Analisis Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2022
Baca : GAMBAR LOKASI ....
Analisis Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2022. Blog yang baik adalah blog yang membawa manfaat kepada orang lain, sentiasa di kemas kini dan juga memberikan income pasif yang konsisten. Baru lah lebih bersemangat nak tulis blog
Sepanjang tahun 2022, pencapaian blog agak merosot sedikit berbanding tahun 2021. Entry diterbitkan pun berkurangan. Mungkin tahun 2022 saya sudah semakin sibuk dengan kerja hakiki saya
Menghasilkan 362 artikel sepanjang tahun 2022
Secara umumnya saya hasilkan 362 artikel pada tahun 2022, kebanyakannya dari label resepi, tazkirah, kisah keluarga dan himpunan doa.
Namun begitu alhamdulillah.. usaha meningkatkan trafik blog kepada 15,000 sehari dapat direalisasikan. Rujuk grafik di bawah
Contohnya, pada 1/3/2022 trafik blog sehari mencecah 38,859. Dan pada 1/5/2022, trafik blog sehari adalah 42,390. Pendapatan blog melalui ruang iklan, agen Affiliate, Adsense dan lain-lain juga meningkat
Analisa Dan Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2022
Bila buat analisa, ada sedikit laporan, untung rugi, jatuh bangun aynorablogs sepanjang tahun 2022. Yeah! Jom baca..
Artikel Paling Popular Tahun 2022
Artikel paling popular 2022 aynorablogs jatuh kepada 1001 Ucapan Harijadi Kepada Yang Tersayang. Sepanjang tahun 2022, artikel ini menerima PV sebanyak 151,000. Sehingga kini koleksi ucapan harijadi ini masih menduduki carta teratas setiap minggu. Seterusnya entry berkaitan Cara niat qada' solat fardhu juga banyak dicari dengan PV sebanyak 69.2K setahun
Boleh cari ucapan harijadi di SINI
Jumlah Trafik Sepanjang Tahun 2022
Sepanjang tahun 2022, blog ini menerima jumlah trafik yang agak tinggi dan meningkat daripada tahun 2021. Trafik yang diterima sepanjang tahun 2022 adalah berjumlah 5.77 juta seperti laporan di bawah
Pendapatan Blog Sepanjang Tahun 2022
Secara ringkasnya dalam tahun 2022, blog ini menjana income yang memberangsangkan. Keseluruhan pendapatan blog pada tahun 2022 adalah seperti berikut:
##Sumber Utama
Adsense : USD1,418.90
Ruang iklan: RM800.00
Lain-lain income akan update kemudian..
Kejayaan Yang Dicapai
Jika berdasarkan laporan blogger.com, kebanyakan pembaca blog datangnya daripada Malaysia, Singapura & Indonesia. Dengan analisis ini bermakna saya kena peka kepada informasi berguna kepada pembaca serantau. Kiranya satu kejayaan jugak jika blog kita turut dikunjungi oleh pembaca dari kawasan negara Asean, kan.
Kegagalan aynorablogs
Setiap blog pasti ada meniti kegagalan dalam usaha mencapai kejayaan. Itulah namanya cabaran dalam berblog. Kalau disebut gagal, ada banyak sebenarnya yang tidak dapat dicapai oleh aynorablogs sepanjang tahun 2022. Antaranya tak dapat menghasilkan 700 - 1,000 artikel pada tahun tersebut. Berikut analisis artikel terhasil pada tahun 2022:
Tahun 2022 : 362 artikel
Tahun 2021 : 499 artikel
Tahun 2016: 625 artikel
Tahun 2015: 328 artikel
Tahun 2014: 352 artikel
Tahun 2013: 575 artikel
Tahun 2012: 242 artikel
Namun, kegagalan bukanlah penamat kepada minat saya dalam menghasilkan blog yang lebih berkualiti dan terkini. Malahan, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat.
Penutup
Setiap orang melakukan sesuatu dengan niat, ada tujuan tersendiri. Semoga niat suci yang dipasang memberikan impak yang baik kepada diri sendiri dan juga orang lain. Setelah tujuan yang utama itu tercapai, insyaa Allah pertolongan Allah akan datang dari berbagai sudut. Ketika itulah rezeki anda dilapangkan, rezeki kesihatan dan kehidupan, umur yang panjang dan barakah serta arah tujuan yang benar. Dilorongkan kepada jalan yang lurus, insyaa Allah! Semoga tahun 2022 banyak memberikan pengajaran dan juga manfaat kepada kita semua
Ayuhlah melangkah ke depan dengan fikiran yang baik-baik
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2023/01/analisis-pencapaian-blog-sepanjang.html