Anak Sulung Perempuan Biasanya Seorang Yang Jujur


Anak Sulung Perempuan Biasanya Seorang Yang Jujur. Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat, di samping sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya. Walau bermacam cabaran sebagai anak sulung dengan masalah jantinanya sebagai perempuan, namun kamu tetap mempunyai banyak kelebihan.

proses perjuangan Tiada yang tahu bagaimana proses perjuangannya dan walaupun kadang-kadang menangis sendirian, dia tertatih berusaha, bekerja keras demi nasib untung dirinya dan keluarga. Tiada tempat meminta tolong bagi anak pertama, kecuali dirinya sendiri dan Tuhan. Tiada tempat meminta yang akan menjadikannya payah, tiada tempat merengek yang akan membuatnya nampak lemah. Ketika terpaksa meminjam pada kawannya, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar kelak mampu untuk bantu orang lain juga.”

Berdikari Ya, dibentuk berdikari atau terbentuk berdikari! Menurut kajian, anak pertama perempuan berpotensi lebih hebat dari anak pertama lelaki. Ini mungkin kerana ketika anak pertama perempuan merasakan pahit kehidupannya sewaktu masih kecil, naluri keibuan memanggilnya untuk tidak membiarkan anak-anaknya kelak menderita sepertinya.

Anak pertama biasanya lebih dewasa, bijaksana dan memiliki banyak pengetahuan yang jarang diutarakan. Dalam hal ini anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritikal sehingga daya analisanya sangat kuat. Anak pertama biasanya selalu melanjutkan pendidikan sehingga institusi tinggi dan berharap dapat membahagiakan kedua orang tuanya dan saudaranya kelak.

Sebab Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

1. Seorang yang jujur Kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat semulajadi yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur, ya?

2. Optimis dan berdikari Dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu seorang yang berdikari. Bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri malah dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.

3. Seorang yang selalu melindungi adik-adik Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fizikal sahaja. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik-beradik.

4. Biasanya Pandai Memasak Sifat keibuan untuk menjaga keluarga biasanya ada pada diri kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak, selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman lelaki.

5. Pendengar Yang Baik Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik-adikmu, jelas sekali bahawa kamu seorang pendengar yang baik. Mendengar keluh-kesah adikmu malah kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.

6. Calon Ibu Terbaik Sebagai anak sulung perempuan, yang sudah terbiasa menjaga adik. Apabila terbiasa dengan menjaga adik-beradik, jelas kamu mempunyai sikap bertanggungjawab.

7. Terkenal Atas Kerajinannya Selalu membantu ibubapa membersihkan rumah dikala ibu bapa kamu keluar atau pergi berkebun di belakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan.
Artikel Lain

7 Sebab Mengapa Lelaki Anak Bongsu Boleh Menjadi Pasangan Yang Hebat Biasa kita dengar bila orang sebut saja tentang anak bongsu pasti perkataan pertama yang terpacul dari mulut ialah ‘manja’. Tapi sejauh manakah benarnya bahawa anak bongsu itu manja? Bagaimana pula dengan anak bongsu lelaki. Yang ini lagilah orang cakap manja dan anak emak. Tapi girls, tahukah korang bahawa lelaki anak bongsu ini memiliki beberapa karakteristik istimewa?

1. Seorang yang bersifat optimis Lelaki anak bongsu biasanya mempunyai sifat optimis yang sangat tinggi. Oleh sebab itulah juga sesiapa yang bersama dengannya pasti akan sentiasa rasa bersemangat. Kelebihannya untuk membangkitkan rasa semangat di saat orang kesayangan berasa sedih juga cukup hebat.

2. Berani mencuba sesuatu yang baru Ada lokasi trekking terbaru yang sedang tular di laman sosial? Dia pasti akan laju sahaja merancang untuk ke sana. Berani mencuba sesuatu yang baru dan menjelajahi territory baru merupakan perkara yang sudah sebati dalam dirinya. Sifat inilah yang akan membuatkan hidup korang lebih ‘berwarna-warni’ dan tidak bosan.

3. Dia seorang yang cepat matang Sepanjang tempoh membesar dia di kelilingi oleh abang atau kakak. Dan sepanjang itulah dia telah melihat dan belajar pelbagai ragam serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Perkara itu membuatkan si dia menjadi lebih matang dan cepat belajar. Sejak kecil juga dia telah didedahkan dengan pelbagai perkara seperti muzik, filem dan pergaulan.

4. Mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan Anak bongsu biasanya cukup teliti merancang. Dia tahu apa yang dia mahu dan ingin lakukan dalam hidupnya. Walaupun kadangkala terpaksa berdepan pelbagai halangan namun cita-citanya tidak mudah terpadam. Sifat tidak mudah menyerah kalah yang sangat menebal.
The post Anak Sulung Perempuan Biasanya Seorang Yang Jujur appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/anak-sulung-perempuan-biasanya-seorang-yang-jujur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tamat Sudah Alam Tadika Anak Sulung

Tamat Sudah Alam Tadika Anak Sulung

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum Pejam celik besar dah anak dara nan sorang tu Rasa macam baru semalam daftar tadika tiba dah habis halahh halahh So tahun ni kami attend lagi majlis ihtifal tadika kaklong Tahun sebelum ni datang sebab kaklong dapat anugerah...
Terlibat Pertengkaran Seorang Anak Di Australia Tega Bunuh Ayah Kandungnya

Terlibat Pertengkaran Seorang Anak Di Australia Tega Bunuh Ayah Kandungnya

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 323 hits
Nathan Missen melakukan tindakan keji tersebut kepada ayahnya Mark Missen karena tidak tahan dengan suara berisik yang dibuat oleh ayahnya
Video Sebak Seorang Guru Dibuat Anak Muridnya

Video Sebak Seorang Guru Dibuat Anak Muridnya

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 569 hits
Ini adalah saat saat dimana seorang juruterbang daripada sebuah syarikat penerbangan di Turki menzahirkan penghargaan kepada bekas gurunya Selahattin Onan Selahattin Onan merupakan seorang tenaga pengajar juruterbang di syarikat penerbangan...
Seorang Bapak Di Malang Ajak Dua Anak Remajanya Bobol Rumah Tetangga

Seorang Bapak Di Malang Ajak Dua Anak Remajanya Bobol Rumah Tetangga

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 347 hits
Bapaknya yang mengajak anak anaknya Karena memang korban pernah merasa kehilangan uangnya dibantu mencari oleh mereka kemudian ditemukan Dari sini tersangka tahu kalau korban memiliki banyak uang dan itu menjadi salah satu ketertarikan untu...
Anak Tujuh Orang Tiada Seorang Pun Yang Berjaya Masuk Ke Universiti Tapi

Anak Tujuh Orang Tiada Seorang Pun Yang Berjaya Masuk Ke Universiti Tapi

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 356 hits
Anak tujuh orang tiada seorang pun yang berjaya masuk ke universiti tapi Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak anaknya kecundang dalam kehidupan Namun begitu jangan pula menekan anak anak sehingga menyebabkan perkara lain pula yang berlaku...
Anak Keempat Seorang Yang Ceria Betul Ke

Anak Keempat Seorang Yang Ceria Betul Ke

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 777 hits
Anak Keempat Seorang Yang Ceria Betul Ke Anak diibaratkan sebagai titipan Tuhan yang harus dijaga dan dirawat agar kelak mampu menjadi manusia yang berguna bagi keluarga dan masyarakat lebih luas lagi Mempunyai anak adalah impian bahkan ban...
5 Kewajipan Utama Anak Perempuan Terhadap Orang Tua Setelah Berkahwin Tolong Jangan Abaikan Rileks Media

5 Kewajipan Utama Anak Perempuan Terhadap Orang Tua Setelah Berkahwin Tolong Jangan Abaikan Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 514 hits
Sebagai anak perempuan yang telah menikah kewajiban yang harus dipenuhi tentu saja bukan lagi hanya kepada orang tua melainkan kepada suaminya Islam sendiri memberikan perintah kepada muslimah agar selalu mentaati suaminya dan mengikuti sua...
Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur

Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 681 hits
Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur Adakah Dia Benar Benar Jujur Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar benar jujur dalam hubungan yang dijalin Dari be...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia