Analisis Prk Tanjung Piai Ph Bakal Kalah
Analisis PRK Tanjung Piai, PH Bakal Kalah. Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai baru sahaja ditetapkan akan berlangsung pada 16 November ini, dengan tempoh kempen dua minggu yang akan bermula sebaik selepas penamaan calon pada 2 November
Bagaimanapun pemerhatian awal penganalisis menyatakan pembangkang akan sekali lagi menewaskan PH dalam PRK itu, meneruskan rekod baik mereka dalam beberapa PRK di semenanjung
Mereka memberikan hujah sentimen dan trend pengundi semasa bagi menyokong pandangan itu
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Jeniri Amir berkata BN boleh menang dengan undi protes terhadap apa yang disifatkannya sebagai kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran dan menunaikan janji manifesto
"Rakyat hari ini juga sudah jelas dengan warna dan wajah sebenar kerajaan PH, dengan prestasi PH yang tak memuaskan dan janji manifesto yang mengecewakan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini
Apatah lagi Presiden Amanah Mohamad Sabu sendiri mengakui situasi sukar yang akan didepani PH dalam PRK itu nanti, katanya
"Beliau bercakap berdasarkan realiti, lebih-lebih lagi Umno dan PAS kini berganding. Mereka pasti mahu buktikan kerjasama yang dimeterai betul-betul berjaya Berdasarkan majoriti di Tanjung Piai pada PRU lalu, ternyata kalau dicampurkan undi BN dan PAS, kemenangan berpihak kepada mereka," katanya lagi
Bagaimanapun kenyataan Mohamad itu berdasarkan anggapan kurangnya pengundi luar yang akan pulang mengundi berbanding ketika PRU
Analisis PRK Tanjung Piai, Pakatan Harapan Bakal Kalah Lagi
"Selalunya PRK memang kita (PH) sukar untuk mencapai kemenangan. Terutama sekali pengundi-pengundi luar, sama ada bekerja di Singapura, Australia dan tempat-tempat lain. Banyak yang tidak pulang sebab mereka menganggap siapa menang pun tak dapat mengubah kerajaan," katanya pada 1 Oktober lalu
Jeniri turut menyentuh perebutan kerusi parlimen itu - secara tradisinya ditandingi MCA - antara beberapa pihak dalam Umno dan MCA, dengan berkata BN perlu mencari penyelesaian terbaik untuknya
Pensyarah Universiti Malaya Prof Awang Azman Awang Pawi turut mengulas kenyataan Mohamad Sabu, dengan menyifatkannya sebagai "kenyataan jujur" dan menunjukkan PH sedar akan sentimen rakyat terhadapnya pada masa ini
Katanya, PH perlu bekerja "tiga kali ganda" berbanding PRK sebelum ini untuk menang di Tanjung Piai
Beliau turut membangkitkan majoriti daripada pengundi Cina - yang merangkumi 42 peratus daripada jumlah pengudi di Tanjung Piai - yang menyokong BN di kerusi parlimen itu pada PRU lalu, dan ia perlu diambil kira dalam perebutan kerusi antara Umno dan MCA
"Walaupun di peringkat persekutuan sokongan pengundi Cina kepada BN bawah 10 peratus, di Tanjung Piai lebih kurang 30 peratus (sokong BN)
"Jika mereka benarkan MCA bertanding tetapi tetap kalah barangkali barulah ia menjadi petunjuk di masa depan... tak perlu diberi (kerusi) kepada MCA lagi," katanya
Pensyarah sains politik Universiti Utara Malaysia Mohd Azizuddin Mohd Sani turut membangkitkan soal undi protes terhadap PH dan faktor kurang pengundi luar yang akan pulang
"Atas kertas memang kita lihat agak sukarlah (untuk PH menang), dengan sentimen politik yang ada sekarang - muafakat nasional antara Umno dan PAS serta rakyat pelbagai kaum yang marah dengan kerajaan PH dalam soal janji manifesto dan ekonomi
"Kita juga boleh kata akan berlaku undi protes jadi PH kena bersedialah," katanya kepada Malaysiakini
Beliau berpandangan MCA perlu menyerahkan kerusi tradisinya itu pada Umno kali ini, berdasarkan perkembangan semasa selain pengundi yang memang tinggal di kawasan parlimen itu kebanyakannya orang Melayu
Analisis PRK Tanjung Piai, PH Bakal Kalah
"Biasanya pengundi luar yang kebanyakannya orang muda dan bukan Melayu menyokong PH tak akan balik mengundi PRK. Jadi ia lebih tentang pengundi tempatan sahaja dan mereka kebanyakannya Melayu," katanya
Bagaimanapun pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata tiada pihak yang menjadi 'pilihan' (favourite) dalam PRK kali ini
"Setiap kali PRK masing-masing nyatakan sukar dan barangkali mahu jadi underdog dan tidak tertekan sebagai penyandang kerusi. Kali ini persaingan menjadi sengit kerana perubahan politik semasa
"Antara cabaran yang perlu dihadapi BN sebagai pembangkang adalah dari segi jentera. Barangkali jentera negeri dan bahagian akan meneruskan gerakan kempen," katanya
PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung
Ketua MCA Tanjung Piai Wee Jeck Seng menjadi anggota parlimen di situ selama dua penggal sebelum tewas pada PRU lalu. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2019/10/analisis-prk-tanjung-piai-ph-bakal-kalah.html