Anak Ke 2 Hayla Bakal Ceo Aeril Wawa Bina Empayar Bisnes Untuk Anak Anak
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, 33, mengakui dia dan isterinya, Wawa Zainal bekerja keras membina perniagaan untuk diwarisi empat cahaya mata mereka apabila dewasa kelak.
Bina empayar perniagaan untuk anak-anak
Aeril berkata, apa yang diusahakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan masa depan anak mereka terjamin.
“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah,” katanya.
Tak sekat minat anak
Aeril bagaimanapun tidak akan menyekat anaknya untuk meneroka minat dalam bidang lain.
Nampak bakat Hayla dalam lakonan
Namun, secara peribadi, pelakon filem Jibril dan Sabda Kekasih itu melihat, Hayla banyak mewarisi bakat lakonannya serta isteri.
“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.
ARTIKEL MENARIK:
[“Dapat Tidur 3 Jam Pun Tak Apa.” Anzalna Puas Dapat Juga Sendiri Anak Depan Mata]
[Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept..” Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama]
[“Anak Mix Mat Salleh Berbaju Kurung.” Cute Baby Dr AmalinaPakai Baju Tok Ma Jahit]
“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dipaksa-paksa beraksi di depan kamera.
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat.
“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” katanya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Kredit: Utusan & IG Wawa Zainal
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Anak Ke-2, Hayla Bakal CEO.” Aeril & Wawa Bina Empayar Bisnes Untuk Anak-Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/anak-ke-2-hayla-bakal-ceo-aeril-wawa-bina-empayar-bisnes-untuk-anak-anak/