Anak Tak Dengar Kata Melawan Sebabnya Ibu Ayah Suka Ugut Tapi Tak Buat


“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!” Ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap. Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu. Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
(Kredit: Google) – Gambar Hiasan “Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun.” Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?” Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja. Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman.
Walaupun dia menangis jerit masa tu. Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah SWT. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu. Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.
Sumber: Muhammad Zukermi Bin Edi-
Gambar Google
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Tak Dengar Kata & Melawan Sebabnya Ibu Ayah. Suka Ugut, Tapi Tak Buat!  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tak-dengar-kata-melawan-sebabnya-ibu-ayah-suka-ugut-tapi-tak-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Menconteng Cerdik Fasa Ni Banyak Dia Belajar Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

Anak Suka Menconteng Cerdik Fasa Ni Banyak Dia Belajar Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 344 hits
Soalan biasa yang ditanyakan oleh ibu bapa di antara membaca bercakap dan menulis mana satu nak dimulakan dulu Ini kerana ibu bapa risau anak anak akan ketinggalan dengan rakan rakan seusianya Bagi ibu bapa yang nak tahu lebih jelas Terapis...
Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ibu Ayah Kena Ajar Si Kecil 7 Skill Ini

Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ibu Ayah Kena Ajar Si Kecil 7 Skill Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 303 hits
Seiring dengan peningkatan usia si manja perkembangan sosial kanak kanak juga perlu diperluaskan Terdapat 7 skil perkembangan sosial anak yang perlu anda terapkan dalam diri mereka Jom baca Perkembangan sosial kanak kanak Kanak kanak yang m...
Manjanya Ini Sebab Kenapa Anak Perempuan Suka Sangat Duduk Bawah Ketiak Ayah

Manjanya Ini Sebab Kenapa Anak Perempuan Suka Sangat Duduk Bawah Ketiak Ayah

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 385 hits
Perasan tak kita selalu cakap anak perempuan tu anak ayah Biasanya memang anak perempuan akan lebih rapat dengan si ayah Anak lelaki pula lebih kamceng dengan ibu Tapi kenapa agaknya boleh jadi macam tu ya Anak perempuan yang selalu dimanja...
Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil

Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 340 hits
Mengungkapkan kata maaf sesuatu yang berat untuk dilakukan lagi lagi apabila kita tidak sengaja membuat anak anak terasa dengan kata kata pedas Namun ibu bapa juga insan biasa dan cara minta maaf pada anak sebenarnya mampu bantu baiki hubun...
Masakan Ibu Jadi Favorite Anak Bukan Sebab Air Tangan Saja Tapi Doa Yang Kita Amalkan

Masakan Ibu Jadi Favorite Anak Bukan Sebab Air Tangan Saja Tapi Doa Yang Kita Amalkan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 413 hits
Selain rasa masakan yang sedap salah satu tip untuk menjadikan makanan yang kita sediakan untuk anak anak haruslah berkat Bermula dengan bahan mentah yang dibeli oleh si ayah sehinggalah ketika proses ibu memasaknya Rahsia air tangan ibu se...
5 Kata Ajaib Pengganti Jangan Nangis Yang Bisa Ibu Lontarkan Ke Anak Bijak Banget

5 Kata Ajaib Pengganti Jangan Nangis Yang Bisa Ibu Lontarkan Ke Anak Bijak Banget

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 362 hits
Menangis sama halnya dengan mengekspresikan emosi perlu pendekatan khusus untuk menghadapinya Moms
Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar Bahaya

Mudahnya Mak Ayah Meluah Rasa Marah Kesannya Berpanjangan Pada Anak Yang Mendengar Bahaya

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 446 hits
Bukan kita tidak bijak mengawal emosi tetapi kita mudah kalah dengan nafsu kemarahan kita ketika marahkan anak Kita selalu terlupa Ketika marah itulah pelbagai kata dihamburkan pada anak Sudahnya kita juga yang menyesal Menurut Penulis Keib...
Ayah Bacakan Bedtime Stories Buat Anak Makin Cerdik Bahasa Ayah Ayah Buat Anak Sampai

Ayah Bacakan Bedtime Stories Buat Anak Makin Cerdik Bahasa Ayah Ayah Buat Anak Sampai

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 232 hits
Siapa yang tidak mahu anak cerdik dan bijak Bagi menjadikan anak cerdik lagi bijak perlu datangnya kerjasama daripada mak ayah itu sendiri Rupanya bila sesekali ayah turun padang begitu banyak impaknya kepada anak kecil kita yang sedang mem...
Gigi Akan Tumbuh Ikut Usia Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Rujuk Carta Ini

Gigi Akan Tumbuh Ikut Usia Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Rujuk Carta Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 367 hits
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa Untuk lebih lanjut berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda Jenis gigi anak Terdapat empat jenis gigi utama Setiap satunya adalah uni...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba