Rendang Ayam Untuk Hari Raya



Alhamdulillah esok kita akan menyambut Hari Raya Aildil Fitri, hari kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Malam ini banyak amalan yang boleh kita lakukan sebagai malam yang memberikan kita banyak pahala. Antaranya ialah hadirlah solat berjemaah di masjid atau surau khususnya solat isyak dan subuh. Imarahkan dan meriahkan rumah Allah dengan ibadah. Jadikan sepertimana di bulan Ramadhan. 
Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir. Inilah syiar yang perlu sentiasa diamalkan dan jangan ditinggalkan. Bangun 1/3 malam dan lakukan solat sunat. Penuhkan dengan ibadah-ibadah ketaatan yang lain seperti membaca Al-Quran, berzikir, bertasbih dan berdoa. Mohon pada Allah agar Allah memberikan pengampunan dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Saya menjadi sangat terkedu bila pagi pagi melihat video kemalangan yang melibatkan 2 kereta yang pada saya bermula dengan sikap ego, tidak bertimbang rasa dan saling panas baran. Akibatnya satu kereta yang mula menghimpit kereta lain telah terbabas.
Yang bawa kereta itu, memang patut lah kalau jadi apa apa pun pada mereka kerana akal mereka di letak di kepala lutut. Tapi bagaimana perasaan famili di dalam kereta. Tidak kah pemandu memikirkan famili orang lain di dalam kereta, kalau pun tidak mahu memikirkan famili sendiri. Akhirnya terbabas. Tak pasti apa yang terjadi seterusnya, ada yang kata pemandu meninggal dunia. Tapi ada satu yang sahih. 
Dalam keadaan sedang berpuasa, bagaimana tidak ada kesabaran. Sedangkan puasa melatih diri untuk menjadi lebih sabar. Rasulullah pernah berpesan, riwayat Imam Nawawi dalam kitab Al-Adzkar mengatakan: "Termasuk yang dianjurkan adalah jika seseorang dicela oleh orang lain atau diajak berkelahi ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah: "Inni shaa-imun, inni shaa-imun" (aku sedang puasa, aku sedang puasa) sebanyak dua kali. Jadi kalau ada yang cuba menyakiti atau mengajak kita untuk berkelahi, cuma katakan sesungguhnya aku sedang berpuasa. 
Sepatutnya elok elok berhari raya, sekarang dah menjadi kes polis. Kalau tidak di hospital, ada di balai. Kan susah jadinya. Macam mana nak menunjukkan contoh yang baik pada anak anak kalau ketua keluarga berperangai seperti itu. Tak kiralah siapa yang salah dan siapa yang mula provoke dulu. Jika berpegang kepada sesungguhnya aku sedang berpuasa, kita akan redha dan bersabar. 

Kalau semalam saya dah sediakan rendang daging, hari ini saya sediakan rendang ayam yang pernah saya sediakan sebelum ini di SINI. Anak anak bising kenapa mama masak sikit sahaja rendang. Mereka dah beli semua bahagian paha dan thigh sahaja. 
Saya sebenarnya memang masak separuh sahaja dari yang dibeli kerana memikirkan tak mahu membazir kerana bila hari raya, ada lagi pelbagai menu lain. Lagi pula, esok saya boleh masak rendang lain pula. Mungkin rendang pedas ayam stail Perak yang sedap dimakan dengan lemang jagung. 
Bila anak anak dah semua kata tak cukup, rendang dah tinggal sedikit, jadi sebelah malam selepas berbuka puasa, saya merendang Rendang Pedas Ayam pulak. Tunggu saya akan update resipinya ya. 
Rendang ini memang sedap, rendang orang lama lama gitu. Semua bahan ditumbuk kasar sahaja. Kalau nak tahu macam mana sedapnya, kenalah cuba memasaknya sendiri. Beraya kan sebulan, hahaha betul tak? 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba......

Rendang Ayam Untuk Hidangan RayaOleh: Azie Kitchen 
Bahan A:2 ekor ayam - 1.7 kg ayam½ kg santan segarRempah 3 sekawan4 sudu besar cili kering kisar1 ½ cawan minyak masak
Bahan B:2 keping asam keping½ keping gula Melaka - 80 gram1 sudu besar garam3 sudu besar kerisikSerbuk perasa aji/serbuk pati ayam - jika suka
Bahan C:1 helai daun kunyit - hiris
Bahan tumbuk:2 inci halia - 30 gram2 inci lengkuas - 20 gram5 batang serai2-3 biji bawang Holland - 500 gram2 sudu besar biji ketumbar
Cara cara:Hiris bahan tumbuk dan tumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar. Kacau rata sehingga cili agak agak masak dan terbit minyak.
Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan B. Masak sehingga kuah kering yang disukai.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Kacau rata dan boleh tutup api.


Nota:Boleh juga guna daging untuk jadikan Rendang Daging.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/04/rendang-ayam-untuk-hari-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Pedas Perak Hidangan Istimewa Di Hari Raya

Rendang Pedas Perak Hidangan Istimewa Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 231 hits
Insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam beberapa hari lagi Bermakna Ramadhan juga akan meninggalkan kita samada kita mengambil manafaat sepenuhnya dari bulan yang mulia ini atau tidak Kalau siapa yang melalui bulan Ramad...
Hari Raya Harga Ayam Tidak Melambung Warga Net Puas Hati

Hari Raya Harga Ayam Tidak Melambung Warga Net Puas Hati

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 1424 hits
Dakwaan harga ayam meningkat secara mendadak menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dibidas pempengaruh media sosial Najib Bakar Hasil perkongsian tangkap layar oleh pengguna maya di Facebooknya membuktikan harga ayam masih di ba...
Rendang Daging Hari Raya Aidil Fitri 2024

Rendang Daging Hari Raya Aidil Fitri 2024

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 297 hits
Insya Allah esok last kita akan berpuasa Ramadhan tahun ini Kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada lusa hari Rabu Lembah Klang dah mula sunyi Jalan mulai lengang Jalan sesak menuju ke negeri negeri terutama di Pantai Timur Macam maca...
Pm Highlights Importance Of Forgiveness In Hari Raya Address

Pm Highlights Importance Of Forgiveness In Hari Raya Address

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 146 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has called on Malaysians to cultivate dignified values and work together for the good of the country in his Hari Raya Aidilfitri address to the nation PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim has called on Mal...
Jokowi Selamat Hari Raya Idulfitri Semoga Kita Bisa Saling Memaafkan

Jokowi Selamat Hari Raya Idulfitri Semoga Kita Bisa Saling Memaafkan

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 112 hits
Jokowi mengajak masyarakat menjadikan momen Lebaran ini untuk saling memaafkan dan bersilaturahmi
Selamat Hari Raya Daripada Aliran

Selamat Hari Raya Daripada Aliran

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 197 hits
Foto DR WONG SOAK KOON ALIRANFollow us on our and WhatsApp and channels Aliran mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca Islam dan selamat menyambut musim perayaan kepada semua Semoga Aidilfitri ini mendekatkan kita kepada nilai ni...
Ucapan Hari Raya Dari Marhaen Menjelang Aidil Fitri

Ucapan Hari Raya Dari Marhaen Menjelang Aidil Fitri

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 155 hits
W FAUDZIN Menjelang Aidil Fitri ayam mencukupi dan masih tak jejak RM 10 Rata2 masih sekitar RM 7 ke RM 8 sekilo tidak seperti di era PN perintah hingga RM13 sekilo Bekalan telor pun mencukupi dan harga masih stabil tidak seperti di era PN ...
Petronas Unveils Salam Dari Hati To Welcome Hari Raya Celebrations

Petronas Unveils Salam Dari Hati To Welcome Hari Raya Celebrations

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 188 hits
A note from his grandson bringing Awang back to the memories of salam in his life The heartfelt festive film explores the tale of tradition and forgivenessPETRONAS has released its festive film entitled Salam dari Hati in celebration of Har...
Makan Berpada Pada Di Hari Raya Ini Senarai Jumlah Kalori Bagi Setiap Biskut Dan Kuih Popular

Makan Berpada Pada Di Hari Raya Ini Senarai Jumlah Kalori Bagi Setiap Biskut Dan Kuih Popular

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 161 hits
Tibanya hari raya pastinya kita akan dihidangkan dengan juadah istimewa seperti kuih muih dan hidangan seperti ketupat lemang dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sambutan Aidilfitri tiap tahun Bagi mereka yang menjaga badan dan berdiet ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids