Analisis Karakter Utama The World Of The Married Daripada Pandangan Doktor Psikologi


Drama ‘The World Of The Married’ kini menjadi sebutan ramai kerana jalan ceritanya yang menyeksakan dan membuatkan semua tak senang duduk apabila menontonnya.
Rata-rata penonton sepertinya tidak memahami motif dan muslihat di sebalik setiap watak, jadi seorang doktor psikologi daripada Korea telah memuat naik satu video dan menganalisi setiap wataknya. Menarik!
[*Analisis ini adalah daripada pemerhatian beberapa episod awal sahaja] Ji Sun-woo Seorang doktor keluarga dan juga timbalan pengarah di hospital yang dia bertugas sekarang bahkan kehidupannya yang tiada cela membuatkan wanita tersebut nampak sempurna di mata semua orang. Bahkan Sun-woo juga mempunyai pelbagai kebolehan bukan sahaja daripada sudut kerjayanya bahkan juga sebagai seorang ibu dan isteri yang serba boleh.
Kelebihan yang ada padanya itu bagaimanapun menenggelamkan sinaran pada Tae-oh yang tidak mempunyai pencapaian sehebat dirinya. Bahkan Lee Tae-oh nampak gah dan berjaya hanyalah disebabkan oleh Sun-woo yang menutup kekurangan yang ada pada diri lelaki itu.
Sun-woo juga digambarkan sebagai seorang yang matang kerana tidak teragak-agak untuk berdepan dengan suaminya apabila dia mula meragui kesetiaan Tae-oh. Malahan selepas berterus-terang, wanita itu menerima kesalahan dirinya kerana serkap jarang namun tidak sedikit pun menurunkan tembok kesangsian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Paling menyakitkan apabila Sun-woo sedar bahawa dia dikhianati bukan sahaja suaminya bahkan rakan rapat dan juga anaknya sendiri. Tapi berbekalkan kewarasan dan personalitinya, wanita itu tidak terburu-buru dan menyelesaikannya secara fizikal. Malahan dia membalas dendam menggunakan cara yang tenang seperti pembawaan dirinya yang elegan.
Bahkan, Sun-woo beberapa kali memberi peluang supaya suaminya mengaku sahaja tetapi lelaki itu berterusan berdalih dan kononnya janji sumpah setia. Tetapi dalam masa yang sama tetap terus berhubungan dengan Da-kyung di belakang isterinya.
Perasaan dikhianati bukanlah sesuatu yang remeh, namun Sun-woo terus gagah berdiri bagi memastikan suaminya itu menerima balasan yang setimpal terhadap pengkhianatannya. Jadinya, karakter Sun-woo sebenarnya sedang dalam keresahan dan penat yang teruk.
Meskipun perkara ini nampak tidak benar tetapi sesetengah doktor tidak mahu sebenarnya apabila mereka sebenarnya sakit. Menurut pakar psikologi Oh Jin-seung, ini adalah perkara yang biasa dilihat dalam kalangan kakitangan profesional ini.
Lee Tae-oh Walaupun dikenali sebagai seorang pengarah filem tetapi Tae-oh hanya berjaya mencapai ke tahap seperti itu disebabkan oleh sokongan Sun-woo. Semua penonton sedar bahawa lelaki itu bukanlah sesiapa pun sebenarnya tanpa isterinya di sisi.
Bukannya mahu berusaha berada sama level dengan isterinya tersebut malahan tanpa segan dia membalikkan kesalahan tersebut kepada Sun-woo dan menyatakan bahawa kehebatan wanita itu membuatkan dia berasa kecil dan lemah.
Menurut pakar kesihatan mental ini lagi, watak Tae-oh sebenarnya adalah seorang yang narsistik di mana individu dengan personaliti sebegini ini obses terhadap kesempurnaan, kejayaan, kecantikan, kemudaan, kekuasaan yang ada pada dirinya. Salah satu kesan buruknya ialah sekiranya tidak mempunyai keupayaan untuk mencapai semua ini, dia akan berasa geram dan kecewa dengan hidupnya.
Sama seperti Tae-oh yang berasa ada jurang dengan isterinya apabila dia sedar yang dia tidak mempunyai apa-apa kalau nak dibandingkan dengan isterinya yang serba sempurna. Walaupun isterinya membantu melengkapi apa yang kurang, lelaki itu malah berasa malu dan mula membenci wanita itu dan bukannya mahu berterima kasih.

Jadi Tae-oh mengambil jalan untuk curang di belakang isterinya sebagai salah satu cara untuk balas dendam. Perbuatan menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan Sun-woo ini membuatkan dia berasa berkuasa dan berjaya mengalahkan isterinya dalam satu perkara.
Seseorang yang mempunyai sifat narsistik yang tebal dalam dirinya tidak mempunyai rasa empati langsung. Malahan mereka juga akan cuba merasionalkan segala tindakan mereka walaupun ia adalah sesuatu yang tidak baik. Sebab itulah Tae-oh tidak berasa bersalah terhadap perbuatannya mengkhianati isteri sendiri. Sama seperti apabila lelaki ini cuba membenarkan perasaannya mencintai dua orang dalam satu masa.
Sebenarnya situasi seorang lelaki sudah berkahwin mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang lebih muda dan cantik bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi tidak bagi orang yang narsistik. Individu seperti ini biasanya mungkin mengambil kira latar belakang wanita itu juga.
Sama seperti kes Tae-oh yang bercinta dengan Da-kyung yang merupakan anak tunggal kepada keluarga berpengaruh. Mungkin perasaan cinta itu wujud tetapi ianya bukanlah hanya dipandu kerana rasa suka sahaja tetapi berselindung dengan motif lain juga.
Yeo Da-kyung Kalau dilihatkan, wanita ini tiada kekurangan langsung! Lahir dalam keluarga yang kaya dan mempunyai susuk tubuh dan rupa yang menarik tetapi dia tetap memilih untuk bercinta dengan suami orang.
Sebenarnya, Da-kyung tertipu dengan imej Tae-oh yang nampak stabil kerana lelaki ini yang kelihatan matang dan bertanggungjawab daripada cara dia bersama keluarganya. Tetapi secara realitinya, hanya Sun-woo sahaja mengetahui perangai sebenar lelaki itu
Da-kyung sebenarnya adalah seorang yang sentiasa resah dan tidak matang sebab itulah dia jatuh cinta dengan Tae-oh yang kelihatan seperti seorang ketua keluarga dan ahli perniagaan yang berjaya, sesuatu yang tidak dimiliki oleh lelaki yang sebaya dengannya.
Wanita ini juga mempunyai kecenderungan kepada histeri dan dramatik lantas sentiasa memerlukan perhatian. Individu dengan personaliti sebegini mempunyai mood yang cepat berubah selain menggunakan kelebihan (wajah cantik) yang ada pada dirinya untuk mendapatkan perhatian yang diperlukan tersebut.

Dalam hubungan antara manusia, dia juga cenderung untuk bergantung secara melampau di mana dapat dilihat apabila Da-kyung akan menggunakan kelebihannya menggoda untuk mengawal seseorang itu supaya mengikut kemahuannya
Seseorang yang mempunyai kecenderungan histeri tak boleh tahan bosan walaupun sekejap. Hidupnya wajib dipenuhi dengan sesuatu yang baru, menyeronokkan dan merangsangkan. Itulah adalah perkara yang membuatkan dia terus ‘hidup’.
Da-kyung sentiasa berasa resah kerana mahukan Tae-oh untuk dirinya sendiri sehingga sanggup berdepan dengan Sun-woo dan membuka cerita dengan beraninya mengenai hubungannya dengan suami orang.
Jelas wanita ini adalah kurang matang kerana walaupun dia seperti mahu membongkarkannya kepada Sun-woo tetapi dia sendiri takut jika kebenaran itu diketahui oleh ibu bapanya. “Haraplah terbongkar, tapi kalau orang tahu, nak buat macam mana nanti?”
Daripada analisis yang dibuat, jelas kelihatan bahawa kedua pelakon wanita utama ini mempunyai watak yang berbeza. Ji Sun-woo merupakan seseorang yang bergerak mengikut pelan yang tersusun tetapi Yeo Da-kyung hanya ikutkan hati tanpa mempunyai rencana yang kukuh.
Macam-macam betul perangai yang ada dalam drama ini kan? Fuhhh!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/analisis-karakter-utama-the-world-of-the-married-daripada-pandangan-doktor-psikologi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Korea Yang Mesti Korang Tengok The World Of The Married

Drama Korea Yang Mesti Korang Tengok The World Of The Married

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 521 hits
Drama Korea Yang Mesti Korang Tengok THE WORLD OF THE MARRIED Mengisahkan Sun Woo seorang doktor yang mempunyai segalanya kekayaan bahagia bersama suami yang ada rupa dan mempunyai seorang anak lelaki sampai la satu hari Sun Woo dapat tahu ...
Pelajaran Hidup Yang Bisa Diambil Dari Drama Pelakor Berjudul The World Of The Married Wajib Nonton

Pelajaran Hidup Yang Bisa Diambil Dari Drama Pelakor Berjudul The World Of The Married Wajib Nonton

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 601 hits
Bosen sama film tentang pelakor yang jatuhnya cuma kayak sinetron receh Coba tonton drama Korea yang satu ini
Dikritik Terlalu Besar Untuk Watak Usia 2 Tahun Ibu Pelakon Cilik The World Of The Married Minta Henti Komen Negatif

Dikritik Terlalu Besar Untuk Watak Usia 2 Tahun Ibu Pelakon Cilik The World Of The Married Minta Henti Komen Negatif

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 624 hits
Drama The World Of The Married semakin mendebarkan dan menyebabkan penonton tak senang duduk untuk menantikan kesudahan kepada hidup Ji Sun woo yang kian huru hara kerana dendam bekas suaminya Seperti yang ditonton oleh peminat setia drama ...
K Drama Sinopsis The World Of The Married Couple

K Drama Sinopsis The World Of The Married Couple

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 772 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraJi Sunwoo ialah seorang doktor perubatan keluarga Mempunyai suami Lee Taeo dan seorang anak lelaki kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini t...
Kalahkan Sky Castle The World Of The Married Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

Kalahkan Sky Castle The World Of The Married Raih Rekod Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran Kabel

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 450 hits
Sudah pun dijangka sebelum ini The World Of The Married kini sudah berjaya mencipta sejarah baru dalam industri drama Korea Disebabkan oleh plotnya yang mendebarkan sejak daripada episod awal lagi drama ini telah menjadi kegemaran ramai di ...
Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon

Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 790 hits
Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae Park Hae Joon Drama terbaru yang bersiaran mulai 27 Mac 2020 Drama The World Of The Married akan bersiar sebanyak 16 episod penuh Drama ini adalah adaptasi drama britain berjudul Doctor Fo...
Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 536 hits
Apalah jampi yang dipakai oleh The World Of The Married ini sampaikan semua orang tak berhenti menyebut tentang drama tersebut siang dan malam Walaupun memulakan cerita dengan kisah pengkhianatan di antara pasangan suami isteri tetapi setel...
Warganet Indonesia Hujat Pemeran Pelakor Dalam Serial The World Of Married Itu Kan Cuma Film

Warganet Indonesia Hujat Pemeran Pelakor Dalam Serial The World Of Married Itu Kan Cuma Film

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 780 hits
Mereka yang menghujat tapi se Indonesia yang dibikin malu Pada nggak bisa bedain film sama kehidupan nyata apa ya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah