Anak Tersepit Jari Sampai Kena 40 Jahitan Ashraf Muslim Terkilan Tak Ada Di Sisi Keluarga Saat Cemas Berlaku
Sesuatu kemalangan yang berlaku memang tak dapat dijangka, namun sudah semestinya seorang bapa ingin berada di sisi anak tersayang jika berlaku kecemasan. Itulah yang dialami oleh pelakon saat dirinya dikuarantin setelah disahkan positif Covid-19 pada April yang lalu.
Pelakon ini mengakui terkilan dan sedih apabila gagal melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga sepanjang dirawat sebagai pesakit Covid-19.
Kongsi Ashraf, kemalangan yang berlaku kepada salah seorang anaknya ketika dia dikuarantin di hospital benar-benar mencemaskan.
Artikel berkaitan: Stay Strong Ayah, Get Well Soon, I Love You.” Video Ucapan Anak-anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad
“Saya akan risau apabila ada antara ahli keluarga saya sakit ketika mana saya sedang dikuarantin di hospital kerana COVID-19.
“Misalnya salah seorang anak saya terpaksa menerima 40 jahitan mikro di jarinya akibat tersepit pintu dan insiden itu berlaku ketika saya dalam wad.
“Agak takut sebenarnya apabila saya dalam keadaan sedemikian dan tak boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.
“Memang ketika itu ada rasa terkilan dan sedih,” katanya kepada portal hiburan, Gempak.
Tidak berjumpa keluarga lebih 2 bulan
Jelas Ashraf, pengalaman sebagai pesakit COVID-19 benar-benar membuka matanya dan belajar banyak perkara tentang kehidupan.
“Saya berada di luar negara selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia dan menjalani kuarantin selama dua minggu.
“Kemudian saya dimasukkan ke hospital kerana positif COVID-19 selama 25 hari dan meneruskan kuarantin sendiri pula.
“Bayangkan lebih 2 bulan saya tak bertemu dengan keluarga dan memang sangat sedih sampaikan menangis sebab rindu.
“Sepanjang tempoh itu saya melalui satu perjalanan baharu bahawa bukan COVID-19 yang perlu kita takutkan tetapi amalan dan iman kita kepada Allah.
“Ini dugaan Allah supaya kita sedar sejauh mana kita dengan-Nya,” tambahnya.
Selepas pulih dari COVID-19, Ashraf kini kembali aktif mempromosikan filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa.
Ashraf melakonkan watak sebagai pendakwah terkenal Ustaz Hariz yang dibayangi dosa-dosa silamnya yang pernah berzina dan punyai anak luar nikah.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Semoga setiap pesakit yang terkesan dengan virus ini akan disembuhkan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga. Ingatlah kita masih belum menang walaupun kerajaan sudah memberi sedikit kelonggaran untuk rakyat.
sumber: Gempak
Artikel berkaitan: Tak Ziarah & Terima Tetamu, Ashraf Muslim Trauma Nak Beraya, Bimbang Sebar Virus Walau Dah Bebas Covid-19
The post Anak Tersepit Jari Sampai Kena 40 Jahitan, Ashraf Muslim Terkilan Tak Ada Di Sisi Keluarga Saat Cemas Berlaku appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-tersepit-jari-sampai-kena-40-jahitan-ashraf-muslim-terkilan-tak-ada-di-sisi-keluarga-saat-cemas-berlaku/