Analisis Pengundi Sabah Tidak Berubah Mereka Kekal Memilih Ikut Calon Penyandang Dan Kaum Hampir Sama Pola Pru 14



Pola pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak berubah, mereka kekal memilih ikut calon penyandang. Pola pengundian kaum juga sama seperti PRU14.Jika dilihat keputusan PRN Sabah, pengundi Cina kekal memilih PH-DAP, manakala pengundi Kadazan Dusun-Murut kekal memilih PBS-Star, sementara pengundi Melayu Brunei di pantai barat dan utara Sabah kekal memilih Umno-Bersatu. Pantai timur pula kekal memilih Warisan.
Kemenangan Umno merampas dua kerusi dari tangan Warisan tidak membawa makna apa-apa atas dua faktor.
Pertama, DUN Pantai Manis sebelum ini dimenangi Warisan dirampas Umno, namun kerusi DUN baru yang dibentuk bersebelahan Pantai Manis, iaitu DUN Limbahau dimenangi Warisan dalam PRN kali ini.
Kedua, DUN Karambunai sebelum ini dimenangi Warisan dirampas Umno, namun kerusi DUN baru yang dibentuk bersebelahan Karambunai, iaitu DUN Darau dimenangi Warisan dalam PRN kali ini.
Katak lompat bukan isu
Jika di Semenanjung, pengundi memilih faktor parti dan calon serentak atau memilih faktor parti sahaja.
Bagaimanapun, pengundi di Sabah khususnya di luar bandar memilih mengikut calon. 
Jika calon tersebut popular atau merupakan penyandang kerusi, kebiasaannya pengundi sesebuah kawasan memilih calon popular/penyandang tanpa mengira dia lompat parti mana, sekalipun atas tiket bebas (tiga kerusi dimenangi bebas).
Hal ini kerana calon penyandang, apatah lagi yang telah berkhidmat terlalu lama dan banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi serta sosial, sudah tentu akan dipilih pengundi kawasan berkenaan.
Hal ini dapat dilihat pada imej Jadual 1, 2, 3, 4 dan 5 di bawah:
Ia menjadi kelaziman di Sabah apabila penyandang kerusi tersebut dicalonkan lagi, undi majoriti dan peratus kemenangan akan meningkat. 
Banyak contoh kerusi yang menyaksikan jumlah peratus undi kemenangan meningkat di hampir semua 60 kerusi (lama) yang dipertandingkan. Contohnya kerusi PKR di Api-Api, kerusi Bersatu di Karanaan dan banyak lagi kerusi lain.
Hal inilah yang menyebabkan lapan daripada 11 kerusi yang dimenangi Bersatu, semuanya merupakan penyandang kerusi tersebut dan undi majoriti parti tersebut menang, sekaligus menjadikan Bersatu menang sejumlah kerusi yang berkualiti.
Undi ahli Umno ke atas Bersatu walaupun jentera mereka tidak bekerjasama juga memainkan peranan penting yang wajib parti Bersatu mengucapkan terima kasih.
Sementara itu, hampir semua 14 kerusi Umno yang mencalonkan semua muka baru dimenangi dengan undi majoriti kurang berkualiti melainkan beberapa DUN seperti Usukan, Tempasuk dan beberapa DUN lain.
Senjata yang Warisan yang mainkan, iaitu tolak calon lompat katak tidak relevan kerana pengundi mementingkan calon, terutama penyandang.
Hal ini dapat dilihat pada Jadual 5 di bawah:

Justeru itu, PBS, Star dan Bersatu paling beruntung kerana hampir semua kerusi yang dimenangi merupakan kerusi penyandang.
Jadi, tidak timbul isu Upko dan Warisan tidak relevan. Hakikatnya pengundi di Sabah memilih mengikut calon, terutama yang lama menyumbang bakti.
Upko kalah bukan sebab parti tak relevan
Untuk rekod, Upko hanya menang satu daripada 12 kerusi sahaja ditandingi. Jika dilihat di semua kerusi Upko kalah, parti tersebut masih menerima undi yang memberangsangkan.
Untuk pengetahuan semua, semua lima Adun Upko yang menang atas tiket BN tidak ikut serta parti mereka lompat menyertai gabungan Warisan.
Mereka kekal bebas dan kebanyakan mereka masuk parti Star dan Bersatu dan dicalonkan semula. 
Semua lima Adun Upko yang bertanding semula atas tiket PN menang.
Kerusi tunggal yang dimenangi Upko juga adalah kerusi penyandang.
Jika dilihat Jadual 6 di bawah, terdapat 4 kerusi yang menyaksikan pertembungan Umno-BN dengan PBS di 2 kerusi, sementara pertembungan PBRS-BN dengan Star di 2 kerusi menyebabkan PBS dan Star menang kesemua 4 kerusi, malahan BN menerusi Umno dan PBRS masing-masing kehilangan satu kerusi ke tangan PBS-Star.
Bagaimanapun, ia boleh dielakkan jika Umno dan PBRS meletakkan calon penyandang, namun sayangnya penyandang kedua-dua kerusi tersebut melompat ke Bersatu dan Star pasca PRU14.
Akan tetapi, jika perlawanan BN dengan Star-PBS dapat dielakkan, dan dengan BN sahaja bertanding semua empat kerusi tersebut, BN boleh menang kesemuanya.
Kerusi Bongawan pula jika perlawanan antara Anifah Aman dengan Umno dapat dielakkan, Warisan sudah pasti kehilangan kerusi tersebut.
Dalam masa yang sama, terdapat dakwaan calon bebas sengaja dihantar bertanding di beberapa kerusi untuk kalahkan BN. 
Saya tidak pasti kesahihannya, namun ketiga-tiga yang menang mewakili bebas adalah mempunyai sejarah bekas ahli Umno, mahupun pernah menjadi Adun suatu masa dahulu.
Contohnya, DUN Pitas. Calon bebas yang menang ini merupakan bekas ahli Umno dan PKR, masuk Bersatu. Akan tetapi, kerusi tersebut dikuotakan kepada Umno. Maka, dia bertanding sebagai calon bebas.
Calon tukar, parti kekal tanding
Walau bagaimanapun, jika dilihat keputusan PRU14 dan PRN yang mana walaupun calonnya bertukar, tetapi parti tersebut kekal kerusi tersebut.
Hal ini dapat dilihat melalui kerusi-kerusi DUN di bawah sesebuah parlimen yang disapu bersih oleh parti yang bertanding:
Parlimen Beluran: Umno dan Bersatu sapu bersih semua dua kerusi DUN di bawahnya.Parlimen Kinabatangan: Umno sapu bersih semua tiga kerusi DUN di bawahnya.Parlimen Semporna: Warisan sapu bersih semua tiga kerusi DUN di bawahnya.Parlimen Lahad Datu: Warisan sapu bersih semua empat kerusi DUN di bawahnya.Hal ini menunjukkan logo parti kekal relevan namun terhad di sesetengah kerusi sahaja.
PRU15: Kerusi menang, kerusi 50-50
Berdasarkan keputusan PRN ini, saya merumuskan senarai kerusi parlimen yang pasti menang oleh sesebuah parti politik dan juga 50-50 pada PRU15 nanti.
Kerusi menang untuk PH dan Warisan:
Kota KinabaluSandakanPenampangSepanggarLahad DatuSempornaTawauPutatanBatu SapiKerusi menang untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS):
Kota MaruduKota BeludTuaranBeaufortPensianganRanauKeningauBeluranLibaranKerusi 50-50:
KudatPaparKimanisSipitangTenomKalabakanApa berlaku lepas PRN Sabah?
Pembubaran parlimen bakal dibuat dalam tahun ini, namun dengan syarat kes wabak virus Covid telah reda dalam keadaan terkawal walaupun masih ada lagi.
Pertikaian Umno-Bersatu akan berpanjangan walaupun ketua Bersatu negeri Hajiji Mohd Noor menjadi ketua menteri Sabah.
Apa perlu dilakukan selepas ini oleh GRS untuk PRU15?
Pertama, agihan kerusi parlimen di Sabah perlu bersandarkan penyandang PRU14 atas parti mana yang terkini. Jika penyandang tersebut popular atau bagus, terus calonkan penyandang tersebut. Jika melihat kepada senarai jumlah kerusi clear winner oleh kedua-dua gabungan, ia sama dan terdapat enam kerusi menjadi penentu kemenangan mana-mana gabungan.
Kedua, jika sesebuah kerusi di Sabah perlu ditukar calon atau parti baru, perlulah jalankan gerak kerja sebelum PRU15 dan buktikan yang bakal menjadi calon disukai pengundi.
Ketiga, berkenaan kerusi PRU15 di Semenanjung pula, saya menasihatkan agar lebih baik kerusi-kerusi majoriti Melayu yang MCA kalah PRU14 dan PRK diserahkan kepada Bersatu dan PAS supaya Bersatu dan PAS ada kerusi yang boleh menang, dan Umno juga dapat sebahagian besar kerusi boleh menang.
Berikut beberapa kesimpulan berdasarkan keputusan PRN Sabah kali ini:
MCA ada harapan untuk merampas kerusi sub bandar dan luar bandar yang mempunyai 60 peratis peratus bawah pengundi Cina, namun tidak ada harapan menang kerusi bandar dan pengundi Cina melebihi 60 peratus seperti di enam DUN yang dimenangi DAP. Semua enam kawasan di Sabah yang dimenangi DAP merupakan kawasan bandar yang bermajoritikan Cina melebihi 70 peratus (kerusi hitam untuk MCA atau SAPP).Pantai Timur Sabah dan sekitar bandaraya Kota Kinabalu merupakan kawasan kuat PH dan Warisan.Kawasan Utara dan Kadazan-Murut adalah kawasan kuat GRS, namun bergantung calonnya.Kawasan Pantai Barat Sabah merupakan kawasan 50-50.Calon penyandang adalah faktor penting kepada kejayaan sesebuah parti. Hal ini dapat dilihat melalui kemenangan PBS, Bersatu dan Star yang meletakkan calon penyandang di kebanyakan kerusi. Namun, ia terpakai sepenuhnya di Sabah sahaja.PBRS ‘mati penyek’ akibat pertembungan Star-PBS.Walaupun pola pengundian di Sabah sama seperti PRU14, namun pola pengundian di Sabah tidak sama dengan Semenanjung.
ARIF ANWAR LOKMANOL HAKIM
alumni pengajian ijazah sarjana muda sains politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

MR :  Satu analisis yang menarik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/pengundi-sabah-tidak-berubah-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umur Calon Pengundi Prn Sabah Sama Dengan Prn Sarawak Dan Pru 15

Umur Calon Pengundi Prn Sabah Sama Dengan Prn Sarawak Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 585 hits
Jika merujuk kepada web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 20 871 orang adalah pengundi awal yang akan mengundi pada 22 September ini 1 103 646 orang pula akan mengundi pada 26 September ini Yang menariknya tentang PRN Sabah ialah 447 calon a...
Sabah For Sabahan Dan Mereka Telah Memilih

Sabah For Sabahan Dan Mereka Telah Memilih

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 395 hits
Tahniah Sabah pilih Gabungan Penyamun Pengkhianat Katak dan Penjenayah Let s respect the voice and choice of Sabahans Congratulations Putrajaya Pesta lompat bakal berulang kembali Sabah Election Results dan Biaq YDP pilih sama ada Bung atau...
Tiga Ribu Pengundi Awal Wajar Memilih Calon Warisan Dari Amanah Di N24 Tanjung Keramat Sdr Rosdy Wasli

Tiga Ribu Pengundi Awal Wajar Memilih Calon Warisan Dari Amanah Di N24 Tanjung Keramat Sdr Rosdy Wasli

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 238 hits
Dun N24 Tanjung Keramat adalah di bawah Parlimen Putatan Di Dun ini lebih kurang 14 Ribu pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Sabah pada Sabtu ini Daripada jumlah tersebut lebih kurang tiga ribu adalah pengundi2 awal di kalangan warga...
Pengundi Sabah Pilih Calon Berbanding Parti

Pengundi Sabah Pilih Calon Berbanding Parti

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 463 hits
Penilaian pengundi di Sabah dalam Pilihan Raya Negeri negeri itu berbeza berbanding Semenanjung kerana kekuatan parti bukan menjadi penilaian utama kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin BakarHisomuddin menjelaskan tinjauan Ilham C...
Tiada Kerusi Di Sabah Pru 15 Pas Kena Lebih Teruk

Tiada Kerusi Di Sabah Pru 15 Pas Kena Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 338 hits
Ketetapan demi ketetapan yang diambil dalam Muktamar Pas ke 66 di Pengkalan Chepa Kelantan baru baru ini tidak mungkin menutup kegelisahan ahli biasa parti itu yang melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah politik Pas menyertai Per...
Prn Sabah Calon Warisan Hina Atm Dan Pdrm Mendapat Bantahan Umum

Prn Sabah Calon Warisan Hina Atm Dan Pdrm Mendapat Bantahan Umum

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 418 hits
PRN SABAH CALON WARISAN HINA ATMDi satu ceramah Calon WARISAN ini telah berceramah dan di antara ceramahnya seolah olah menghina ATM berkaitan dengan Pencerobohan Lahat Datu oleh Tentera tentera Sulu dari Selatan Filipina di Tahun 2013 Beli...
Gugat Ambang Batas Rizal Ramli Calon Terbaik Sulit Ikut Pemilu

Gugat Ambang Batas Rizal Ramli Calon Terbaik Sulit Ikut Pemilu

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 254 hits
Mantan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Rizal Ramli yang mempersoalkan ambang batas presiden ke Mahkamah Konstitusi mengaku khawatir calon calon terbaik tidak dapat turut berkompetisi dalam pemilu karena aturan itu Dalam sidang pendah...
Heboh Celine Evangelista Dan Stefan William Ikut Pengajian Sama Ustadz Riza Muhammad

Heboh Celine Evangelista Dan Stefan William Ikut Pengajian Sama Ustadz Riza Muhammad

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 398 hits
Pasangan artis Celine Evangelista dan Stefan William sukses membuat heboh karena mengikuti pengajian bersama Ustaz Riza Muhammad Soalnya diketahui bahwa pasangan suami istri tersebut bukan seorang muslim Hal tersebut diketahui dari unggahan...
Adik Tyt Sabah Bertanding Prn Sabah Calon Warisan

Adik Tyt Sabah Bertanding Prn Sabah Calon Warisan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 459 hits
Selepas PRU14 BN menang Sabah Musa Aman angkat sumpah di depan Tuan Yang Terutama jadi Ketua Menteri di Istana Sabah Lalu beberapa ADUN BN jadi katak untuk lompat ke Warisan Shafie Apdal diberi peluang mengadap TYT untuk membukti sokongan m...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall