Analisis Rakaman Perbicaraan Masanya Malaysia Ikuti Negara Lain


Herman Hamid
20 April 2019 6:15 PM

TANGKAP layar rakaman video perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam siasatan polis selepas tular dalam media sosial seperti dipetik beberapa media hari ini. - UTUSAN ONLINE
BARANGKALI inilah kali pertama dalam sejarah rakyat dapat menyaksikan satu prosiding perbicaraan di Malaysia - merujuk kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tular di dalam media sosial.

Walaupun sekadar seminit dua, jika tidak kerana klip video itu yang kini dalam siasatan pihak berkuasa, ramai yang tidak pernah tahu bagaimana perbicaraan sebenar berlangsung. Sebelum itu ada sekeping gambar dalam mahkamah juga tular.

Jika anda bukan tertuduh, peguam, pegawai mahkamah, saksi atau wartawan, memang tidak terbayang bagaimana perbicaraan dijalankan kecuali membayangkan babak dalam drama undang-undang popular Hollywood seperti L.A Law, Law & Order, Ally Mcbeal dan banyak lagi.

Liputan media yang dibenarkan adalah berbentuk laporan tanpa visual, bukan sahaja rakaman video bahkan gambar dalam mahkamah sekalipun. Ada tempat duduk untuk orang awam, tetapi siapa sangat yang hendak hadir kalau bukan ahli keluarga defendan.

Umumnya larangan penyiaran prosiding perbicaraan diwarisi dari United Kingdom (UK). Bukan sahaja Malaysia tetapi kebanyakan negara. Di UK, peruntukan yang melarang rakaman perbicaraan disebut dalam Seksyen 41, Criminal Justice Act 1925 juga Contempt of Court Act 1981.

Apa tujuannya? Banyak sebab antaranya untuk memberi keadilan kepada tertuduh bagi mengelakkan perbicaraan melalui media, selain melindungi saksi. Ingat, bukan semua saksi mampu berdepan tekanan apabila berdepan liputan meluas media.

Pada masa sama, peruntukan ini juga bagi melindungi kebebasan badan kehakiman, soal prinsip subjudis. Sebab itu, laporan dalam bentuk penulisan oleh wartawan juga harus tepat bagi mengelakkan prosiding menghina mahkamah. Tiada elemen sensasi.

Dalam peredaran masa, apakah hal ini diterima seadanya? Tentunya tidak. UK sebagai contoh, beberapa stesen televisyen utamanya pada 2012 meminta undang-undang dipinda untuk memberi hak menyiarkan prosiding dan kempen mereka itu akhirnya diberi sedikit ruang di peringkat kes rayuan.

Di Amerika Syarikat (AS), aspek kebebasan akhbar yang menjadi antara tunjang demokrasi sering dijadikan hujah untuk membuat liputan prosiding perbicaraan biar pun ada suara menuntut hak individu turut diberi perhatian.

Dalam sejarah, dua kes jenayah yang paling diingati dapat disaksikan di kaca televisyen iaitu perbicaraan dua bekas atlet ternama iaitu OJ Simpson di Amerika Syarikat pada 90-an dan atlet olahraga Afrika Selatan, Oscar Pistorius pada 2014.

Perbicaraan Pistorius yang dituduh kesalahan membunuh adalah yang pertama di negara itu disiarkan di televisyen dan radio. Hakim yang membenarkan perkara itu berhujah bahawa inilah peluang mahkamah memperbetulkan persepsi salah terhadap institusi kehakiman menerusi prinsip ‘open justice’ atau keadilan terbuka.

Di Malaysia, terdapat ura-ura untuk membenarkan kes perbicaraan Najib menjadi yang pertama disiarkan di televisyen dan media namun hal itu tidak menjadi kenyataan walaupun pihak pembela tidak membantah.

Sehinggalah rakaman klip video CCTV itu tular dan ini bidang kuasa pihak berkuasa untuk menyiasat kerana terdapat kenyataan pihak mahkamah yang tidak membenarkan rakaman perbicaraan kes berkenaan.

Namun secara umumnya, mungkin masanya kerajaan menimbangkan konsep ‘open justice’ iaitu bukan sahaja liputan secara bertulis bahkan termasuk visual dan audio. Kepentingannya juga kepada awam untuk memahami perjalanan undang-undang. Jika tidak semua kes, mungkin bagi kes-kes berprofil tinggi. Juga dilakukan dengan panduan mahkamah, pastinya supaya matlamat yang lebih penting iaitu keadilan untuk semua dicapai.

Satu pandangan dalam Malaysia baharu.- UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/analisis-rakaman-perbicaraan-masanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilih Watak Animasi Popular Malaysia Bukannya Dari Negara Lain Menteri

Pilih Watak Animasi Popular Malaysia Bukannya Dari Negara Lain Menteri

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 399 hits
Menteri Pelancongan Sei dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini menafikan watak animasi Jepun Doraemon dijadi sebahaian bahan tarikan dan promosi pelancongan bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Beliau berkata perkara itu adala...
Malaysia Saya Bimbang Media Tak Lapor Perbicaraan Dengan Benar Najib

Malaysia Saya Bimbang Media Tak Lapor Perbicaraan Dengan Benar Najib

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 337 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa bimbang sekiranya laporan media mengenai perbicaraan kes SRC International yang dihadapi beliau tidak dilaporkan secara tepat Justeru itu bekas perdana menteri tersebut meminta kerajaan supaya meny...
As Senaraikan Malaysia Sebagai Negara K

As Senaraikan Malaysia Sebagai Negara K

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 279 hits
AS Senaraikan Malaysia Sebagai Negara K Amerika Syarikat telah mengumukan Malaysia telah tersenarai Sebagai Negara K iaitu kebimbangan kerajaan Amerika Syarikat terhadap potensi penculikan atau situasi tebusan di kawasan kawasan tertentu di...
Malaysia Perbicaraan Najib Bazir Masa Shafee

Malaysia Perbicaraan Najib Bazir Masa Shafee

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 303 hits
Shafee Abdullah dan anak guamnya Najib Razak Shafee turut didakwa dan bakal dibicarakan atas tuduhan menerima RM9 5 juta dari Najib Foto Sinar HarianKUALA LUMPUR Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata sebagai orang yang d...
Malaysia Kenapa Takut Sangat Rakyat Lihat Video Perbicaraan Najib Soal Isham Jalil

Malaysia Kenapa Takut Sangat Rakyat Lihat Video Perbicaraan Najib Soal Isham Jalil

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 384 hits
Bekas pegawai khas Najib Razak Isham Jalil yang memuat naik rakaman transkrip video perbicaraan bossnya dikecam peguam Tun Dr Mahathir Haniff Khatri Abdulla Bekas pegawai khas Najib itu hari ini berkata beliau dimaklumkan peguam berkenaan a...
Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pg Slot Pgslots Asia 1 2025 Pgslot Pgsoft 3 1 Pg Top 38 By Carin

Amalan Menjelang 10 Zulhijjah

Perempuan Pendek Itu Comel

Kampung Warna Warni Perlis

Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear