangan Mimpi Pintu Umno Dah Tutup Buat Bersatu Shahidan Diberitahu

Jangan Mimpi Pintu Umno Dah Tutup Buat Bersatu Shahidan Diberitahu

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 291 hits
July 22 2021 Semalam Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mencadangkan agar Umno bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu namun kenyataan itu disanggah ahli MKT Umno Puad Zarkashi PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umn...
Nasihat Doktor Jangan Panik Jika Bibir Bayi Macam Membengkak Bergelembung

Nasihat Doktor Jangan Panik Jika Bibir Bayi Macam Membengkak Bergelembung

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 831 hits
Bagi anda yang baru menimang cahaya mata sekiranya anda terlihat bibir bayi comel anda kelihatan sedikit membengkak dan bergelembung seperti dalam gambar di bawah jangan terus panik ya Walaupun gelembung atau blister ini kelihatan mengerika...
Jangan Cabar Arahan Kerajaan Ismail Sabri

Jangan Cabar Arahan Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 144 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID 19 di Bangunan Perdana Putra hari ini Foto Bernama KUALA LUM...
Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 315 hits
freemalaysiatoday com July 17 2021 11 45 PMAhli Parlimen Kapar Abdullah Sani berkata perubahan tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita PETALING JAYA Pertukaran tampuk kepemimpinan bukan lagi pilihan tetapi wajib dila...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Sambal Ikan Bilis Lembut

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan