Khasiat Kurma Keledek Bergabung Finger Food Terbaik Untuk Anak Buatkan Biskut Ni
Selain mengajar anak untuk belajar makan sendiri, finger food juga sebenarnya merangsang perkembangan otak anak di mana adanya rangsangan sensori pada sentuhan ketika bayi memegang makanan. Begitu juga dengan rupa dan bentuk finger food itu sendiri. Semua ini buat anak tertarik malah mampu membantu perkembangan otak anak.
Jadi mama haruslah sediakan bukan hanya bentuk dan struktur yang merangsang anak bahkan makanan yang penuh khasiat berganda. Barulah semuanya bergabung untuk memastikan si manja mendapat khasiat secukupnya.
Resipi yang dikongsikan oleh Ana Maria ini boleh dicuba oleh mama. Gabungan kurma dan keledek yang mempunyai karbohidat dan serat tinggi ini baik untuk tenaga dan penghadaman anak-anak kecil kita. Jom cuba.
Finger food untuk adik. Since adik asyik masuk semua benda dalam mulut. Umi pun google-google la resepi finger food untuk adik. Umi try la buat biskut kurma+ keledek.
Ada macam-macam resipi tapi umi pilih guna tepung gandum +tepung jagung. Nisbah tepung gandum:tepung jagung 1:1, untuk dapatkan biskut yang mudah hancur dan tak keras. Sesuai utk baby. Resepi ni untuk lebih kurang 20 pcs biskut je.
30gram unsalted butter (lemak baik yang bagus untuk naikkan berat baby)
25gram campuran puree kurma dan keledek (boleh jugak gantikan buah lain)
1/2 cup tepung gandum unbleached (saya guna faiza)
1/2 cup tepung jagung
Campur kan kedua jenis tepung dan ayak.
Campurkan butter dan puree.
Pukul sampai sebati dan kembang.
Masukkan tepung sikit demi sikit. Uli sampai tak melekit di tangan. Doh memang agak lembut sikit.
Bentukkan memanjang supaya anak senang nak pegang. Bakar suhu 170°c 15 minit.
Khasiat Keledek Untuk Bayi
* Tinggi Vitamin A (beta karotin) yang baik untuk perkembangan mata bayi.
* Kaya dengan karbohidrat tetapi rendah lemak. Jadi tidak perlu bimbang kalau anak makan dalam jumlah yang banyak kerana ia tidak menggemukkan.
* Bebas gluten dan baik untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema, asma dan alahan pada makanan berasaskan gandum.
* Mengandungi pottasium, kalsium dan serat yang tinggi serta baik untuk penghadaman anak-anak.
* Rasa lemak dan manis semulajadi yang menarik perhatian anak untuk makan.
The post Khasiat Kurma & Keledek Bergabung, Finger Food Terbaik Untuk Anak, Buatkan Biskut Ni! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/khasiat-kurma-keledek-bergabung-finger-food-terbaik-untuk-anak-buatkan-biskut-ni/