Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin Pecayalah


Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin, Pecayalah! Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Pecayalah Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
The post Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin, Pecayalah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/allah-akan-buka-pintu-rezeki-yang-luas-saat-kamu-berkahwin-pecayalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Tidak Berkira Dengan Adik Beradik Rileks Media

Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Tidak Berkira Dengan Adik Beradik Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 573 hits
Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu sebab tu penting jaga hu bungan dengan adik beradik Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih Bantula...
Anak Suka Memanjat Pintu Buka Peti Sejuk Bagus Untuk Perkembangan Ketahui Aktiviti Lain Yang Bantu Perkembangan Anak

Anak Suka Memanjat Pintu Buka Peti Sejuk Bagus Untuk Perkembangan Ketahui Aktiviti Lain Yang Bantu Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 419 hits
Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuatkan anda kurang senang seperti memanjat jeriji pintu membuka dan tutup pintu peti sejuk mengoyak kertas menarik kertas tisu daripada kotak minum air dan menggunakan penyedut mi...
Saat Emma Maembong Buka Tudung

Saat Emma Maembong Buka Tudung

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 1578 hits
Assalamualaikum Panas sekejap dunia hiburan bila Emma Maembong dengan rasmi nya ingin membuka tudung semula setelah kisah cintanya bersama abang YB diviralkan di setiap laman sosial Ramai yang mempertikaikan kenapa Emma berbuat demikian Tak...
7 Kedudukan Pintu Rumah Yang Pantang Di Tiru Dimana Akan Memberi Kesan Buruk Pada Rezeki Dan Kehidupan Seharian Kita

7 Kedudukan Pintu Rumah Yang Pantang Di Tiru Dimana Akan Memberi Kesan Buruk Pada Rezeki Dan Kehidupan Seharian Kita

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 990 hits
Dalam masyarakat ada istilah pantang yang bermaksud itu dilarang untuk dilakukan dalam perkara ini kedudukan pintu rumah ada perkara yang perlu diperhatikan kedudukan yang betul dan juga rumah yang berkat agar malaikat mahu memasuk ke dalam...
20 Amalan Yang Meluaskan Pintu Rezeki Kepada Kita Rileks Media

20 Amalan Yang Meluaskan Pintu Rezeki Kepada Kita Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 366 hits
1 Beribadah Allah tidak sia siakan pengabdian diri hamba Nya seperti firman Nya dalam hadis qudsi Wahai anak Adam sempatkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu Jika tidak melakukannya maka Aku aka...
Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat Dulu Naik Motor Jer Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta

Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat Dulu Naik Motor Jer Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 807 hits
Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat Dulu Naik Motor Jer Susah Senang Bersama Kini Mampu Pakai Kereta Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi pasangan suami isteri Bentuknya sama namun berdampingan Waktu berjalan tidak pernah seren...
Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam Nescaya Allah Lancarkan Rezeki Anda Rileks Media

Baca Dua Ayat Ini Setiap Malam Nescaya Allah Lancarkan Rezeki Anda Rileks Media

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 429 hits
Ada dua ayat di dalam Al Qur an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan Dua ayat saja Iya hanya dua ayat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari sur...
Kembar 3 Ceriakan Keluarga Ibu Anggap Rezeki Dari Allah Akui Hamil Biasa Kembar Sangat Berbeza

Kembar 3 Ceriakan Keluarga Ibu Anggap Rezeki Dari Allah Akui Hamil Biasa Kembar Sangat Berbeza

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 1025 hits
Kehadiran kembar tiga ini menceriakan keluarga Ibunya mengakui yang proses kehamilan lebih mencabar Puan Mastura Azhari ibu kepada Ayra Aydina Adra Areesya dan Azra Asyfa ini memberikan keceriaan kepada keluarga Lahir pada usia kandungan 30...
Selalu Amalkan Dzikir Ini Di Waktu Pagi Insya Allah Akan Selalu Dicukupkan Rezeki Dan Dimudahkan Urusannya Rileks Media

Selalu Amalkan Dzikir Ini Di Waktu Pagi Insya Allah Akan Selalu Dicukupkan Rezeki Dan Dimudahkan Urusannya Rileks Media

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 482 hits
Dzikir pagi berikut patut diamalkan karena akan membuat kita lebih semangat di pagi hari dan dimudahkan Allah dalam segala urusan Untuk waktunya yang utama dibaca saat masuk waktu Shubuh hingga matahari terbit Namun boleh juga dibaca sampai...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord