Anak Lemah Subjek Matematik Ibu Ayah Tolong Buat Apa Cikgu Ni Tunjukkan



Ibu bapa mana yang tidak berasa gembira bila melihat pembelajaran anak-anak yang memberangsangkan. Syukur dikurniakan anak yang bijak dan mudah faham apa yang diajar oleh guru-guru.
Namun jika ada sesetengahnya anak-anak kita tidak dapat skor dengan baik sesuatu subjek umpamanya, jadi apa usaha kita sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak sewaktu mereka di rumah? Cadangan dan saranan dari seorang cikgu ini elok dijadikan panduan. Jom semak apa katanya.
BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU ANAK YANG LEMAH DI RUMAH?
Baik, pagi ni aku kongsi tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
1) Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti mana tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.
Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar.
2) Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia. Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.
3) Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Bahagi, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.

Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Bahagi. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.
Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai. Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.
Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Bahagi tadi. Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.
Langkah akhir sekali, beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik. Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.

********************************************
Aku tahu, pasti ada yang pertikai kenapa suruh ibu bapa ajar anak kat rumah. Pasti ada yang kata itu tugas guru. Benar, tugas mengajar adalah tugas guru. Benar sekali.
Cuma perlu diingatkan guru mengajar secara kelas. Tak boleh hadap satu lawan satu. Tak boleh tumpu pada anak kita seorang. Tak boleh bagi perhatian macam ibu bapa boleh bagi secara one to one dengan anak.
Bila mengajar secara kelas, pasti ada murid yang ketinggalan. Yang mana mereka tak faham tapi mereka tak tanya pula. Bila mereka tanya, penerangan yang diberi mereka faham seketika. Pulang lupa pula. Tambah-tambah bila cikgu mula masuk topik yang seterusnya.

Topik yang mereka belum betul-betul faham, mereka akan tak dapat kuasai. Ini tips KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MAHU MEMBANTU anak-anak mereka belajar di rumah. Yang tak nak bantu, tak apalah. Ini bukan paksaan. Ini bukan gesaan. Ini cuma tips bagi ibu bapa yang berkobar-kobar nak bantu anak, cuma tak tahu cara. Nah, inilah caranya.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan kalian yang jenis suka bantu ajar anak-anak di rumah juga. Kerjasama ibu bapa dan guru pasti lahirkan generasi yang lebih berjaya.
Sumber : Mohd Fadli Salleh

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/anak-lemah-subjek-matematik-ibu-ayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susunan Anak Dalam Keluarga Pengaruhi Perangainya Ibu Ayah Jangan Pelik Kalau Ada Anak Kuat Memberontak

Susunan Anak Dalam Keluarga Pengaruhi Perangainya Ibu Ayah Jangan Pelik Kalau Ada Anak Kuat Memberontak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 558 hits
Susunan anak dalam keluarga tidak disangka sangka memainkan peranan penting dalam pembentukan dirinya anak Tapi bagaimana ia berlaku Dr Taufiq Razif berkongsi info yang mungkin tidak diberikan perhatian oleh sesetengah ibu bapa Info tentang...
Tak Semuanya Betul Check Balance Perlu Dalam Mendidik Anak Ibu Ayah Lakukan 4 Perkara Ini

Tak Semuanya Betul Check Balance Perlu Dalam Mendidik Anak Ibu Ayah Lakukan 4 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 419 hits
Apa yang dilakukan ibu ayah tidak semuanya betul Periksa Check balance dalam mendidik anak ibu ayah lakukan 4 perkara ini Tiada siapa yang dapat lari dari kesilapan Dalam mendidik ibu ayah juga perlu bercermin diri menilik kesalahan yang mu...
Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 543 hits
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan anak Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh Bayi dan kanak kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa dan memerlukan tidur pada sebelah siang hari Sama s...
Anak Lambat Cakap 12 18 Bulan Belum Boleh Tuturkan Perkataan Bermakna Ibu Ayah Mesti Bertindak

Anak Lambat Cakap 12 18 Bulan Belum Boleh Tuturkan Perkataan Bermakna Ibu Ayah Mesti Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 709 hits
Bertindak segera jika bayi berusia 12 18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna itu petanda awal masalah pertuturan Bertindak awal lebih baik Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik Sunway Medical...
Anak Saman Ibu Dan Ayah Sendiri Kerana Lahirkannya Ke Dunia Tanpa Izin

Anak Saman Ibu Dan Ayah Sendiri Kerana Lahirkannya Ke Dunia Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 590 hits
Anak Saman Ibu Dan Ayah Sendiri Kerana Lahirkannya Ke Dunia Tanpa Izin Seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari New Delhi India bertindak menyaman kedua dua ibu bapanya sendiri kerana mendakwa mereka berdua melahirkannya kedunia tanpa m...
Ayah Ternyata Lebih Bahagia Dalam Merawat Anak Dibanding Seorang Ibu

Ayah Ternyata Lebih Bahagia Dalam Merawat Anak Dibanding Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 319 hits
Seorang ayah juga menunjukkan emosi positif yang lebih besar serta lebih sedikit cekcok dalam rumah dibanding ibu Hasil yang serupa juga ditunjukkan jika dibandingkan terhadap mereka yang tak memiliki anak
Adi Marah Orang Tanam Ummi Dia Suruh Kejutkan Catatan Seorang Ayah Melihat Anak Kehilangan Ibu Sebaknya

Adi Marah Orang Tanam Ummi Dia Suruh Kejutkan Catatan Seorang Ayah Melihat Anak Kehilangan Ibu Sebaknya

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 457 hits
Kehilangan orang yang disayangi memberikan impak besar kepada si kecil Apatah lagi jika pemergiaan seorang ibu Catatan lelaki bergelar ayah ini cukup memilukan Sebaknya Pemergian isteri yang dicintai buat Mohammad Khusyairi dan ibu kepada A...
Depresi Anxiety Kembali Selepas Kelahiran Anak Ibu Ini Kongsi Perjuangannya Untuk Sihat

Depresi Anxiety Kembali Selepas Kelahiran Anak Ibu Ini Kongsi Perjuangannya Untuk Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 503 hits
Luka bengkak bengkak susu melecet bentan selepas bersalin membuat depresi anxiety kembali menghantui Ikuti pengalaman ibu ini yang turut berkongsi cara kembali sihat Kesihatan mental sama seperti kesihatan fizikal Benar orang yang pernah me...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik