Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum keluhan pengguna yang sukar mendapatkan bekalan topeng muka susulan penularan wabak 2019 novel koronavirus (2019-nCoV)
Kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail, hal itu disebabkan ramai pembekal dan pengeluar topeng muka yang bercuti panjang sempena sambutan tahun baru Cina baru-baru ini
"Sekarang ini permintaan begitu tinggi dan bekalan sekarang tidak dapat menampung permintaan. (Saya dimaklumkan) bekalan berkurangan kerana banyak kilang yang tutup kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina
“Kita dah maklum pada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka dan beroperasi seperti biasa,” katanya
Bagaimanapun, tambahnya, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan pihak pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran topeng muka bagi memastikan bekalan mencukupi
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang hari ini
Malah, katanya lagi, perbincangan tersebut sebenarnya sedang berlangsung antara pegawai-pegawainya dan syarikat pengeluar topeng muka, serentak dengan sidang media yang berlaku tadi
Tambahnya juga, kekurangan bekalan itu antaranya disebabkan pembelian panik oleh pengguna susulan wabak 2019-nCoV itu
Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat lapan kes positif koronavirus, manakala kes pesakit di bawah siasatan (PUI) pula seramai 89 orang
Daripada jumlah itu seramai 44 orang adalah warganegara Malaysia, 42 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand
Tiga (3) kes PUI disahkan positif dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai (2) dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (1)
Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok
Manakala 81 kes PUI adalah negatif dan lima (5) masih menunggu keputusan makmal
Bagi mengelakkan jangkitan, KKM memberi peringatan agar rakyat menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan pensanitasi tangan, selain menggunakan topeng muka
KPDNHEP juga memberi amaran agar peniaga tidak menaikkan harga topeng muka dengan kadar yang tidak munasabah atau berdepan dengan tindakan tegas.
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2020/01/punca-sebenar-topeng-muka-kehabisan-stok.html