Anak Selalu Demam Ini Tip Penting Yang Mama Kena Praktikkan


Anak Selalu Demam? Ini Tip Penting Yang Mama Kena Praktikkan
Bila anak demam, mamalah orang yang paling susah hati. Kesannya si ibu yang tak lena tidur. Apatah lagi, anak kerap demam malam. Siang hari, si kecil ini cukup aktif tetapi apabila malam tubuhnya mula panas dan diserang demam.
Untuk pantau anak-anak yang sedang demam, ini ada beberapa tip yang mama-mama boleh amalkan. Moga dapat membantu mama-mama agar dapat  memantau anak yang demam terutama pada waktu malam.
Kredit foto: Pexels 1. KETAHUI TAHAP DEMAM ANAK
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Sediakan termometer bagi menyukat suhu tubuh anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah di antara 36- 37.4 darjah Celsius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
• Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
• Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
• Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius
Kredit foto: Pexels 2. KAEDAH JERLUM 
‘Sponging’ atau menjerlum kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu tubuh. Cara untuk melakukan menjelum adalah:
Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan ia di situ.
* Akhir sekali, lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
Kredit foto: Unsplash 3. BERIKAN UBAT IKUT DOS DAN KETEPATAN
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar jika diberi mengikut sukatan dan jangka waktu yang ditetapkan.
Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia dua bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi empat dos sehari.
Kredit foto: Pexels 4. GALAKKAN ANAK MINUM BANYAK AIR 
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap. Jika anak masih kecil, anda sebagai ibu bapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya.
5. PAKAIKAN PAKAIAN NIPIS
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya untuk anak yang mengalami demam malam. Pakaian tebal akan meningkatkan suhu tubuh. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia agen penyerap peluh yang baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.
Ingat ibu ayah, jangan sesekali abaikan kalau anak demam sebab sekelip mata macam-macam boleh jadi!
ARTIKEL INI DIOLAH DARIPADA ARTIKEL ASAL MINGGUAN WANITA 
Kredit top image: Pexels
The post Anak Selalu Demam? Ini Tip Penting Yang Mama Kena Praktikkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-selalu-demam-ini-tip-penting-yang-mama-kena-praktikkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah Jaga Anak Ada Caranya Boleh Cuba Tip Ni

Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah Jaga Anak Ada Caranya Boleh Cuba Tip Ni

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 201 hits
Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah Jaga Anak Ada Caranya Boleh Cuba Tip Ni Mama kalau nak ajak papa kemas rumah dan jaga anak kena pakai petua Lelaki biasalah ada egonya Bila disuruh suruh seolah olah macam isteri memerintah pula I...
Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran

Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 144 hits
Meraikan ulang tahun kelahiran anak anak biasanya kita sebagai ibu akan teruja untuk membuat persiapan agar majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan istimewa Bahkan kalau boleh biarlah majlis tersebut menjadi antara momen yang...
Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini

Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 266 hits
Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini Anak bila sakit tentulah mak mak yang paling risau Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera ...
Mama Dan Papa Jangan Jerit Jerit Bila Marah Anak Kesannya Sama Macam Pukul

Mama Dan Papa Jangan Jerit Jerit Bila Marah Anak Kesannya Sama Macam Pukul

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 159 hits
Mama Dan Papa Jangan Jerit jerit Bila Marah Anak Kesannya Sama Macam Pukul Mama dan papa ketahuilah bahawa jika anda terlalu kerap menjerit jerit pada anak kesannya sama buruk seperti memukul mereka Hentikan perbuatan ini pada anak anak and...
Anak Jururawat Tercari Cari Ibu Anggap Masih Di Tempat Kerja Mama Tak Balik Lagi Ke

Anak Jururawat Tercari Cari Ibu Anggap Masih Di Tempat Kerja Mama Tak Balik Lagi Ke

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 179 hits
Kedua dua anak kepada jururawat Munirah Abu Bakar 31 nbsp yang maut ditikam suami di Jalan Padang Nyu Arau Perlis pada Sabtu lalu masih belum mengetahui tragedi sebenar menimpa ibu mereka Memetik laporan Utusan Malaysia kakak mangsa Melati ...
Anak Bongsu Tinggalkan Ummi

Anak Bongsu Tinggalkan Ummi

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum Korang bercuti ke tu Ramai sambung cuti sejak cuti Maulidur Rasul kan Tak terkecuali Aish pun cuti panjang juga Dia ikut mak sedara dia ke Cameron Highlands gais Fuhh tak sangka anak bongsu ummi boleh tinggal kan ummi Ingat ...
Kuih Lompang Labu Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan

Kuih Lompang Labu Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 252 hits
Kuih Lompang Labu Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan Kuih lompang labu boleh dicuba sebagai menu kuih muih untuk dihidangkan pada anak anak Sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang kuih lompang labu ini antara alterna...
Nak Sekolahkan Anak Di Sjkc Perkongsian Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

Nak Sekolahkan Anak Di Sjkc Perkongsian Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 222 hits
Pejam celik pejam celik dalam sedar tak sedar rupanya kita menghampiri penghujung tahun Berbaki beberapa bulan lagi ke tahun baharu dan tentunya anak kita akan bertambah umurnya Mungkin ada antaranya akan menjejakkan keki ke bangku sekolah ...
Ganjar Lamar Anak Muda Di Senayan Mau Jadi Tim Sukses Saya

Ganjar Lamar Anak Muda Di Senayan Mau Jadi Tim Sukses Saya

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 190 hits
Ganjar menekankan bahwa lamarannya ini untuk memberikan edukasi politik ke anak anak muda
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha