Anak Suka Memanjat Pintu Buka Peti Sejuk Bagus Untuk Perkembangan Ketahui Aktiviti Lain Yang Bantu Perkembangan Anak


Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuatkan anda kurang senang seperti memanjat jeriji pintu, membuka dan tutup pintu peti sejuk; mengoyak kertas, menarik kertas tisu daripada kotak, minum air dan menggunakan penyedut minuman kerana faktor keselamatan dan bersepah. Tapi tahukah anda ia memberikan faedah kepada perkembangannya. 

Ada di antara ibu bapa kerap mengeluh bila anak suka menerokai dan membuat sesuatu di luar kebiasaan. Alasannya kerana bimbang keselamatan anak dan segala sepah kekotoran perlu dibersihkan. Maka bertambah lagi tugas yang perlu dilunaskan.
Anda perlu tahu, segala aktiviti yang dilakukan anak itu ada faedah dan sudut positifnya. Anak anda sebenarnya tidak nakal! Dia sedang melatih dan menajamkan beberapa kemahiran yang bermanfaat untuk perkembangan dirinya.
Memanjat
Perbuatan memanjat di dalam rumah mahupun di taman permainan sebenarnya memberikan faedah. Perbuatan yang paling disukai ialah memanjat bahagian jeriji pintu, ia mungkin berbahaya tetapi ada kesan positifnya kepada perkembangan otot dan pergerakannya. Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti memanjat ialah:
Kemahiran menyelesaikan masalah. Koordinasi mata tangan. Kekuatan otot tangan yang bakal membantu perkembangan motor halus. Stimulasi sensori pergerakan yang melibatkan verstibular dan propioseptif. Kawalan keseimbangan tubuh. Menguatkan otot kaki. Mengukuhkan kekuatan otot utama (core muscles) yang penting untuk si kecil duduk lama di tadika kelak. Anak akan belajar kesedaran penjagaan keselamatan diri. Kesedaran kepada tubuh dan anggota. Membuka dan tutup pintu peti sejuk
Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga sungguh berminat untuk membuka pintu peti sejuk dengan kerap. Malah, ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan pengunci khas untuk mengelakkan peti ais dibuka oleh si manja terlalu kerap! Si kecil mungkin tertarik dengan elemen kejutan yang ada di dalamnya atau mungkin kerana terpesona dengan ciri magnetik pintu peti ais yang boleh tertutup dengan mudah. Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti membuka dan tutup pintu peti sejuk ialah:
Koordinasi mata tangan. Asas sains iaitu rasa sejuk di dalam peti sejuk dan suhu bilik di luar. Penemuan iaitu keadaan dalam peti sejuk gelap apabila mula-mula dibuka dan lampu menyala menyebabkan keadaan cerah dan terang. Mengukuhkan kekuatan otot utama (core muscles). Mengoyak kertas
Mengoyak kertas ialah salah satu aktiviti kesukaan si cilik selain menconteng. Surat khabar dan pamplet menjadi sasarannya. Silap hari bulan, buku sekolah abang dan kakak atau buku rekod kesihatannya juga boleh dikoyakkan! Kegemaran ini terjadi pada sesetengah kanak-kanak bermula dari usia bayi lagi. Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti mengoyak kertas ialah:
Rangsangan stimulasi auditori apabila mendengar kertas dikoyak. Menggalakkan pinch grasp atau mencubit apabila anak mengoyak menggunakan jari dan bukan dengan cara menggenggam penuh dengan tapak tangan. Menajamkan koordinasi motor halus. Pembelajaran tentang sebab-akibat. Sebagai latihan koordinasi mata tangan. Menarik keluar kertas tisu daripada kotak
Si kecil memang suka menarik tisu daripada kotaknya sejak daripada usia bayi. Memang anda akan marah kerana ia akan menyebabkan pembaziran. Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti menarik keluar tisu dari kotak ialah:
Belajar mengenai sebab akibat. Merangsang kemahiran sosial dan komunikasi. Meningkatkan daya kreativiti. Asas kemahiran sains dan matematik. Eksplorasi kemahiran pra-akademik. Melatih pinch grasp atau mencubit semasa menarik kertas tisu daripada kotaknya. Memahirkan koordinasi motor halus. Koordinasi mata tangan. Kemahiran menyelesaikan masalah. Suka minum air pada cawan
Bila anak ingin minum air pada cawan berbanding botol, itu tandanya anak makin membesar dan ingin mencuba sesuatu yang baru! Air tumpah, terpercik atau lelehen terkena pada pakaian mungkin akan berlaku. Tetapi sabarlah kerana ini adalah fasa yang perlu dilalui si kecil untuk memahirkan beberapa elemen penting untuk perkembangan dirinya. Antara kebaikan yang diperolehi daripada perbuatan minum air pada cawan ialah:
Merangsang koordinasi oral motor. Menggalakkan stimulasi visual spatial di mana si manja boleh melihat berapa banyak air yang tinggal di dalam cawan. Meningkatkan kekuatan tangan dan kawalan tangan dengan menganggar berapa banyak kekuatan perlu dijana untuk menggerakkan cawan ke mulut. Suka minum menggunakan penyedut minuman
Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas. Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.
Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam. Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minum menggunakan penyedut minuman ialah:
Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi. Kawalan lidah dan rahang semasa minum. Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan. Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau tiada selera makan. The post Anak Suka Memanjat Pintu, Buka Peti Sejuk Bagus Untuk Perkembangan. Ketahui Aktiviti Lain Yang Bantu Perkembangan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-suka-memanjat-pintu-buka-peti-sejuk-bagus-untuk-perkembangan-ketahui-aktiviti-lain-yang-bantu-perkembangan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homeschooling Sebab Passion Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

Homeschooling Sebab Passion Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 691 hits
Ibu ini melakukan homeschooling kerana suka dan passion Dia membiar anak meneroka sebelum ke tadika dengan cara yang menyeronokkan Langsung tak menyangka ia dapat membantu orang lain Ini satu kisah yang menginspirasikan menyifatkan aktiviti...
Cara Dukung Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi Bukan Setakat Untuk Menenangkan Anak

Cara Dukung Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi Bukan Setakat Untuk Menenangkan Anak

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 1006 hits
Cara pujukan bayi menangis paling popular dan konvensional adalah mendukungnya Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayah Tahukah anda ketika mendukung anak kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tena...
Tak Sangka Posing Suka Suka Bawa Tuah Umyra Ibu Kongsi Tip Kembangkan Bakat Anak Dalam Pa Ma Tv

Tak Sangka Posing Suka Suka Bawa Tuah Umyra Ibu Kongsi Tip Kembangkan Bakat Anak Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 362 hits
Kadangkala kita tidak menjangka bakat anak Tak sangka dari posing suka suka rupanya membawa tuah Ikuti perkongsian ibu ini tentang anaknya Umyra yang menonjolkan bakat dalam bidang peragaan nyanyian lakonan Sejak kecil lagi Umyra Az Zahrah ...
Kesalahan Biasa Ibubapa Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

Kesalahan Biasa Ibubapa Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 338 hits
Kesalahan Biasa Ibubapa Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam Doktor boleh tak anak saya mandi ketika demam Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik Saya rasa adalah tanggungjawab saya mem...
Takut Anak Bosan Hulur Gajet Ingat Cara Ni Salah Sepatutnya Anak Bosan Lagi Bagus

Takut Anak Bosan Hulur Gajet Ingat Cara Ni Salah Sepatutnya Anak Bosan Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 408 hits
Ramai ibu bapa bagi alasan terpaksa bagi anak gajet sebab takut anak bosan Berdasarkan kenyataan Dr Richard Rende takut anak bosan adalah SATU PENYAKIT ibu bapa masa kini Ibu bapa tak sepatutnya takut anak bosan malah patut beri LEBIH PELUA...
Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin Pecayalah

Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin Pecayalah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 413 hits
Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin Pecayalah Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul Ada rasa ...
Pas Sedia Buka Pintu Jawapan Kepada N Presiden Mca

Pas Sedia Buka Pintu Jawapan Kepada N Presiden Mca

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR 7 Feb Pas sedia membuka pintu untuk menjalinkan kerjasama de ngan mana mana parti termasuk MCA dalam menangani isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara Malah Naib Presiden Pas Idris Ahmad menegaskan MCA tidak akan menjadi ...
Jom Buat Jejari Kentang Anak Anak Mesti Suka

Jom Buat Jejari Kentang Anak Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 745 hits
Mak mak kadangkala blur tak tahu nak masak apa untuk kudapan anak anak Nakkan sesuatu yang berkhasiat sudah tentunya kena guna bahan semula jadi Jom buat sendiri jejari kentang atau potato stick Masukkan sayur dan bawang supaya lebih sihat ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner