Anak Kerap Mengadu Sakit Kepala Mama Papa Kena Periksa Punca Sebenar Risau Memudaratkan


Anak sering sakit kepala pada usia muda mungkin jarang kedengaran, namun jika ini yang berlaku mama papa memang kena ambil serius. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah migrain, stress, tekanan darah yang tinggi dan banyak lagi.

Kenali punca sebenar mengapa si kecil anda terus diserang dengan sakit kepala yang kerap untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya daripada pengamal perubatan atau doktor. Seperti yang ditanyakan oleh seorang ibu tentang anaknya yang sering mengadu sakit kepala. Jawapan daripada Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Laktasi, Pakar Kanak-kanak, Pusat Rawatan ADDA dan Pensyarah Pediatrik Di Monash University Malaysia mungkin dapat menjelaskan apa yang berlaku.
H: Anak Kerap Sakit Kepala
Adakah kanak-kanak juga boleh mengalami migrain atau sakit kepala yang teruk? Anak saya yang berusia 4 tahun sering mengadu sakit kepala. Apabila saya periksa kepalanya tiada pula luka atau kesan benjolan. Apakah perkara ini serius dan saya perlu membawanya berjumpa pakar?
Aina, Seremban.
Terima kasih atas soalan Puan.
Untuk pengetahuan Puan, kanak-kanak juga boleh mengalami sakit kepala seperti orang dewasa. Malah, penyakit migrain juga adalah salah satu punca sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Kajian saintifik menunjukkan bahawa migrain boleh berlaku seawal usia 18 bulan. Kajian juga menunjukkan bahawa migrain boleh berlaku dalam 10 peratus di kalangan pelajar sekolah rendah dan 28 peratus di kalangan remaja berumur 15 hingga 19 tahun. Migrain ini berlaku akibat gangguan kepada sistem peredaran darah di dalam sistem saraf dan otak yang sangat kompleks. Gejala migrain seperti sakit kepala yang berdenyut, selalunya sebelah bahagian kepala sahaja,anak berasa loya, serta sensitif kepda cahaya lampu.
Doktor yang merawat akan memberikan ubat penahan sakit kepala dan pesakit dinasihati untuk rehat dan tidur dalam bilik yang gelap. Ibu bapa disarankan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan serangan migrain ini seperti makanan tertentu, atau anak kurang minum air kosong, atau kurang tidur. Pastikan anak mengambil air kosong yang mencukupi supaya perjalanan darah menjadi lancar, elakkan anak daripada terdedah kepada matahari yang terik dan elakkan anak mengambil makanan yang menyebabkan anak sakit kepala.

Antara punca-punca anak kerap alami sakit kepala
Namun apabila kanak-kanak kerap mengalami sakit kepala, ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti punca lain selain migrain. Antara punca lain yang boleh menyebabkan anak kerap mengalami sakit kepala ialah:
Pernah alami kecederaan pada bahagian kepala Jika anak pernah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh, terhantuk atau hentakan objek keras. Kesannya mungkin tidak dapat dikesan awal, seperti pendarahan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan sakit kepala yang berulang.
Hidap keradangan dalam hidung Anak yang menghidapi keradangan dalam hidung samada akibat alahan resdung atau jangkitan kuman. Selalunya apabila anak mengalami sakit kepala, keradangan ini berlaku dalam sinus ‘frontal’ di bahagian dahi.
Tekanan perasaan Tekanan perasaan (stres) dengan pembelajaran yang mungkin terlalu menekankan prestasi tanpa ada kerehatan minda untuk menjalani kehidupan sebagai seorang kanak- kanak yang normal. Contohnya ibubapa kerap menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan meletakkan harapan semua A dalam semua matapelajaran tanpa membenarkan anak-anak memilih aktiviti yang mereka sukai dan minati.
Alahan Alahan kepada beberapa jenis bahan atau protein dalam makanan dan hal ini sangat subjektif di mana alahan adalah berbeza bergantung kepada tubuh masing-masing. Contoh minuman bersoda atau bahan yang mengandungi MSG, kopi atau teh yang mengandungi kafein.
Penglihatan anak yang semakin rabun. Selalunya kanak-kanak tidak mampu memberitahu bahawa penglihatannya semakin kabur, namun ibubapa akan dapat mengesan perubahan anak kerap menggosok mata dan melihat apa sahaja terlalu dekat walaupun ia boleh dilihat daripada jauh oleh mereka yang mempunyai penglihatan yang normal.
Tekanan darah yang tidak normal samada terlalu rendah atau terlalu tinggi. Jika tekanan darah yang tinggi, selalunya berlaku kepada anak-anak yang obese dan ada masalah buah pinggang yang terganggu.
Terdapat saluran darah yang tidak normal dalam otaknya seperti (AVM) Arterivenous Malformation. Selalunya sakit kepala akan datang bersama dengan gejala seperti kebas atau lemah tangan atau kaki, hilang koordinasi badan dan menjadi tidak seimbang (ataxia). Selalunya, apabila AVM pecah, pesakit boleh mendapat sawan dan koma.
Ketumbuhan dalam otak samada ketumbuhan yang perlahan-lahan membesar (benign) atau membesar dengan cepat (malignant). Jika ketumbuhan itu sejenis yang perlahan seperti vontoh Astrocytoma, sakit kepala selalunya kronik dan berulang kali melebihi sebulan. Namun, barah otak yang cepat membesar selalunya anak mengalami gejala dalam masa yang singkat dan akut (acute) seperti Malignant Ependymoma. Gejala ketumbuhan otak selalunya sakit kepala, kerap muntah, pengsan tanpa sebab jangkitan kuman, lemah mana-mana bahagian anggota badan yang terlibat (bahagian otak yang mengawal anggota tubuh tertentu), tidak selera makan dan berat badan menyusut.
Semua kemungkinan sakit kepala perlu dirujuk kepada doktor pakar di mana kemungkinan untuk melakukan ujikaji dan pemeriksaan yang teliti seperti MRI otak dan mengambil darah. Justetu, nasihat saya, bawa anak kepada doktor pakar kanak-kanak jika gejala yang anak alami mengganggu rutin hariannya. Sekian.
 
The post Anak Kerap Mengadu Sakit Kepala, Mama Papa Kena Periksa Punca Sebenar Risau Memudaratkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kerap-mengadu-sakit-kepala-mama-papa-kena-periksa-punca-sebenar-risau-memudaratkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Mama Sakit Antibodi Mula Dihasilkan Jangan Risau Untuk Susukan Bayi Ada Manfaatnya

Bila Mama Sakit Antibodi Mula Dihasilkan Jangan Risau Untuk Susukan Bayi Ada Manfaatnya

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 316 hits
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan Namun yang demikian percaya atau tidak menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda bahkan boleh jadi bermanfaat ke...
Kerap Bagi Air Kotak Jajan Doktor Dedahkan Punca Jabatan Pesakit Luar Dipenuhi Kanak Kanak Sakit

Kerap Bagi Air Kotak Jajan Doktor Dedahkan Punca Jabatan Pesakit Luar Dipenuhi Kanak Kanak Sakit

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 556 hits
Anak akan kerap sakit kalau mereka banyak mengambil makanan seperti keropok mi segera air kotak dan junk food Ini kerana kanak kanak akan kehilangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan Makanan seperti ini tidak memberikan sebar...
Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 474 hits
Telatah anak yang comel dan melucukan boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja Apabila melihat senyuman anak di rumah semua kekusutan dan kesibukan kerja boleh dilupakan Namun satu kisah kelakar yang dikongsikan oleh lelaki i...
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 583 hits
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil maklum keluhan pengguna yang sukar mendapatkan bekalan topeng muka susulan penularan wabak 2019 novel koronavirus Kata menterinya...
Kpk Telisik Mekanisme Menjadi Caleg Saat Periksa Eks Kepala Sekretariat Pdip

Kpk Telisik Mekanisme Menjadi Caleg Saat Periksa Eks Kepala Sekretariat Pdip

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 215 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menelisik proses dan mekanisme pencalonan anggota DPR kepada mantan Kepala Sekretariat DPP PDIP Irwansyah Selain itu tim penyidik juga mendalami mekanisme di DPP PDIP dalam pengajuan pergantian antar waktu anggo...
Aktivis Sampai Anak Wapres Lulus Seleksi Wawancara Psi Untuk Calon Kepala Daerah

Aktivis Sampai Anak Wapres Lulus Seleksi Wawancara Psi Untuk Calon Kepala Daerah

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 227 hits
Sebanyak 11 bakal kandidat kepala daerah Tangerang Selatan dan 6 bakal kandidat kepala daerah Surabaya dinyatakan lulus dalam seleksi wawancara terbuka Partai Solidaritas Indonesia Tahap ini merupakan bagian dari Konvensi Partai Solidaritas...
Papa Tak Dibenarkan Teman Mama Di Mahkamah

Papa Tak Dibenarkan Teman Mama Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 237 hits
Perbicaraan kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang masuk hari kedua menyaksikan keadaan panas seketika Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir bagi mendengar perbicaraan isterinya diarahkan keluar sel...
Anak Mengadu Gatal Naik Bintik Merah Ingatkan Ruam Rupanya Kudis Buta

Anak Mengadu Gatal Naik Bintik Merah Ingatkan Ruam Rupanya Kudis Buta

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 1408 hits
Ibu tangan abang gatal gatal lah Lepas tu ada bintik bintik merah Kenapa ni Sebagai ibu adakah anda boleh mengagak kondisi anak anda ini Semasa berada di rumah tidak pula anak anda mengalami keadaan sebegini tetapi lain pula sejak dia tingg...
Jpn Kedah Dedah Punca Sebenar Murid Dibelasah Guru Di Asrama

Jpn Kedah Dedah Punca Sebenar Murid Dibelasah Guru Di Asrama

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 654 hits
ALOR SETAR Susulan kes seorang guru dipercayai menampar menendang serta mencekik pelajar di sebuah sekolah di sini kejadian didakwa berpunca daripada kesalahan yang dilakukan pelajar berusia 16 tahun terbabit Menurut kenyataan Jabatan Pendi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa