Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini


Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti, Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini
Anak bila sakit, tentulah mak-mak yang paling risau. Paling sedih bila anak sakit tapi maknya pula tidak dapat cuti kerana kekangan tugas yang perlu dilunaskan segera. Ramai mak-mak yang ingin menjaga sendiri anak-anak yang sakit namun apakan daya kekangan kerja menjadi halangan.
Nak tak nak, anak perlu dihantar ke rumah pengasuh. Situasi anak sakit ini mungkin kerap di alami oleh mak-mak yang bekerja. Ingin ambil cuti tapi faktor kesibukan menyebabkan mak-mak terpaksa meletakkan anak di bawah pengasuh atau taska untuk dijaga. Hanya telefon menjadi penghubung untuk memantau keadaan anak.
Kredit foto: Pexels Sedih, sayu dan rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan anak sakit  tanpa mak-mak yang jaga. Kerja memang kenalah kerja tetapi janganlah sampai anak demam atau sakit terpaksa serahkan kepada pengasuh atau taska. Inilah masanya untuk mak-mak dekati anak-anak dengan jaga kerenah sepanjang anak tidak sihat.
Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan rasa kegusaran dan bersalah, ada cara yang boleh mak-mak lakukan semasa anak tidak sihat. Kalau cuti jadi punca, apa kata anda cuba usahakan cara di bawah:
1. MINTA BANTUAN ORANG YANG TERDEKAT
Sudah tentu kerja yang banyak di pejabat membuatkan mak-mak tidak dapat ambil cuti kecemasan. Jadi, mintalah orang yang dipercayai, sudah tentu pengasuh atau pusat taska (jika jauh dari keluarga). Tetapi jika tinggal berdekatan dengan ibu bapa, mintalah mereka menjaga buat sementara waktu ketika mak-mak pergi bekerja.
Kredit foto: Pexels 2. BERBINCANG DENGAN SUAMI
Bukan semua tanggungjawab rumah tangga di bahu mak-mak. Ada kalanya, mak perlukan bantuan orang lain atau lebih dekat lagi, suami. Cubalah bincang bersama suami agar mendapat keputusan terbaik. Jika mak tak dapat cuti, mintalah bantuan suami suapaya dia cuti untuk menjaga anak, esoknya mak pula yang cuti.
3. BERBINCANG DENGAN PENGASUH ANAK
Berbincanglah dengan pengasuh anak anda. Minta pengasuh berikan perhatian lebih pada anak anda yang tida sihat. Bagaimanapun anda perlulah sentiasa memantau keadaan anak anda dengan cara kerap menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan kesihatan anak anda. Berikan ganjaran pada pengasuh anda selepas anak sihat sebagai tanda terima kasih kerana menjaga anak anda.
4.MOHON BEKERJA DARI RUMAH
Berbincanglah dengan majikan agar anda dapat bekerja dari rumah. Ada syarikat yang menyediakan pelepasan kepada pekerjanya untuk bekerja dari rumah jika ada hal-hal kecemasan salah satunya bila anak sakit. Dengan cara ini anda bukan sahaja boleh bekerja tetapi dalam masa yang sama dapat menjaga dan memantau keadaan anak yang sedang sakit.
Kredit foto: Pexels 5. PULANG AWAL
Sebagai ibu bekerja, mak perlu buat skala yang lagi penting. Mak datang ke pejabat dan selesaikan tugas yang paling penting dulu. Selebihnya, mak boleh selesaikan keesokan harinya. Jadi selesai kerja, mak boleh minta keizinan bos untuk balik awal, temani anak yang sakit.
6.AMBIL CUTI WALAUPUN ANAK SUDAH BERANSUR SIHAT
Ambillah cuti walaupun anak anda semakin sihat. Selesaikan tugas-tugas anda sepenuhnya supaya anda dapat bercuti dengan ‘aman.’ Luangkan masa dengan anak anda kerana biasanya selepas baik dari sakit seperti demam dan sebagainya, anak ingin dimanja oleh ibunya. Gunakan masa cuti ini untuk ‘menambat’ kembali hati si anak. Mungkin mereka kecil hati kerana walaupun mereka sakit tetapi ibunya tidak berpeluang menjaga mereka.
Semoga tip yang diberikan ini dapat membantu ibu menghilangkan rasa gusar dan bersalah apabila tak dapat bercuti semasa anak sakit. Sememangnya hiba bila melihat anak terpaksa dihantar ke sekolah dan terlantar tidur di kelas dalam keadaannya yang tidak sihat. Moga urusan ibu ayah kelak dalam menjaga anak-anak akan dipermudahkanNya.
Kredit foto (top image): Pexels
The post Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti, Tebus Rasa Bersalah Anda Dengan Tip Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-sakit-tapi-mak-tak-boleh-cuti-tebus-rasa-bersalah-anda-dengan-tip-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begini Rupanya Persiapan Mak Ni Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam Boleh Follow

Begini Rupanya Persiapan Mak Ni Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam Boleh Follow

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 171 hits
Bercuti merupakan antara cara terbaik untuk menenangkan fikiran dan mencipta memori manis bersama keluarga Apatah lagi jika berpeluang ke luar negara tentunya momen tersebut cukup menarik dan mempunyai nilainya yang tersendiri Pun begitu ba...
Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 213 hits
Mak ayah mana yang tidak panik bila anak mengadu sambil menangis tidak boleh berjalan seperti selalu Apa puncanya Apa sebab anak sakit sampai tak boleh berjalan Pengalaman Dr Redza Zainol yang berdepan masalah sama bila anaknya secara tiba ...
Boleh Je Pergi Barber Tapi Tu La Ibu Kongsi Rambut Anak Sangkut Di Sikat Minta Bantuan Abang Bomba Sado Di Tiktok

Boleh Je Pergi Barber Tapi Tu La Ibu Kongsi Rambut Anak Sangkut Di Sikat Minta Bantuan Abang Bomba Sado Di Tiktok

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 263 hits
Satu perkongsian di media sosial baru baru ini ternyata telah mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita bergelar ibu menunjukkan rambut anaknya telah tersangkut sikat sehingga tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan
Makanan Dalam Tin Boleh Ganggu Hormon Memori Kesihatan Anak Elakkan

Makanan Dalam Tin Boleh Ganggu Hormon Memori Kesihatan Anak Elakkan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 218 hits
Terkadang kekangan masa setiap hari membuatkan kita mak mak memilih menu yang mudah untuk disediakan buat anak anak Makanan dalam tin misalnya antara menu yang cukup mudah disediakan namun sebaiknya elakkan beri pada anak selalu Mengapa Men...
Waktu Cuti Biar Anak Explore Dunia Luar Doktor Sarankan Anak Travel Ke Luar Negara

Waktu Cuti Biar Anak Explore Dunia Luar Doktor Sarankan Anak Travel Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 249 hits
Anak kita belajar melalui apa yang dilihatnya saban hari di sekolah Apa jua pengalaman yang dilaluinya setiap hari itulah yang menjadi pengajaran terbaik bagi dirinya Sebagai mak ayah kitalah yang perlu sentiasa menambah pengalaman buat ana...
Siswa Sd Di Jombang Diduga Dibully Orangtua Kecewa Anak Bocor Di Kepala Tapi Sekolah Acuh

Siswa Sd Di Jombang Diduga Dibully Orangtua Kecewa Anak Bocor Di Kepala Tapi Sekolah Acuh

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 190 hits
Lemparan itu mengenai kepala anaknya Akibatnya korban yang baru berumur 8 tahun itu mengalami luka bocor
Bila Mak Suruh Anak Lelaki Cuci Pinggan Lain Pulak Yang Jadi Dekat Dapor

Bila Mak Suruh Anak Lelaki Cuci Pinggan Lain Pulak Yang Jadi Dekat Dapor

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 118 hits
Apabila disuruh anak lelaki membuat kerja kerja rumah seperti mencuci pinggan dan sebagainya pasti akan ada sahaja perkara yang berlaku Menerusi klip berdurasi pendek yang tular di tiktok sabrinasabriii0 dapat dilihat situasi di dapur di ma...
Tip Anak Cerdik Dan Berakhlak Papa Mesti Mainkan Peranan

Tip Anak Cerdik Dan Berakhlak Papa Mesti Mainkan Peranan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 107 hits
Memiliki anak yang cerdik dan berakhlak bukan satu angan angan kosong asalkan papa sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak anak supaya mereka membe...
Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak Anak Bermain

Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak Anak Bermain

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 158 hits
Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak anak Bermain Ruang di belakang rumah selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk extend dapur supaya nampak lebih luas Biasanya lebihan ruang di belakang rumah dijad...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It