Anak Si Baba Saja Ada Degree Tak Payah Masuk U
Hanya arwah Tun Ghaffar sahaja boleh ngaku ada double degree, BA BA tanpa perlu hadhiri Universiti.
Sayang sekali, bapa Senator Dato Marzuki ialah Yahya.
Maka perlu masuk Universiti beberapa tahun dan lulus matapelaran-matapelajaran untuk ada ijazah dan letak dihujung nama. Cuma orang dah tak buat gitu lagi.
Ramai pihak yang pura-pura ada ijazah-ijazah dan gelaran Datok tetapi sebenarnya tidak ada.
Cuma tak ada yang tak malu untuk kelentong ijazah Cambridge.
Bila dah kantoi, kata tak tipu dan kelentong pula Cambridge International University yang program jarak jauh online.
Lagi kantoi bila orang check laman web rupanya seolah-olah laman sindiket pelacuran. Ada pula sanggup ngaku pergi sekolah "model" .
Ada pula pertahankan
Sudah kantoi, hentilah cuba untuk pertahankan konon ini bukan kesalahan mencuri atau merogol.
Lucu melihat usaha Mukhriz dan Tariq untuk pertahankan. Memang lah Mukhriz, ini bukan mencuri dan merogol. Ini kesalahan berbohong dan tiada integriti.
Media asing sudah laporkan. Sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara, hilang reputasi negara.
Sudahlah Menteri ego dan malas tetapi memandai. Timbalan tipu ijazah. Akhirnya dapat kenyataan bodoh yang hal kecik pun nak "condemn" negara jiran.
Usahlah pura-pura Mukhriz pertahankan.
Betulkah kamu graduate dari Sophia University?
Bukankah transfer credit ke Boston University untuk 7 tahun belajar di dua negara hanya untuk ijazah sarjana muda subjek biznes saja?
Sebenarnya hal ini terdedah kerana Marzuki tinggalkan puak Mukhriz sebaik saja dilantik Setiausaha Agong.
Budak-budak Mukhriz dedahkan kerana ada yang mengharap dapat jawatan bila rombakan Kabinet bulan Mac.
Mukhriz bukan pertahan tapi perakui kesalahan Marzuki.
Tariq pula dedahkan Marzuki tidak dapat pergi ke University South Bank London pada akhir 1990an kerana krisis kewangan.
Jika Marzuki letak jawatan Timbalan Menteri dan Senator, boleh lah naik kan Tariq. Baik pergi luar negara selalu dari kekok untuk balik ke kawasan Jawa di Sri Gading.
Tun Mahathir serba salah
Marzuki kini serahkan isu ini kepada Tun Dr Mahathir untuk membuat keputusan.
Setakat ini, Tun masih berpura-pura tetapi dia perlu buat keputusan. Nama partinya terjejas.
Sebenarnya Tun serba salah juga.
Jika dia ambil tindakan, Menteri-Menteri Besar PPBM pun tipu ada degree seperti Osman Sapian dan Faizal Azumu.
Malah setiausaha-setiausaha politik Tun - Tan Sri Dato Seri Haji Sati Zahid Md Arip dan Abu Bakar Yahya pun tidak memenuhi kelayakkan penjawat awam untuk jawatan tersebut.
SRP saja...
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pun bukan akauntan bertauliah untuk ngaku akauntan. Malah ada ramai lagi wakil-wakil rakyat DAP yang tipu ijazah.
Namun, Tun sedar isu ini boleh ganggu gugat pegangan kuasa ya yang bertambah hari bertambah lemah.
The Star yang membawa agenda DAP untuk lariskan suratkhabar sedang menyerang Tun.
Ong Kian Ming pun bersuara isu ini tidak boleh disapu bawah karpet. Ia menjejaskan nama baik PH.
Dia turut berkata untuk menjadi ahli politik, tidak perlu ada ijazah.
Selain. Tun Ghaffar Baba, ramai man tan Menteri-Menteri dan CEO GLC yang tidak ada ijazah seperti Tan Sri Wahid Omar, Dato Johari Gani, Datok Nurjazlan Mohamed Rahmat, Tan Sri Azman Mokhtar dan lain-lain.
Mereka cuma sijil profesyenal pertukangan akaun sahaja.
Husin yang ada double bachelor dan masters pun tak ambil kisah izazah ini semua. Ia bukan petanda Ilmu, pengalaman dan kebolehan. Hanya untuk mula kerja.
Yang sesuai, ijazah khatam Quran dan hayati isinya
Namun satu kesalahan di Singapura untuk menipu ijazah.
Wow! Jangan ada pula Azhar International University pulak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2019/02/anak-si-baba-saja-ada-degree-tak-payah.html