
DR ELIESMAZIAH bersama keluarga.
“Tudung saya istimewa dan saya benar-benar berharap dapat membantu polis, tentera dan anggota keselamatan lain di Malaysia.“Tudung saya lain daripada segi reka bentuknya, ciri-ciri keselamatan dan yang paling penting tentang komposisi fabriknya yang direka khas, ada pengesahan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists) malah sangat selesa dipakai untuk waktu yang panjang, lama atau keadaan tertekan,” katanya.Dia yang juga Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester berkata, tudung yang diberi nama MoreSlim itu sudah dipakai polis negara itu sejak Oktober tahun lalu dan sebulan selepasnya dia diminta mereka untuk pasukan taktikal unit pula.“Ada dua rekaan tudung untuk mereka, hanya berbeza pada lambang pasukan mengikut kontinjen.“Untuk polis biasa sama dengan tudung MoreSlim yang boleh dibeli orang ramai dan tudung yang khas pula untuk pasukan barisan hadapan. Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak dapat dedahkan jumlah berapa ramai polis wanita Muslim yang memakai tudung saya di UK,” katanya.Menceritakan pengalaman sebaik tudung rekaannya dipilih pasukan keselamatan negara itu, Dr Elies berkata, dia sudah bekerjasama dengan mereka dari awal jadi tiada apa yang mengejutkan berikutan ia bukannya satu pertandingan."Tapi saya berasa gembira bekerja dengan mereka yang sentiasa menghormati ilmu dan kepakaran saya dan mengambil kira idea orang Malaysia.“Mereka faham dan menghormati orang Islam. Ada cerita yang buat saya tersentuh, saya dihubungi seorang bos di salah satu kontinjen polis UK yang banyak berbincang dengan saya mengenai pakaian sesuai untuk polis wanita Islam terutama tudung.“Saya diminta mereka tudung yang sesuai untuk polis Islam bertugas di barisan hadapan, tidak beberapa ketika, bos berkenaan menghubungi saya lagi dalam keadaan tergesa-gesa ingin menempah tudung yang sedia ada tanpa menunggu tudung istimewa siap berikutan minggu depannya terdapat seorang anggota polis wanita Islam mula bekerja dengan pasukannya. Lebih menyentuh hati saya, dia mahu anggotanya itu bersedia dan bertugas dalam keadaan selesa malah sanggup menggunakan duit sendiri membeli tudung saya,” katanya.Katanya, tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018.“Malah, saya kini turut dihubungi bomba wanita Muslim UK untuk mereka tudung untuk mereka,” katanya. (Mymetro)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |