Anak Mengadu Gatal Naik Bintik Merah Ingatkan Ruam Rupanya Kudis Buta


“Ibu, tangan abang gatal-gatal lah. Lepas tu ada bintik-bintik merah. Kenapa ni?”…..
Sebagai ibu, adakah anda boleh mengagak kondisi anak anda ini? Semasa berada di rumah, tidak pula anak anda mengalami keadaan sebegini, tetapi lain pula sejak dia tinggal di asrama.

Anda masih keliru? Baca penerangan mengenainya di bawah ini.
Kudis buta?
Ya, kondisi yang sedang anak anda alami adalah satu keadaan yang disebut sebagai kudis buta, atau nama lainnya, scabies. Ia adalah satu serangan kulit yang disebabkan oleh sejenis hama, Sarcoptes scabiei.
Untuk pengetahuan semua, hama ini boleh tinggal di dalam kulit dengan tempoh beberapa bulan jika ia tidak dirawat.
Bagaimana hama ini boleh membiak? Ia membiak dan ‘menggali’ di atas permukaan kulit anda lalu menghasilkan telur di dalam lubang kulit tersebut. Kulit akan memberikan reaksi terhadap hama dan sisa hama ini. Inilah yang akan menyebabkan rasa gatal-gatal dan terbentuknya ruam merah pada kulit tersebut.
Anda tidak akan dapat lihat hama dengan mata kasar, tetapi anda boleh melihat kesan kehadirannya melalui pembentukan ruam dan kegatalan.
Adakah kudis buta boleh berjangkit?
Ya, malah ia amat mudah untuk menjangkiti individu lain. Hanya melalui sentuhan fizikal dengan individu yang dijangkiti, anda mungkin akan mendapat kudis ini dengan amat mudah. Selain itu, ia juga mudah dijangkiti melalui pakaian, perabot dan juga tempat tidur.
Oleh sebab itu, pelajar yang tinggal di asrama amat mudah untuk dijangkiti dengan kudis buta. Sentuhan fizikal dan perkongsian bantal atau tilam menjadi punca mengapa ia mudah menjangkiti pelajar-pelajar lain di asrama.

Simptom-simptom jika mengalami kudis buta
Pada awal pendedahan terhadap kudis buta, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk simptom-simptom jangkitan ini muncul. Walau bagaimanapun, bagi individu yang pernah dijangkiti kudis buta sebelum ini, simptom-simptom biasanya akan muncul dengan lebih cepat.
Simptom-simptom bagi kudis ini termasuklah ruam dan kegatalan melampau yang akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Menggaru secara berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan menyebabkan jangkitan luka. Sekiranya ini berlaku, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit akan digunakan. Antara kawasan yang biasanya dijangkiti dengan kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan individu dewasa ialah:
-Pergelangan tangan
-Siku
-Ketiak
-Puting
-Zakar
-Pinggang
-Punggung
-Kawasan di celah-celah jari
Ruam yang berlaku akan mempunyai bintik-bintik kecil atau ketulan di bawah kulit seperti ketulan jerawat.
Apakah rawatan yang tersedia bagi merawat kudis buta ini?
kudis buta
Bagi menghapuskan serangan hama ini, rawatan biasanya menggunakan salap, krim dan losyen seperti permethrin dan ivermethrin melalui preskripsi doktor. Anda juga mungkin perlu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan.
Doktor mungkin akan menyuruh anda untuk menggunakan ubat-ubatan ini pada waktu malam, iaitu pada waktu hama ini berada dalam keadaan yang paling aktif. Ubat-ubatan yang disapu boleh dibasuh pada waktu pagi keesokan harinya. Anda mungkin perlu menyapu ubat-ubatan ini secara berulang selama tujuh hari.
Doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan tambahan bagi membantu memberikan kelegaan terhadap simptom-simptom yang kurang menyenangkan. Antara ubat-ubatan tersebut ialah:
-Antihistamin seperti piriton atau losyen pramoxine untuk mengawal kegatalan
-Antibiotik bagi membunuh sebarang jangkitan yang terjadi hasil daripada penggaruan berterusan pada kulit
-Krim steroid untuk memberikan kelegaan terhadap pembengkakan dan kegatalan
Bagaimana untuk mencegah kudis buta?
Cara terbaik bagi menghindari jangkitan kudis buta adalah dengan mengelakkan sebarang hubungan secara fizikal dengan individu yang dijangkiti. Selain itu, elakkan juga perkongsian pakaian dan juga tilam yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti kudis buta.
Cuci pakaian anda dengan menggunakan air panas yang memiliki suhu sekitar 50 darjah Celsius. Begitu juga dengan tilam, sarung tilam, sarung bantal, bantal dan tuala mandi anda. Sekiranya tilam anda terlalu besar dan berat untuk dicuci, anda boleh memvakumnya dengan menggunakan penyeduk habuk vakum. Setelah selesai, buang beg vakum tersebut dan cuci vakum dengan menggunakan cecair peluntur dan juga air panas.
Berapa lamakah hama ini boleh bertahan hidup?
Untuk pengetahuan anda juga, hama kudis buta ini boleh hidup pada tubuh manusia dengan tempoh sehingga dua bulan. Sekiranya ia disingkirkan daripada tubuh manusia, ia masih boleh hidup sekitar tiga atau empat hari lagi sebelum ia mati.
Walaupun anda telah mendapatkan rawatan, anda masih boleh mengalami ruam atau kegatalan selama beberapa minggu. Ini kerana, walaupun hama tersebut telah mati, telur dan sisanya masih berada pada kulit anda.
Jika anak anda yang tinggal di asrama mengadu gatal-gatal pada kulit dan mempunyai ruam, bawanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Walaupun kes kudis buta ini kerap berlaku di asrama sekolah, ini tidak bermakna bahawa anda yang tinggal di rumah tidak terlepas daripada jangkitan ini. Anda masih berpotensi untuk mendapat jangkitan daripada individu lain yang berada di sekitar anda, terutamanya di kawasan tumpuan awam.
Apa yang paling penting, sentiasa mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit.
Sumber: Hello Doktor
The post Anak Mengadu Gatal & Naik Bintik Merah, Ingatkan Ruam Rupanya Kudis Buta appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-mengadu-gatal-naik-bintik-merah-ingatkan-ruam-rupanya-kudis-buta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dokter Bayi Ingatkan Agar Alat Makan Anak Tak Perlu Dilap Sampai Mengkilap

Dokter Bayi Ingatkan Agar Alat Makan Anak Tak Perlu Dilap Sampai Mengkilap

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 234 hits
Terkadang orangtua terlampau terobsesi dalam menjaga kebersihan Semua permukaan dilap sampai mengkilap Padahal tidak perlu seperti itu jelas dokter spesialis anak Melanie Yudiana Iskandar
Naik Motor Bonceng Anak Di Bawah Umur Akan Didenda Rp3 Juta

Naik Motor Bonceng Anak Di Bawah Umur Akan Didenda Rp3 Juta

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 334 hits
Sepeda motor menjadi kendaraan dengan populasi terbanyak di Indonesia Alasan orang lebih memilih motor sebagai alat transportasi sehari hari karena untuk menghindari macet dan harga jualnya paling terjangkau ketimbang mobil Sebelum mengenda...
Nak Ingatkan Melayu Kalau Tun Nak Pentingkan Diri Anak Kroni Nak Jadi Pm Sampai Kiamat Cukuplah Jadi Pm Boneka Dap

Nak Ingatkan Melayu Kalau Tun Nak Pentingkan Diri Anak Kroni Nak Jadi Pm Sampai Kiamat Cukuplah Jadi Pm Boneka Dap

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 435 hits
Tun tak perlu pun berkompromi dengan sesiapa Cukup jadi PM sampai habis penggal atau mati Berundur jika Majlis Presiden buat keputusan Berundur jika parlimen undi tidak percaya menang Sama juga masa Tun lawan najib faktornya kebenaran Kalau...
Patutlah Anak Bukan Main Seronok Kalau Dapat Mandi Di Kolam Berenang Rupanya Boleh Pupuk Keyakinan Diri

Patutlah Anak Bukan Main Seronok Kalau Dapat Mandi Di Kolam Berenang Rupanya Boleh Pupuk Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 527 hits
Aktiviti bermain air atau berenang antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak kanak Sama ada di rumah ataupun ketika menginap di hotel hotel aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu tunggu oleh anak anak Aktiviti sebegini dapat memberi...
Nampak Anak Tak Bermaya Suhu 37 Ke Atas Buat Dulu Step Ini Elak Panas Makin Naik

Nampak Anak Tak Bermaya Suhu 37 Ke Atas Buat Dulu Step Ini Elak Panas Makin Naik

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 535 hits
Apa nak buat bila anak demam Pertama sekali ibu bapa jangan terlalu risau Bertenang dan cuba ambil tindakan yang betul Kalau macam masih teragak agak cuba panduan yang kongsikan ini untuk kita praktikkan Demam biasanya terjadi apabila 1 ana...
Tak Perlu Nasi Gantikan Kentang Untuk Bubur Anak Resipi Kentang Dengan Ikan Merah Ni Terbaik

Tak Perlu Nasi Gantikan Kentang Untuk Bubur Anak Resipi Kentang Dengan Ikan Merah Ni Terbaik

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 400 hits
Nasi menjadi keutamaan semua dalam mempersiapkan bubur untuk bayi kita Pun begitu bukan semua anak sukakan rasa nasi Ada sesetengahnya yang lebih suka kepada puri berbanding nasi Sesekali ibu cuba gantikan nasi dengan kentang seperti yang d...
Mata Hampir Buta Ibu Dakwa Anak Tahun 1 Dibuli Ditusuk Pensel Warna Hijau

Mata Hampir Buta Ibu Dakwa Anak Tahun 1 Dibuli Ditusuk Pensel Warna Hijau

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 607 hits
Bila hanta anak anak ke sekolah dengan harapan mereka baik baik sahaja Mana ada ibu bapa yang sanggup anak mereka dibuli atau diperlakukan dengan perkara yang tidak baik Kes buli terutama di sekolah bagai tiada penghujungnya ekoran beberapa...
Wanita Cemas Ingatkan Diacu Pistol Rupanya Alat Pengesan Suhu Haba

Wanita Cemas Ingatkan Diacu Pistol Rupanya Alat Pengesan Suhu Haba

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 646 hits
Wabak koronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Oleh itu pelbagai langkah dilakukan untuk mencegah daripada virus ini terus merebak Bagi medium pengangkutan awam setiap pemand...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai