Analisis Perniagaan Dari Seorang Tokan Ayam Gunting
Kawan aku tokan ayam gunting,
Dia sendiri ada 12 staf tukang potong ayam jadi ayam gunting.
Ada lagi 30 staf yang handle kerja kerja lain termasuk jaga gerai ayam gunting.
Bulan puasa ni dia buka 8 tapak ayam gunting
Dia kongsi,
Sales tahun ni slow yakmat.
Kalau last year, ayam gunting average leh dapat 2k. Tahun ni nak dapat 1k pun susah.
Cuma dia dengan aku setuju atas beberapa point,
Sales sebab banyak faktor.
Bukan kuasa membeli 100%.
Contoh,
1- Terlalu banyak baazar ramadan baru buka. Kita ambil contoh, bawa kereta 5minit, mesti jumpa baazar.
2- Satu tempat baazar, ada 26 tapak. Penganjur bagi 3 peniaga jual ayam gunting.
3- Terlalu banyak pilihan, event, food truck .sekarang bersepah sepah.
Kuasa membeli masih sama, cuma kalau seorang ibu bapa ada 1k untuk spend,
Mereka akan fokus buat belian penting dahulu.
Kitaran duit masih sama, cuma terlalu banyak pilihan lain.
1- sekolah nak buka, kena prepare macam macam.
2- kuasa membeli kat tiktok lebih tinggi..
3- banyak produk fnb yang di jual kat online..
4- pelbagai resepi yang di viralkan influencer.
Kita ambil contoh, resepi air dari KA. Orang akan buat sendiri air kat rumah, benda ni akan bagi impak lah kat orang untuk buat belian air di baazar.
Aku ulang sekali lagi,
Kitaran duit tidak jauh beza, cuma banyak faktor yang beri impak.
Kalau dulu ada cheff ammar je jual lamb shank,
Sekarang dah ada abang azrul batu pahat.
Harga rm50 ni dah bagi impak besar dekat spending orang ramai. Walaupun bukan lah impak besar kat majoriti, tapi kitaran duit tu dah masuk ke pihak pihak lain.
Kalau juala. Sebulan mereka ni leh cecah 1juta untuk jual lamb shank jer, untuk dua kedai dua brand. Sedangkan 1juta ni sales untuk banyak peniaga lain..
Faham ?
Kuasa membeli masih sama,
Tapi banyak faktor mempengaruhi.
End up,
Demand vs supply.
Makin ramai duduk dekat supply, makin tinggi persaingan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/04/analisis-perniagaan-dari-seorang-tokan.html