Bersinar Pada Tahun 2022 Ini 10 Selebriti Bakal Jadi Pelapis Pelakon Hebat Di Korea


Nampaknya, bakal ada ramai yang akan menjadi pelapis pelakon hebat di Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN Penonton Puji Kualiti Lakonan, Kenali Pelakon Berbakat Jung Jiso Dari 'The Glory' Pada tahun 2022, penonton telah disajikan dengan pelbagai drama dan filem Korea yang menarik. Malahan, ramai juga pelakon baru yang semakin mendapat perhatian dek lakonan mereka yang mantap dan mampu memberi impak pada penonton.
Kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara 10 pelakon yang dijangka akan lebih menyerlah pada tahun 2023 ini dan patut diberikan perhatian. Jom lihat senarai di bawah!
Choi Hyunwook
Choi Hyun-wook memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon yang bakal bersinar pada tahun ini. Selepas membuktikan bakat lakonannya yang serba boleh menerusi “Twenty Five Twenty One” dan “Weak Hero Class 1”, penonton teruja untuk menantikan watak lain yang akan dibawanya pada masa akan datang.
Park Jihu
Selepas muncul dalam siri Netflix popular “All Of Us Are Dead” dan “Little Women”, pelakon Park Ji-hu telah memaparkan kualiti lakonan yang meyakinkan. Baru-baru ini, pelakon itu juga telah tampil dalam muzik video NewJeans untuk lagu “Ditto”.
Moon Sangmin
Moon Sang-min yang dilahirkan pada tahun 2000, adalah seorang pelakon lelaki baru yang semakin dikenali ramai kini dek lakonannya dalam “Under the Queen’s Umbrella”. Dengan visual serta bakatnya yang tidak perlu dipersoalkan lagi, agensi telah mendedahkan bahawa pelakon itu telah menerima banyak tawaran berlakon dan lebih 20 panggilan dari jenama syarikat untuk pengiklanan.
Park Solomon
Telah membintangi banyak drama seperti “Sweet Revenge” dan “Lookism”, tuah Park Solomon nampaknya terletak pada siri “All Of Us Are Dead” dengan wataknya sebagai Lee Su-hyeok. Selepas muncul dalam siri Netflix itu, Park Solomon semakin dikenali ramai peminat K-Drama kini dan dia telah berjaya memegang watak utama dalam drama “Revenge of Others” bergandingan dengan Shin Ye-eun.
Go Younjung
Menerusi drama bahagian 2 “Alchemy of Souls”, lakonan Go Youn-jung telah menerima respon positif dari penonton dan dijangka akan menjadi salah seorang pelakon yang akan bersinar pada tahun ini. Akan datang, pelakon itu bakal menemui penonton dalam drama Disney+ “Moving”.
Shin Seungho
Shin Seung-ho telah berjaya meraih perhatian menerusi drama web “A-Teen” pada 2018 dan semakin dikenali selepas tampil sebagai Go Won dalam “Alchemy of Souls”. Dengan lakonannya yang berjaya memikat hati penonton, ramai yang teruja ingin menantikan naskhah lakonan Shin Seung-ho yang seterusnya.
Kim Minha
Selepas memainkan watak sebagai Sun-ja ketika muda dalam siri Apple TV “Pachinko”, pelakon Kim Min-ha telah menerima perhatian global dan ramai yang tidak sabar untuk melihat persembahannya dalam musim kedua drama berkenaan. Untuk pengetahuan, musim kedua “Pachinko” telah memulakan penggambaran pada November lalu.
Joo Jonghyuk
Memainkan watak Kwon Mi-woo, Joo Jong-hyuk adalah pelakon yang semakin dikenali kini menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo”. Akan datang, pelakon itu akan menemui penonton dalam drama “Do You Know Ashtanga?” bersama Bae Yoon-kyung. Nantikan!
Oh Yeju
Oh Ye-ju yang bernaung di bawah agensi Rain Company, adalah seorang pelakon ‘rookie’ pada tahun ini. Memulakan debutnya menerusi “Hometowcn Cha Cha Cha” sebagai watak sampingan, Oh Ye-ju semakin mendapat perhatian selepas muncul dalam “Under the Queen’s Umbrella”.
Bae Inhyuk
2022 merupakan tahun yang sibuk buat Bae In-hyuk memandangkan dia muncul dalam pelbagai naskhah seperti drama “Cheer Up”, “Under the Queen’s Umbrella”, “Why Her?” dan filem “Ditto”. Oleh itu, ramai yang teruja ingin nantikan projek manakah yang akan menjadi pilihan Bae In-hyuk pada tahun ini.
Haa pelakon mana yang korang paling teruja untuk saksikan pada tahun 2023 ini?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/bersinar-pada-tahun-2022-ini-10-selebriti-bakal-jadi-pelapis-pelakon-hebat-di-korea/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Sentral Swiss Rugi Rp2 225 Triliun Di 2022 Terburuk Dalam 116 Tahun

Bank Sentral Swiss Rugi Rp2 225 Triliun Di 2022 Terburuk Dalam 116 Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 168 hits
Bank Nasional Swiss atau Bank Sentral Swiss melaporkan kerugian sebesar 132 miliar franc Swiss atau USD 143 miliar atau Rp 2 225 triliun untuk tahun keuangan 2022 Ini terjadi usai investor berbondong bondong pindah ke tempat yang dianggap a...
Carta Top 10 Bestseller Sepanjang Tahun 2022

Carta Top 10 Bestseller Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 254 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dah seminggu kita masuk tahun 2023 Macam mana Harap semuanya bermula dengan lancar Baiklah sempena awal tahun ini pihak nak kongsi dengan anda Carta Top 10 ebook panduan yang paling laris sepanjang tahun ...
Tahun 2022 Sebanyak 22 Terdakwa Kasus Narkotika Dihukum Mati Di Aceh

Tahun 2022 Sebanyak 22 Terdakwa Kasus Narkotika Dihukum Mati Di Aceh

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 81 hits
Jumlah kasus penyalahgunaan obat obatan terlarang tersebut yang masuk ke Pengadilan Tinggi Banda Aceh sebanyak 364 perkara
12 Juta Lebih Pelancong Masuk Denpasar Via Bandara Ngurah Rai Sepanjang Tahun 2022

12 Juta Lebih Pelancong Masuk Denpasar Via Bandara Ngurah Rai Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 134 hits
Bandara I Gusti Ngurah Rai saat ini melayani 20 rute domestik dengan 11 maskapai dan 24 rute internasional dengan 29 maskapai Adapun secara keseluruhan melayani penerbangan 12 negara
Sutradara Pastikan Avatar 3 Akan Diproduksi Kira Kira Bakal Menunggu Berapa Tahun Ya

Sutradara Pastikan Avatar 3 Akan Diproduksi Kira Kira Bakal Menunggu Berapa Tahun Ya

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 87 hits
Butuh 13 tahun untuk kita bisa menyaksikan film kedua Avatar saat ini Apakah akan selama itu juga untuk Avatar 3
Analisis Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2022

Analisis Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 120 hits
Baca GAMBAR LOKASI Analisis Pencapaian Blog Sepanjang Tahun 2022 Blog yang baik adalah blog yang membawa manfaat kepada orang lain sentiasa di kemas kini dan juga memberikan income pasif yang konsisten Baru lah lebih bersemangat nak tulis b...
Travel Timeline Tahun 2022 Mama

Travel Timeline Tahun 2022 Mama

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum semua mama baru perasan ada email masuk tentang timeline mama Maka harini nak simpan kat sini sebagai kenangan Seeperti yang dijangka sepanjang tahun lepas memamg mama ulang alik ke utara aje Almost every month mama ke utara...
Pengumuman Dividen Kwsp 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022

Pengumuman Dividen Kwsp 2023 Bagi Tahun Kewangan 2022

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 310 hits
PENGUMUMAN SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022 2023 Apakah Dividen KWSP Tahukah anda di bawah Akta KWSP 1991 Seksyen 27 jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2 5 setahun ke atas simpanan ahli Oleh itu dalam keadaan apa sekali pun ahli diberi ...
Blog Performance Tahun 2022

Blog Performance Tahun 2022

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 213 hits
Disebabkan sejak beberapa tahun lepas mama ada update tentang blog performance maka perlulah mama update untuk tahun 2022 juga Takdelah tercari cari bila diperlukan nanti Harini mama nak simpan kat sini tentang Blog Performance Tahun 2022 b...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Asan Lembu The Movie

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air