Anak Pecahkan Bangku Kantin Jawapan Si Ayah Buatkan Ramai Yang Sebak


Tular satu kisah yang menyayat hati yang telah meruntun hati rakyat Malaysia.
Dikatakan anak kepada seorang lelaki ini yang agak hyperaktif telah secara tidak sengaja memecahkan bangku kantin disekolahnya.

Loading… Kisah yang tular di media sosial ini menimbulkan simpati netizen apabila mengetahui kisah sebenar disebaliknya. Jom baca kisah yang kami kongsikan ini. Semoga dimurahkan rezeki keluarga ini.
Anak pecahkan bangku kantin..jawapan ayahnya ketika diminta ganti buatkan ramai yang sebak…
Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh. Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji.
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Sumber: Sinar – Kasih seorang bapa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/anak-pecahkan-bangku-kantin-jawapan-si-ayah-buatkan-ramai-yang-sebak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

Ayah Kuat Engaged Dengan Anak Besar Nanti Inilah Aset Yang Boleh Dibanggakan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 273 hits
Biasakan kita dengar anak anak takut dengan ayahnya Ayah garang Ayah selalu rotan Sampaikan ada anak anak yang berlumba lawan ayah siapa lagi garang Tapi ayah ayah Pernah dengar tak yang emosi anak anak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh emo...
Didik Anak Soleh Solehah Bukan Bagi Arahan Je Ni Patut Mak Ayah Buat

Didik Anak Soleh Solehah Bukan Bagi Arahan Je Ni Patut Mak Ayah Buat

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 386 hits
Zaman serba moden dan canggih ini memerlukan kekentalan mental dan fizikal dalam mendidik anak Ada waktunya ibu ayah terpaksa mengalah dan bermain dengan emosi serta psikologi halus yang membuatkan anak akur dengan setiap arahan yang diberi...
Khasiat Kurma Keledek Bergabung Finger Food Terbaik Untuk Anak Buatkan Biskut Ni

Khasiat Kurma Keledek Bergabung Finger Food Terbaik Untuk Anak Buatkan Biskut Ni

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 378 hits
Selain mengajar anak untuk belajar makan sendiri finger food juga sebenarnya merangsang perkembangan otak anak di mana adanya rangsangan sensori pada sentuhan ketika bayi memegang makanan Begitu juga dengan rupa dan bentuk finger food itu s...
Jual Tisu Nak Tolong Mak Anak Yatim Ini Buat Pak Nil Sebak

Jual Tisu Nak Tolong Mak Anak Yatim Ini Buat Pak Nil Sebak

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 346 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Peribahasa ini sesuai menggambarkan nasib seorang kanak kanak yatim yang terpaksa menjual tisu demi membantu ibunya mencari sesuap rezeki Kanak kanak itu ditemui pengacara terkenal Datuk Azn...
Foto Maut Semasa Padam Kebakaran Anak Bomba Bermain Di Tepi Keranda Cetus Sebak

Foto Maut Semasa Padam Kebakaran Anak Bomba Bermain Di Tepi Keranda Cetus Sebak

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 449 hits
Jika anda mengikuti perkembangan semasa di Australia pastinya anda tahu tentang tragedi yang menimpa bomba yang berusaha memadamkan kebakaran di sana Dengan keadaan api yang terlalu marak tidak dapat digambarkan kepenatan pasukan bomba dan ...
Anak Suka Cakap Kasar Amp Kotor Ibu Ayah Jangan Salahkan Anak Tengok Dulu Sekitar Mereka

Anak Suka Cakap Kasar Amp Kotor Ibu Ayah Jangan Salahkan Anak Tengok Dulu Sekitar Mereka

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 356 hits
Sedarkah anda bahawa komunikasi keluarga atau orang sekeliling anak akan memberi pengaruh terhadap gaya pertuturan mereka Bagi anak yang baru belajar mereka tidak hanya bercakap perkataan yang baik sahaja malah mereka akan mengikuti perkata...
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 434 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Ayah Selalu Doa Minta Zuriat Yang Soleh Anak Umur 13 Tahun Dah Hafal 23 Juzuk Al Quran

Ayah Selalu Doa Minta Zuriat Yang Soleh Anak Umur 13 Tahun Dah Hafal 23 Juzuk Al Quran

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 323 hits
Tidak mudah dalam mendidik anak untuk menghafal kesemua 30 juzuk Al Quran Ini merupakan satu anugerah Allah yang pastinya dicemburui oleh semua Keupayaan menghafal serta menghayati kalam Allah sememangnya impian semua orang Walaubagaimanapu...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari