Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen Jangan Normalisasikan Budaya Begini


Anak memandu dan menunggang tanpa lesen, jangan normalisasikan budaya begini. Di jalan raya Malaysia, bukan sesuatu yang luar biasa melihat remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen atau memandu kereta tanpa kelayakan yang sah.
Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen, Jangan Normalisasikan Budaya Begini  Ia seakan menjadi satu budaya yang semakin diterima oleh masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. Malah, ada ibu bapa yang dengan rela hati membenarkan anak-anak mereka memandu sebelum umur yang dibenarkan, seolah-olah ia perkara biasa.
Tapi sampai bila kita nak terus tutup mata? Sampai bila kita nak biarkan mentaliti “tak apa, semua orang buat” ini berleluasa?

Statistik kemalangan jalan raya sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen bukan sekadar isu remeh, tetapi ancaman nyawa yang serius.
MENURUT LAPORAN INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS), GOLONGAN REMAJA ANTARA YANG PALING RAMAI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT, TERUTAMANYA MEREKA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL.
Mereka tidak cukup matang untuk memahami risiko di jalan raya. Kemahiran mereka masih belum cukup untuk mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan. Ini bukan soal kecekapan sahaja, tetapi juga soal kebertanggungjawaban. Lesen memandu bukan sekadar sekeping kad, ia simbol latihan, pemahaman undang-undang, dan disiplin di jalan raya.
Peranan Ibu Bapa: Jangan Jadi Pendorong Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa memberikan kebenaran kerana keperluan. Mungkin kerana anak perlu ke sekolah, ke kedai, atau membantu keluarga. Namun, keperluan bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan mereka.
Bila ibu bapa membiarkan anak-anak memandu atau menunggang tanpa lesen, mereka sebenarnya sedang mengajar anak-anak bahawa melanggar undang-undang itu boleh diterima. Jika hari ini mereka dibiasakan dengan kesalahan kecil, esok lusa mereka tidak akan takut untuk melanggar kesalahan yang lebih besar.
Masyarakat Juga Perlu Ambil Peduli Jangan tunggu sehingga ada kemalangan berlaku di depan mata baru kita mahu bersuara. Jika nampak anak jiran atau saudara mara yang masih bersekolah menunggang motosikal tanpa lesen, tegurlah. Jika nampak ibu bapa dengan bangga membenarkan anak mereka membawa kereta sebelum cukup umur, nasihatkan mereka.
Ini bukan soal menjaga tepi kain orang, tetapi soal tanggungjawab bersama. Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan individu, tetapi semua pengguna jalan raya.

Penegasan Undang-Undang Undang-undang sudah ada, tetapi penguatkuasaan perlu lebih tegas. Hukuman terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka memandu tanpa lesen harus dipertingkatkan. Pihak berkuasa juga perlu lebih agresif dalam menangani isu ini, bukan sekadar menunggu operasi atau sekatan jalan raya semata-mata.
Selain hukuman, pendidikan juga perlu diperkuatkan. Kempen kesedaran harus digiatkan di sekolah dan dalam komuniti supaya semua pihak memahami risiko serta tanggungjawab mereka.
Normalisasi anak-anak memandu dan menunggang tanpa lesen harus dihentikan segera. Jangan biarkan ia menjadi satu warisan yang kita turunkan kepada generasi seterusnya. Kita mahu anak-anak membesar dengan selamat, bertanggungjawab, dan menghormati undang-undang.
Nyawa bukan perkara yang boleh diuji atau dipandang ringan. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk berubah.
Kredit foto: Sinar Harian 
Baca artikel lain juga: Sebak! Dua Beradik Hilang Anggota Badan Dalam Kemalangan Ke Sekolah
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
The post Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen, Jangan Normalisasikan Budaya Begini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-memandu-dan-menunggang-tanpa-lesen-jangan-normalisasikan-budaya-begini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

Hiburan Remaja 18 Tahun Pandu Honda Jazz Sebabkan Kematian Dua Individu Didapati Tiada Lesen Memandu

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 181 hits
Remaja lelaki berusia 18 tahun yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Seremban sehingga menyebabkan dua remaja maut pada Khamis lalu didapati tidak mempunyai lesen Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Aidil Ramdan ...
Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 237 hits
FMT ReportersMangsa berusia 17 tahun mengalami retak tulang hidung selepas selisih faham dengan lelaki berusia 39 tahun Tangkap layar papar insiden seorang lelaki bertengkar dengan pelajar sekolah menengah dengan mangsa mengalami berdarah h...
Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 198 hits
Pelakon Mona Allen tampil memberikan nasihat kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk tidak terlalu terbuka dalam berkongsi cerita mengenai hal rumah tangga di media sosial Menurut Kosmo Online Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza A...
Ibu Jangan Sedih Tak Boleh Puasa Susukan Anak Jihad Besarkan Anak

Ibu Jangan Sedih Tak Boleh Puasa Susukan Anak Jihad Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 157 hits
Bulan puasa merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu yang sedang menyusukan anak Keletihan kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul Jika perlu berbuka p...
Usah Normalisasi Budaya Beli Dulu Bayar Kemudian Di Kalangan Anak Muda

Usah Normalisasi Budaya Beli Dulu Bayar Kemudian Di Kalangan Anak Muda

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 182 hits
Kebanyakan golongan muda mudah terjebak dalam perangkap ini kerana mereka berasa mereka mampu membayar dengan ansuran bulanan yang rendah PENDAPAT 11 Mar Amalan beli dulu bayar kemudian atau buy now pay later yang semakin popular di kalanga...
Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 220 hits
Sebelum ini anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping foto di Instagram Penampilan Seperti Seorang Lelaki via Instagram Cik B Dalam hantaran sebelum ini Cik B dil...
Waspada Sms Yang Mengandungi Pautan Pancing Data Berkaitan Lesen Memandu Daripada Myjpj

Waspada Sms Yang Mengandungi Pautan Pancing Data Berkaitan Lesen Memandu Daripada Myjpj

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 127 hits
Menurut kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia JPJ telah menerima aduan daripada orang awam berhubung Khidmat Pesanan Ringkas yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu Pihak JPJ ingin menjelaskan
Jangan Give Up Ulang Alik Hantar Anak Sekolah Ibu Akan Kenang Saat Ini Dengan Senyuman

Jangan Give Up Ulang Alik Hantar Anak Sekolah Ibu Akan Kenang Saat Ini Dengan Senyuman

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 152 hits
Ada ibu yang mengalami burnout apabila setiap hari perlu menghantar dan mengambil anak dari sekolah mengikut jadual yang ketat Rutin yang berulang ini ditambah dengan tanggungjawab lain di rumah boleh menyebabkan keletihan fizikal dan emosi...
Pemandu Lori Positif Dadah Memandu Tanpa Lesen Merempuh Kereta Meragut Nyawa Kanak Kanak Warga Singapura

Pemandu Lori Positif Dadah Memandu Tanpa Lesen Merempuh Kereta Meragut Nyawa Kanak Kanak Warga Singapura

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 139 hits
Budak warga Singapura maut kereta dirempuh pemandu lori positif dadahBernamaMangsa tercampak keluar dari kereta sebelum disahkan meninggal dunia pada 3 pagi tadi Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas dirempuh lori dalam kejadian di Kilom...
Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Openai Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus Rm470 Juta

Huawei Freebuds 6

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ibu Gadis Veil Beri Penjelasan Majlis Anak Disamakan Dengan Agama Lain Itu Hanyalah Resepsi Bertemakan Garden Wedding

Nak Aura Cantik Kena Hindari Keramaian

Unit Trust Patuh Syariah Panduan Memulakan Pelaburan Dari Rm100


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Friday Notes From The Quran Declaring This Halal And Declaring That Haram

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air