Tak Sangka Posing Suka Suka Bawa Tuah Umyra Ibu Kongsi Tip Kembangkan Bakat Anak Dalam Pa Ma Tv


Kadangkala kita tidak menjangka bakat anak. Tak sangka dari posing suka-suka rupanya membawa tuah. Ikuti perkongsian ibu ini tentang anaknya, Umyra yang menonjolkan bakat dalam bidang peragaan, nyanyian & lakonan.
Sejak kecil lagi Umyra Az Zahrah, 6 tahun boleh dikatakan , mula menonjolkan bakat dalam bidang ini secara serius di usia 5 tahun. Menurut ibunya, Haznita Fazleen Hashim, Umyra telah mula tunjuk bakat sejak usia 2 tahun lagi. Si cilik ini bersama ibunya juga turut muncul dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk Anak-Anak Millenial yang ke udara pada 12 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.

“Pada mulanya kami sekeluarga hanya memerhati gelagat Umyra apabila umyra mempamerkan aksi-aksi peragaan ala-ala model cilik di hadapan kamera seawal usia 2 tahun.
“Tapi lama kelamaan, apabila usia Umyra menginjak ke 4 tahun, kami perhatikan cara Umyra berposing di hadapan camera dan hasil gambar-gambar Umyra lebih baik dan ‘advance’ dari rakan-rakan seusianya,” kata Haznita.


RAMAI TEGUR BAKAT UMYRA
Kata Haznita, ahli keluarga dan rakan-rakan perasan & menegur bakat yang ditunjukkan Umyra.
“Ahli keluarga yang lain, kawan-kawan & ada ketikanya orang-orang luar menegur keistimewaan Umyra mempamerkan aksi ala-ala modelnya. Dalam masa yang sama, Umyra juga sering membisikkan rahsia cita-citanya pada seawal usia 5 tahun untuk menjadi model kepada kakak & abangnya. Pada waktu itulah kami sedar yang Umyra cuba menyampaikan kepada kami bakat yang ada pada dirinya di bidang peragaan,” kata ibu kepada 6 anak ini.

BANTU ANAK KEMBANGKAN BAKAT
Sokongan ibu bapa amat penting bagi menyerlahkan lagi bakat si kecil. Bagi menajamkan skil dan kelebihan yang ada, Haznita dan suami memberikan dorongan padu buat Umyra dalam hobinya iaitu melukis dan mewarna.
“Bagi menyokong lagi hobi melukis & mewarna Umyra Az Zahrah, kami sering membekalkan peralatan melukis dan mewarna yang baru, terkini dan sesuai dengan usianya supaya umyra lebih rancak berkarya. Kami juga membenarkan Umyra download beberapa aplikasi mewarna & melukis di handphone untuk dia gunakan di masa lapang dan berpeluang menjadi lebih kreatif.

“Perkembangan pemikiran, bakat & daya kreativiti anak-anak seharusnya lebih disokong dan dibantu dengan aktiviti yang digemari oleh anak-anak. Oleh yang demikian, saya tidak pernah sesekali menentukan apa aktiviti yang harus Umyra buat mengikut kehendak saya, tapi sebaliknya, saya akan membantu dan mendorong Umyra mengembangkan lagi daya pemikiran, penelitian dan kreativiti Umyra menerusi aktiviti pilihannya sendiri. Ini lebih baik,” ujar Haznita.

PERKEMBANGAN TERKINI
Sejak menjalani sesi photoshoot pertama kali bersama Glitz pada hujung tahun 2018, bakat yang pada Umyra mula mendapat perhatian dari beberapa Talent agensi. Butik Pakaian Kanak-Kanak yang berminat untuk menawarkan Umyra sebagai model produk mereka.

Umyra juga baru sahaja selesai satu penggambaran sebuah rancangan Talk Show, Si Cilik Licik untuk siaran Astro Ceria. Dan yang paling terkini, Haznita memberitahu yang dia baru sahaja dihubungi oleh wakil sebuah Model Talent Agency dari Indonesia & Singapura yang berminat untuk membuat sesi Photoshoot & Casting untuk Umyra. Dia berharap ada rezeki untuk Umyra buat anak bongsunya itu.

BAKAT NYANYIAN DARIPADA AYAH
Dari segi nyanyian, Umyra 100% mendapat bakat dari ayahnya. Tarian pula mungkin dari bakat ibu susuannya yang juga merupakan makcik kandungnya yang memang berbakat dalam bidang tarian.

“Nampaknya Umyra perlu masa lagi dalam mengasah bakatnya dalam kedua bidang tersebut. Tapi saya tidak menafikan memang ada bakat nyanyian & tarian pada Umyra. Senang & mudah menghafal lirik lagu, cepat menguasai step-step tarian dari pemerhatian yang singkat melalui siaran tv, Youtube mahu pun secara langsung,” kata Haznita.

GIFTED TETAPI PERLU DILENTUR. IBU AYAH PERLU JADI TULANG BELAKANG
“Bagi ibu ini bakat adalah gifted yang perlu dilentur untuk anak-anak. “Seandainya bakat pada anak adalah gifted tanpa kita lentur, kanak-kanak tidak akan dapat mengasah bakat secara semulajadi. Kita perlu menjadi tulang belakang yang kuat untuk anak-anak lebih mengenali, memahami dan yakin dengan gifted dalam diri mereka. Seandainya bakat semulajadi, mahupun gifted, tanpa kita bantu mereka untuk melentur dengan baik, ianya akan menjadi sia-sia dan tidak adil bagi anak-anak
“Sebagai ibu, saya benar-benar mengharapkan Umyra Az Zahrah akan benar-benar memahami jiwa & naluri hatinya sendiri dalam apa juga bidang yang diceburinya pada masa akan datang. Saya sangat berharap agar saya tidak akan pernah untuk mendengar keluhan atau kekecewaan dari Umyra dalam menongkah semua arus dalam kerjaya pilihannya & kehidupan yg bakal ditempuhinya nanti. Harapan saya sama untuk ke enam enam anak saya, saya ingin sentiasa mendengar kebahagiaan mereka. Insya allah,” kata Haznita mengakhiri perbualan.

TIP KEMBANGKAN BAKAT ANAK DARIPADA IBU BAPA UMYRA
Bakat yang ada pada anak adalah gifted. Ia perlu dikembangkan dan tidak sepatutnya disia-siakan. Kalau nampak anak minat, bawalah anak ke tempat/ platform yang boleh membantu anak mengikut kemampuan anak sendiri. Ibu bapa tidak boleh memaksa kerana kreativiti adalah dari dalam diri anak. Dedahkan anak dengan pelbagai aktiviti bagi mencungkil bakat-bakat lain. Ibu bapa perlu mengaggap anak-anak kawan, lawan dan mesti terbuka. Pada masa dahulu anak-anak hanya mengikut arahan pada zaman sekarang ia tidak sesuai. Kita mesti memahami isi hati anak kita. Minat anak kadangkala akan mendorong kepada karier yang lebih baik. Kini ramai orang muda yang sudah ada empayar pada usia muda. Tidak ada yang mustahil apabila ada bakat dan didorong dengan cara yang betul. Anak boleh pergi jauh. Ibu bapa kena ada guideline. bantuan daripada adik beradik yang lain untuk memantau amat membantu. Galakkan abang dan kakak boleh memainkan peranan sebagai pengganti ibu bapa untuk menjadi pembimbing bagi membantu dan memantau. Biarkan anak saling berkongsi idea & perlu memberi sokongan antara satu sama lain. Didik abang dan kakak untuk menyokong adik-adik sepertimana ibu bapa sudah lakukan kepada mereka sebelum ini. The post Tak Sangka Posing Suka-Suka Bawa Tuah Umyra. Ibu Kongsi Tip Kembangkan Bakat Anak Dalam Pa&Ma TV appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tak-sangka-posing-suka-suka-bawa-tuah-umyra-ibu-kongsi-tip-kembangkan-bakat-anak-dalam-pama-tv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Depresi Anxiety Kembali Selepas Kelahiran Anak Ibu Ini Kongsi Perjuangannya Untuk Sihat

Depresi Anxiety Kembali Selepas Kelahiran Anak Ibu Ini Kongsi Perjuangannya Untuk Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 502 hits
Luka bengkak bengkak susu melecet bentan selepas bersalin membuat depresi anxiety kembali menghantui Ikuti pengalaman ibu ini yang turut berkongsi cara kembali sihat Kesihatan mental sama seperti kesihatan fizikal Benar orang yang pernah me...
Ibu Nekad Bawa Anak Terjun Bunuh Diri Kerana Tertekan Dengan Bebanan Hutang

Ibu Nekad Bawa Anak Terjun Bunuh Diri Kerana Tertekan Dengan Bebanan Hutang

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 554 hits
Kanak kanak lelaki berusia 10 tahun berpaut pada belebas jambatan dan merayu kepada ibunya agar tidak terjun sebelum kedua duanya mati dalam kejadian bunuh diri di Colombia lapor Pegawai penyiasat berkata Jessy Paola Moreno Cruz 32 menghada...
Biasa Ada Anak Kecil Ibu Selalu Terlambat Solat Suami Isteri Ini Kongsi Cara Solat Dengan Bayi

Biasa Ada Anak Kecil Ibu Selalu Terlambat Solat Suami Isteri Ini Kongsi Cara Solat Dengan Bayi

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 969 hits
Selalu ibu ibu bila ada anak kecil tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan kawan Puan dan suami berkongsi cara solat dengan bayi sebagai panduan untuk ibu bapa lain yang mempunyai anak ...
Daddy On Je Kongsi Video Anak Hisap Ibu Jari Kaki Lan Solo Bagi Hint Nak Baby Lagi

Daddy On Je Kongsi Video Anak Hisap Ibu Jari Kaki Lan Solo Bagi Hint Nak Baby Lagi

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 503 hits
Usikan orang tua tua anak hisap ibu jari kaki tandanya nak adik lagi Penyanyi Lan Solo juga memberikan hint seolah olah memberi insyarat kepada isteri Sheila Razlan untuk menambah cahaya mata Dalam video yang dimuatnaik di Instagram anak ke...
D I Y Dapur Mainan Tak Lebih Rm100 Kalau Beli Di Kedai Rm300 Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

D I Y Dapur Mainan Tak Lebih Rm100 Kalau Beli Di Kedai Rm300 Ibu Ini Kongsi Cara Buat Dapur Mainan Mudah Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1159 hits
Mama nak dapur mainannnnn alahaiii berat je rasa bila anak mula meminta barang mainan yang harganya beratus ratus Bukan tak mampu nak belikan tapi rasa tak berbaloi pulak kan Mama papa jangan pening pening fikirkan kehendak anak Mama papa b...
Walaupun 9 Bulan Ibu Kandungkan Anak Ayahnya Juga Akan Dicontohi Ibu Ini Kongsi Para Suami Perlu Tunjuk Sikap Baik

Walaupun 9 Bulan Ibu Kandungkan Anak Ayahnya Juga Akan Dicontohi Ibu Ini Kongsi Para Suami Perlu Tunjuk Sikap Baik

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 333 hits
Para ayah tahu ke tak Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu Percayalah Gambar Hiasan Para ayah tahu ke tak Anak anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayah...
Homeschooling Sebab Passion Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

Homeschooling Sebab Passion Biarkan Anak Meneroka Sebelum Ke Tadika Ibu Tak Sangka Dapat Membantu Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 691 hits
Ibu ini melakukan homeschooling kerana suka dan passion Dia membiar anak meneroka sebelum ke tadika dengan cara yang menyeronokkan Langsung tak menyangka ia dapat membantu orang lain Ini satu kisah yang menginspirasikan menyifatkan aktiviti...
Anak Meraung Melalak Hentak Hentak Kaki Ibu Ini Kongsi Pengalaman Tenangkan Anak Tantrum

Anak Meraung Melalak Hentak Hentak Kaki Ibu Ini Kongsi Pengalaman Tenangkan Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 385 hits
Meraung melalak hentak hentak kaki Kadang kadang sampai guling guling mengamuk Kadang kadang tu macam dirasuk pun ada Geram dan risau melihatnya Ni kisah Adik Aqif bila tak dapat apa yang dia nak Kalau dekat rumah boleh tahan lagi ni dekat ...
Titip Anak Ke Pengasuh Atau Day Care Ya Ibu Bekerja Harus Baca 7 Pertimbangannya

Titip Anak Ke Pengasuh Atau Day Care Ya Ibu Bekerja Harus Baca 7 Pertimbangannya

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 206 hits
Cari pengasuh yang cocok juga susah tapi bawa anak ke day care juga ada risikonya Sebaiknya gimana ya Bu Ibu
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab