Anak Susah Sangat Nak Makan Sayur Buah Ini 15 Trick Buat Anak Mudah Makan Sayur Buah


Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa SAYUR dan BUAH dapat memberikan vitamin, antioksidan, serat & air pada tubuh badan. Bagi kanak-kanak terutamanya, ianya penting dalam perkembangan tubuh badan serta dapat meningkatkan sistem imunisasi badan mereka.
Tambahan lagi, dengan masalah kesihatan yang dunia sedang hadapi sekarang, anda pastinya risau kerana rasa susah sangat serta tidak tahu cara nak bagi anak makan sayur dan buah kan?

Dah cuba bagi anak makan tapi dia tetap menolak bila dihidangkan sayur dan buah kepadanya? Jom baca tips yang diongsikan ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu memberi idea kepada semua ibubapa diluar sana!
1. Potong buah dan sayur dalam bentuk yang menarik
Buah dan sayur boleh disediakan dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakannya. Makanan yang disediakan dalam bentuk yang cantik dan menarik dapat membantu dalam menarik minat dan perhatian anak anda untuk mencuba makanan tersebut. Contohnya anda potong carrot atau pisang dalam bentuk bintang, anda boleh ajak anak anda sama-sama susun bintang tersebut di atas pinggan sambil menyanyi lagu “Twinkle twinkle little star”. Dengan melakukan perkara tersebut, ianya dapat membantu anak berasa gembira ketika makan dan mengurangkan tekanan untuk mereka mencuba sayur dan buah yang dihidangkan. Anda memang akan rasa dan nampak seperti anak bermain dengan makanan, tetapi anda perlu ingat, perkara ini mungkin dapat menarik minat mereka serta meningkatkan kepercayaan mereka untuk makan sayur atau buah yang dihidangkan. Sentiasa jadikan waktu makan perkara yang menyeronokkan kerana kanak-kanak belajar dengan cara bermain!

2. Masukkan sayur dalam makanan kegemaran anak
Cara ini dapat membantu mengurangkan ketakutan mereka dalam mencuba makanan baru, contohnya dalam hal ini, anda ingin anak makan sayur atau buah. Ini kerana, agak sukar bagi seseorang kanak-kanak untuk terus mencuba makanan baru dalam bentuk dan rasa yang tidak pernah mereka nampak atau makan. Oleh itu, sebagai langkah permulaan, anda boleh cuba untuk masukkan sayur atau buah ke dalam makanan kegemaran mereka. Contohnya mereka suka makan nugget, anda boleh buat nugget sendiri dan masukkan sayur ke dalam bahan adunan anda. Cara ini dapat membantu menambah pengambilan sayuran dalam diet anak. Antara cara yang lain adalah, anda boleh sertakan sayur atau buah yang ingin anda perkenalkan ke dalam pinggan yang ada makanan kegemaran anak. Jangan letak terlalu banyak, letakkan sedikit dahulu. Untuk permulaan, anak anda mungkin tak akan menyentuhnya, tetapi lama kelamaan, kebarangkalian untuk anak lihat dan mula berinteraksi dengan makanan tersebut dengan cara mencucuk makanan ini menggunakan sudu atau memegang makanan tersebut dan makan tetap ada. Dalam hal ini, ibubapa perlu kreatif!
3. Buat aiskrim buah bersama-sama dengan anak
Daripada anda berikan aiskrim dari luar yang mana sangat tinggi kandungan gula, anda boleh buat dan berikan pada anak aiskrim yang berkhasiat dan bukan itu sahaja, anda dapat melatih anak untuk makan makanan seperti buah. Anda boleh ajak anak sama-sama menghasilkan aiskrim ini. Ajak anak potong buah dan masukkn ke dalam pengisar, kemudian ajak anak anda untuk letakkan bahan kisar tadi ke dalam acuan. Pasti anak anda akan rasa gembira dan aktiviti ini dapat membina hubungan bersama anak dan memori yang baik. Selalunya, kanak-kanak lebih suka makan makanan yang ada melibatkan penglibatan mereka kerana mereka telah membina kepercayaan terhadap makanan yang dihasilkan sepanjang proses penyediaan makanan terbabit.
4. Ajak anak buat smoothie buah & sayur
Anda boleh hasilkan smoothie yang berkhasiat pada anak anda. Cara ini juga dapat mengurangkan tekanan ketika mereka mencuba buah dan sayur kerana apabila menjadi smoothie, ianya bukan lagi dalam bentuk rupa asal makanan tersebut. Bagi mencuba makanan baru, ia akan mengambil masa serta anda perlu kreatif. Anda boleh ajak anak sama-sama potong buah dan masukkan semua bahan ke dalam pengisar serta minta anak untuk tekan butang pengisar tersebut. Jangan lupa untuk puji anak kerana berjaya mengisar bahan-bahan tadi! Kanak-kanak sangat sukakan pujian dan respond daripada ibubapa. Setelah bahan-bahan tadi berjaya dikisar, minta anak masukkan bahan-bahan yang telah di kisar ke dalam cawan, hias cawan tersebut bersama anak dan minum! Yummy!

5. Kenalkan sayur dan buah pada anak berulang kali
Sekiranya anak tak mahu makan sayur dan buah yang anda beri, anda perlu teruskan usaha untuk perkenalkan kepada mereka. Jangan putus asa ya! Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak menerima sesuatu makanan, mereka perlu dapat lebih 20 kali pengenalan pada sesuatu makanan tersebut. 10 kali untuk beri peluang pada mereka untuk menerima makanan itu seperti nampak kewujudan makanan tersebut manakala 10 kali diperlukan untuk mereka membuat keputusan sama ada mereka menyukai makanan tersebut atau tidak. Anda dah cuba lebih dari 20 kali? Ibubapa perlu ingat, tak semua kanak-kanak hanya memerlukan 20 kali pengenalan makanan. Berkemungkinan juga anak anda memerlukan lebih daripada 20 kali. Apa yang penting adalah anda teruskan usaha anda!
6. Makan sayur dan buah dihadapan anak
Anda sendiri adalah contoh yang terbaik buat anak anda. Anak lebih suka untuk meniru apa yang ibubapa, adik beradik atau orang sekeliling mereka lakukan. Oleh itu, sekiranya anda mahu anak anda makan sayur dan buah, anda sendiri perlu sertakan sayur dan buah ke dalam diet anda dan makan di hadapan mereka. Boleh cakap “Emmm! Sedapnya sayur ni! Nyum! Nyum! *sambil buat aksi yang menarik supaya dapat menarik perhatian anak untuk pandang apa yang anda sedang buat. Di meja makan, pastikan semua ahli keluarga makan sayur dan buah. Apabila anak nampak, berkemungkinan bagi anak meniru untuk makan sayur dan buah adalah tinggi kerana terikut dengan apa yang orang disekelilingnya lakukan.
7. Ajak anak sama-sama sediakan makanan
Anak akan berasa seronok bila diberi peluang untuk mereka menyediakan makanan bersama dengan anda. Cara ini juga mampu meningkatkan peluang untuk anak mencuba makanan yang mereka hasilkan sendiri serta dapat menghasilkan memori yang mengembirakan bagi anak. Contohnya anda boleh ajak anak basuh buah dan sayur, keluarkan sayur atau buah dari peti sejuk untuk dimasak (anda boleh kenalkan pada anak sayur atau buah yang anak ambil supaya anak berasa semakin selesa dan kenal dengan makanan tersebut) atau anda boleh minta anak untuk susun buah yang telah dipotong oleh anda di atas pinggan. Apabila wujud penglibatan anak disepanjang proses penyediaan makanan ini, ianya dapat membina kepercayaan terhadap makanan tersebut dan sekaligus dapat meningkatkan potensi untuk anak makan makanan tersebut.

8. Buat aktiviti WARNA & COP bentuk menggunakan buah dan sayur
aktiviti ini bersama anak, ianya dapat mengurangkan rasa takut anak pada makanan tersebut dan dapat mewujudkan memori yang mengembirakan. Bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak belajar. Ini kerana, mereka dapat melakukan aktiviti yang mengembirakan hati mereka seperti cop bentuk menggunakan sayur dan buah yang telah dipotong di atas kertas. Cara ini bertindak sebagai pendedahan awal untuk anak supaya tidak takut untuk menyentuh buah dan sayur. Ya, aktiviti ini nampak seperti hanya bermain tetapi sebaliknya, ia dapat memberi kebaikkan pada anak dalam membiasakan diri mereka apabila dikenalkan dengan sayur dan buah. Pendedahan awal penting dalam memastikan usaha supaya anak suka untuk makan sayur dan buah berjaya!
9. Puji anak anda apabila mereka menunjukkan usaha untuk makan
Sentiasa ingat untuk puji anak anda sekiranya mereka berjaya sentuh makanan (buah atau sayur) atau makan makanan yang dihidangkan pada mereka. Tunjukkan yang anda menghargai usaha yang telah mereka pamerkan. Kata-kata pujian yang diberikan oleh ibubapa dapat menaikkan semangat anak untuk mencuba makanan yang diberikan kepada mereka. Contohnya, anda boleh katanya “Wahhh! Anak mama pandai makan buah!”*sambil tepuk tangan. Selain itu boleh beri kata-kata yang dapat memberi semangat untuk mereka mencuba sayur seperti “Makan sayur boleh jadi kuat tau! Kuat macam ayah!”, ataupun boleh bagi contoh kartun kegemaran anak.
10. Jangan paksa dan elak beri kuantiti yang banyak
Untuk permulaan, berikan sedikit sahaja kuantiti sayur dan buah pada anak. Sekiranya anak hanya menggigit atau mengunyah kepingan kecil sahaja, jangan risau! Ianya akan membantu mereka untuk meneroka tekstur dan rasa sebelum mereka mampu untuk makan kesemuanya. Anda dinasihatkan untuk tidak memaksa anak untuk mencuba makanan yang baru anda kenalkan kepada mereka bagi mengelakkan mereka trauma ketika makan. Sekiranya mereka diperlakukan dengan kasar ketika makan, anak akan terus menerus menolak makanan yang diberikan pada mereka dan waktu makan akan menjadi waktu yang sangat menakutkan bagi anak. Selain itu, elakkan penggunaan gadjet dimeja makan supaya anak sedar dengan kewujudan makanan yang dihidangkan pada mereka dan keadaan sekelilingnya. Pastikan suasana ketika makan itu tenang dari sebarang gangguan (contohnya televisyen, telefon) dan jadikan waktu makan sebagai waktu yang menyeronokkan sehinggakan mereka tidak sabar menunggu tibanya waktu makan.
11. Beri masa pada anak
Anda jangan terlalu memaksa anak untuk makan sayur dan buah. Berikan mereka masa untuk anak mengenali makanan tersebut supaya mereka dapat mewujudkan rasa percaya, selesa dan suka pada makanan yang baru diperkenalkan ini. Anda perlu ingat, untuk membolehkan anak anda mencuba sesuatu makanan baru, mereka perlu lalui 6 langkah ini iaitu:
Anak ada TOLERANSI dengan makanan. Anak dapat menerima kewujudan makanan tersebut di hadapan mereka atau dipersekitaran mereka. Contohnya ketika mereka makan, makanan yang anda ingin kenalkan pada mereka diletakkan jauh sedikit dihadapan pinggan makan anak dan anak memberi respond dengan melihat makanan tersebut tanpa menangis.
Anak ada INTERAKSI dengan makanan. Berinteraksi tidak semestinya bercakap ya. Contohnya anak anda menuang air dalam cawan, menyenduk nasi ke dalam pinggan.
BAU makanan. Anak cuba untuk bau makanan atau mampu bertolenrasi dengan bau sekelilingnya. Bau dan rasa berkait rapat antara satu sama lain. Apabila anak dah mula bau makanan, anak akan mula untuk meneroka makanannya dengan lebih dekat.
Anak cuba SENTUH makanan. Anak cuba untuk menyentuh makanan menggunakan peralatan seperti sudu dan menyucuk makanan, mengambil makanan dengan tangan mereka sendiri dan makan atau cuba meramas-ramas makanan mereka.
Anak RASA makanan. Anak akan cuba mengigit makanan kemudian keluarkan makanan tersebut kembali atau menelan makanan dengan bantuan air.
Akhirnya anak MAKAN makanan yang diberi padanya!
12. Beri peluang untuk anak memilih buah dan sayur
Anda boleh bawa anak ke pasar atau pasaraya dan beri peluang untuk anak memilih atau menyentuh buah dan sayur yang ingin dibeli. Ini akan memberi pengalaman dan memori yang menyeronokkan buat anak anda kerana anda memberi peluang kepadanya untuk membuat pilihan. Selain pasaraya, anda boleh ajak anak anda untuk mengambil buah dan sayur dari peti ais dan kenalkan pada anak apakah sayur dan buah yang diambil oleh mereka. Contohnya anak anda mengambil buah epal, anda boleh kenalkan pada anak “Ini Epal.. Epal ni manis.. Sedap!”. Kemudian boleh ajak anak anda susun epal yang dipotong kedalam pinggan.
13. Masak sayur dengan cara masakan yang berbeza
Anda perlu ingat, ada kemungkinan anak tidak makan sesuatu makanan yang diberi pada mereka kerana mereka tidak sukakan tekstur, bau atau suhu makanan yang dihidangkan kepada mereka. Ada kanak-kanak suka makan makanan bergoreng kerana mempunyai tekstur yang rangup (apabila digigit, ada bunyi terhasil), ada juga yang suka makan makanan yang berkuah seperti sup. Ada pelbagai cara masakkan yang anda boleh gunakan. Sesetengah sayur dimasak dan digabungkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam, ikan, daging dan kekacang untuk dijadikan sebagai sesuatu hidangan. Oleh itu, ibubapa perlu kreatif dan cuba pelbagaikan jenis serta cara masakkan supaya anda dapat mengenal pasti hidangan dan cara masakkan apakah yang anak anda sukai.
14. Sediakan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain
Elakkan daripada membezakan makanan antara anak dengan ahli keluarga yang lain. Hidangkan makanan yang sama untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain. Ini kerana, kanak-kanak akan cuba meniru apa yang orang sekelilingnya lakukan. Contohnya anda sediakan sup sayur, pastikan setiap ahli keluarga makan sup yang sama. Apabila anak nampak setiap ahli keluarganya makan sayur tersebut, kebarangkalian untuk anak makan sayur tersebut juga tinggi. Jadikan setiap ahli keluarga sebagai contoh untuk anak dan yang paling utama adalah ibubapa itu sendiri.
15. Sediakan sayur dan buah yang mempunyai rasa, bentuk dan warna berbeza
Kepelbagaian buah dan sayur yang diperkenalkan kepada anak dapat menarik minat mereka untuk memilih apa yang mereka sukai. Sekiranya anda meletakkan sayur bersama-sama dengan makanan kesukaan anak, fokus mereka tak akan tertumpu hanya pada sayur tersebut sahaja. Ini dapat mengurangkan tekanan buat mereka untuk makan kerana makanan kesukaan mereka turut terhidang. Hal ini bagi mengurangkan tekanan bagi anak untuk mencuba makanan yang baru diberi. Lama kelamaan, ibubapa boleh mengurangkan kuantiti makanan yang biasanya anak makan, dan tingkatkan kuantiti makanan yang ingin diperkenalkan secara perlahan-lahan. Ya, ianya akan mengambil masa dan yang paling penting adalah anda jangan putus asa. Apabila ada makanan yang berlainan bentuk dan warna, anda boleh mengajak anak main bersama dengan cara menyusun buah dan sayur dia atas pinggan menjadi rupa manusia, bentuk binatang dan sebagainya. Cuba wujudkan aktiviti yang mengembirakan ketika makan.
Anda jangan risau sekiranya anak masih tolak apabila diberi sayur dan buah kepada mereka. Teruskan mencuba. Kalau anda berhenti, sudah pasti tak akan nampak hasil, tapi sekiranya anda terus mencuba, kemungkinan untuk anak menerima makanan yang diberi sentiasa ada. Jadi, teruskan usaha anda! Saya doakan anda semua berjaya untuk bantu anak kesayangan anda!
Kredit: Aishah Kassim Academy
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
 
The post Anak Susah Sangat Nak Makan Sayur & Buah? Ini 15 ‘Trick’ Buat Anak Mudah Makan Sayur & Buah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-susah-sangat-nak-makan-sayur-buah-ini-15-trick-buat-anak-mudah-makan-sayur-buah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Naik Cepat Sangat Sarat Hamil Anak Ketiga Nad Zainal Mengidam Makan Nasi Kandar

Badan Naik Cepat Sangat Sarat Hamil Anak Ketiga Nad Zainal Mengidam Makan Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 328 hits
Pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan Berdebar menantikan kelahiran bayi ketiganya itu akui Nad dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu apat...
Kalau Boleh Nak Beranak Setiap Tahun Mahu Anak Ramai Emma Maembong Sedia Hamil Lagi

Kalau Boleh Nak Beranak Setiap Tahun Mahu Anak Ramai Emma Maembong Sedia Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 200 hits
Mahu memiliki anak ramai pelakon cantik Emma Maembong tidak menolak jika dianugerahkan rezeki hamil dalam masa terdekat ini Walaupun baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu namun akui Emma dia bersedia kerana amat sukakan kelu...
Profil Akbp Reinhard Yang Pukuli 2 Anak Buah Hingga Masuk Rs Baru Sebulan Jabat Kapolres Dairi

Profil Akbp Reinhard Yang Pukuli 2 Anak Buah Hingga Masuk Rs Baru Sebulan Jabat Kapolres Dairi

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 149 hits
Reinhard menilai tindakan itu bukanlah pemukulan Namun bagian dari hukuman terhadap anggotanya lantaran tak profesional ketika bertugas
Anak Buah Atok Bocorkan Rahsia Resepi Kfc Rupanya Senang Je Resepinya

Anak Buah Atok Bocorkan Rahsia Resepi Kfc Rupanya Senang Je Resepinya

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 235 hits
Kentucky Fried Chicken atau lebih sinonim dengan gelaran Kepci oleh warga Malaysia merupakan salah sebuah rantaian restoran makanan terkenal di dunia Menu utamanya bagi francais ini sudah semestinya ayam goreng dan resepinya masih tidak dik...
Nak Bawa Anak Travel Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

Nak Bawa Anak Travel Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 241 hits
Bila punya anak kecil usah dilupakan ubat ubatan setiap kali hendak bercuti Musim cuti sekolah ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat ubatan wajib ada dalam beg sebelum bercuti Ini penting sebagai persediaan sekiranya ...
Apabila Anak Nak Jadi Influencer Apa Kata Papa Ummi

Apabila Anak Nak Jadi Influencer Apa Kata Papa Ummi

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 335 hits
Anak saya Masykur berumur 6 tahun hadiahkan saya lukisan ni yang dia lukis sendiri Suatu hari ada pameran lukisan dekat KL saya dan isteri sempat tunjukkan lukisan ni pada seorang Artist di sana Katanya sekali pandang dia dah tahu yang Masy...
Rasa Air Ada Tetapi Kenapa Kat Paip Slownya Keluar Ini 2 Cara Mudah Nak Bagi Air Laju

Rasa Air Ada Tetapi Kenapa Kat Paip Slownya Keluar Ini 2 Cara Mudah Nak Bagi Air Laju

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 249 hits
Rasa air ada tetapi kenapa kat paip slownya keluar Haaa tak payah berteka teki dah lepas ni dan tak perlu nak call plumber tolong selesaikan Ikut je cara abang sorang ni yang berkongsi di TikTok zammenyelenggara bagaimana cara untuk mengata...
Dicopot Dari Jabatannya Begini Kronologi Kapolres Dairi Pukuli Dua Anak Buah Sampai Masuk Rs

Dicopot Dari Jabatannya Begini Kronologi Kapolres Dairi Pukuli Dua Anak Buah Sampai Masuk Rs

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 200 hits
Kapolres Dairi AKBP Reinhard H Nainggolan dinonaktifkan sementara dari jabatannya buntut dari kasus pemukulan anak buahnya
Dapat Makan Buah Mesta

Dapat Makan Buah Mesta

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 177 hits
DAPAT MAKAN BUAH MESTA Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hihi REZEKI YANG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN Cuma PC sahaja yang tak tahu Salah satu rahsia daripada Allah untuk hamba hambaNya Rezeki DAPAT MA...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord