Aydin Perlu Dipantau 24 Jam Kasih Ayah Sanggup Diberhentikan Kerja Demi Menjaga Anak Sakit


Pepatah Melayu ada menyebut kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Begitulah kasih seorang bapa Mohamad Iqbal Adib Mohd Afzanizam, 24, terhadap anak tersayang Aydin Malique, 15 bulan yang diuji menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau sindrom usus pendek yang berpunca daripada najis berdarah.
Demi menjaga kebajikan anaknya yang sakit, bapa muda ini diberhentikan kerja pada Ogos lalu kerana kerap mengambil cuti menjaga anaknya yang sakit. Dia sebelum ini bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang kaca di Sungai Buloh.
Menurut Mohamad Iqbal Adib hampir setahun Aydin dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang dan dipantau di rumah.

Lahir Kembar Mohamad Iqbal Adib yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahira Anisha Mohamad Zuber, 23 pada 2019 dikurniakan sepasang bayi kembar, Aydin Malique dan Aydan Malique yang dilahirkan pramatang ketika usia tujuh bulan pada 12 Jun tahun lalu.

“Awalnya, bayi kami dilahirkan sihat, namun selepas dua minggu doktor memaklumkan ada jangkitan kuman pada usus Aydin.
“Sejak lahir, tiga kali Aydin menjalani pembedahan dengan yang pertama bagi memotong usus berukuran 32 sentimeter(sm) dan kedua, membuang usus tidak sihat yang dijalankan di Hospital Selayang.
Aydin selepas menjalani pembedahan ketiga “Pembedahan ketiga iaitu sambungan usus serta memasukkan tiub gestrol dekat perut dijalankan di HTA, dengan usus kecil kini berukuran 14 cm,” demikian beritahu Mohamad Iqbal Adib.
Aydin Bayi Yang Aktif Bercerita tentang keletah Aydin, Mohamad Iqbal Adib memberitahu Pa&Ma yang anaknya ini seorang yang aktif walaupun perlu menggunakan tiub yang disambung ke perut.
Ditanya sama ada kembarnya Aydan ada mengusik tiub tersebut, bapa muda ini memberitahu Aydan tidak menganggu Aydin.

“Wayar pun dia tak usik. Dia buat hal sendiri sebaliknya Aydin yang suka kacau dia.”
Dari segi perkembangan pula, Aydin kini boleh duduk dan meniarap dan masih belum boleh merangkak.
Si comel ini minum susu menggunakan tiub yang disambung ke perut dan menggunakan wayar CVL (Central Venous Line) yang menghubungkan saluran darah terus ke jantung.
Oleh itu Mohamad Iqbal Adib perlu memantau Aydin ketika dia minum susu menggunakan mesin khas bagi mengelakkan risiko tiub tercabut.
Sebelum ini dia pernah berkongsi video di TikTok yang memberitahu perlu memantau Aydin 24 jam kerana jika tiub saluran jantung tercabut, dia perlu dibedah lagi.
@biasakansaye_ Semoga edib dimurhkan rezeki ❤️#fyp #twin #foryoupage #foryou ♬ original sound – edibbb_
“Aydin kena minum dua jenis susu iaitu susu formula yang disalurkan menggunakan tiub di perut dan ambil masa selama tiga jam. Susu lagi satu susu nutrisi (tpn) yang dibekalkan oleh Farmasi HKL. Susu ni kalau on mesin ambil masa 12 jam.
“Jadi isteri saya akan pasang mesin susu ini waktu malam sebab dia tengah tidur jadi tak banyak pergerakan berlaku.
Bagaimanapun Aydin boleh makan makanan pejal lain seperti roti, bijirin bayi dan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ditanya tentang peluang Aydin untuk kembali normal tanpa perlu bergantung kepada tiub, Mohamad Iqbal Adib memberitahu semuanya bergantung pada dia. Buat masa sekarang Aydin masih lagi memerlukan tiub gestrol di perut & CVL di dada kirinya.
Diberhentikan Kerja Bapa mana yang tidak resah memikirkan nasib keluarga selepas diberhentikan kerja apatah lagi mempunyai anak yang sedang sakit.
Foto: Harian Metro Mohamad Iqbal Adib mengakui sejak diberhentikan kerja, dia hilang punca pendapatan dan tertekan kerana memikirkan tanggungan termasuk kos rawatan anak.
“Saya cuba jual bundle (pakaian terpakai) kerana ramai rakan cadangkan, memandangkan modal tidak terlalu besar.
“Anggaran gaji bersih ketika kerja kilang dulu kira-kira RM1,400 manakala hasil jualan bundle kini tidak menentu, dengan paling sedikit RM20 dan paling banyak antara RM200 ke RM300 sehari.
“Saya baru belajar berniaga, jadi jual murah-murah saja dengan bersiaran langsung di TikTok,” katanya.
“Pernah satu tahap, saya hampir putus asa kerana masalah kewangan namun bangkit semula apabila mengenangkan anak kami.
“Pihak zakat ada beri bantuan untuk anak berdasarkan senarai keperluan dan selebihnya hasil sumbangan orang ramai selepas melihat perkongsian saya mengenai Aydin di TikTok.
Menurutnya dalam sebulan lebih kurang RM400 diperlukan untuk kos perubatan, susu dan keperluan lain untuk Aydin dan Aydan.
Orang ramai yang ingin membantu Mohamad Iqbal Adib boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7072310580.
Sumber:  Metro dan @biasakansaye_

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di  https://t.me/pamadparents

The post “Aydin Perlu Dipantau 24 Jam” Kasih Ayah Sanggup Diberhentikan Kerja Demi Menjaga Anak Sakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/aydin-perlu-dipantau-24-jam-kasih-ayah-sanggup-diberhentikan-kerja-demi-menjaga-anak-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abaikan Hal Remeh Kawal Emosi Elak Marah Anak Ayah Ni Kongsi Caranya

Abaikan Hal Remeh Kawal Emosi Elak Marah Anak Ayah Ni Kongsi Caranya

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 167 hits
Tak dinafikan kadang kadang bila dah terlalu penat ibu ayah akan cenderung untuk lekas marah dan melampiaskan segala perasaan itu pada anak anak Kasihan juga anak bila mereka tak tahu apa apa tetapi dimarahi teruk Tugas kita adalah untuk me...
Tak Mewah Tapi Meriah Seronok Tengok Usaha Mak Ayah Ni Sambut Birthday Anak

Tak Mewah Tapi Meriah Seronok Tengok Usaha Mak Ayah Ni Sambut Birthday Anak

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 234 hits
Isteri dan anak anak tak perlukan hidup yang mewah pun untuk bahagia Cukuplah dengan layanan baik dan dihargai sudah cukup untuk buat senyuman terukir di bibir mereka Seorang ayah adalah harapan sebuah keluarga dan tidak mudah menggalas tan...
Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 233 hits
Bukan mudah untuk menjaga anak anak tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar Ada saja kerenah yang kadang kadang tu boleh buat kita jadi nak marah Sebenarnya anak tak faham pun erti letih jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah dudu...
Penat Seharian Buat Emosi Mak Ayah Tak Stabil Jangan Sampai Anak Terkesan

Penat Seharian Buat Emosi Mak Ayah Tak Stabil Jangan Sampai Anak Terkesan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 165 hits
Emosi kita memang tidak selalunya stabil Lebih lebih lagi bila dilanda kepenatan selepas seharian bekerja Bila terlalu penat anak anak kecil yang mula buat perangai menjadi mangsa Elakkan hal semacam ini Menurut Parenting Coach belajarnya u...
Jenuh Mommy Ayah Pujuk Anak Tak Mahu Makan Ubat Ramai Suka Cara Shukri Yahya Pujuk Anak

Jenuh Mommy Ayah Pujuk Anak Tak Mahu Makan Ubat Ramai Suka Cara Shukri Yahya Pujuk Anak

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 158 hits
Momen memberikan anak ubat memang mencabar Ada anak yang suka dan pandai menyuapkan ubat sendiri ada pula yang begitu mencabar dan menolak mentah mentah Inilah yang dilalui oleh pasangan selebriti Shukri Yahya dan isterinya Tya Adnan yang b...
Suka Buat Muka Lucu Waktu Isteri Hamil Anak Dah Lahir Ikut Sebiji Gaya Ayah

Suka Buat Muka Lucu Waktu Isteri Hamil Anak Dah Lahir Ikut Sebiji Gaya Ayah

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 210 hits
Tak salah pun kalau kita nak obses dengan anak sendiri Semua yang anak buat terutamanya waktu dia baru lahir kita akan rakam untuk dijadikan kenangan Yalah anak anak ni cepat membesar Tak lama pun tahu tahu anak dah masuk sekolah Artikel Me...
Mandi Rendam Air Lemon Demam Hidung Tersumbat Betty Rahmad Kongsi Tip Redakan Sakit Anak

Mandi Rendam Air Lemon Demam Hidung Tersumbat Betty Rahmad Kongsi Tip Redakan Sakit Anak

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 155 hits
Ibu mana yang dapat tidur lena bila anak demam diserang batuk dan selesema berpanjangan yang menggangu tidur mereka Bagi Betty Rahmad yang turut diuji dengan masalah kesihatan semakin bertambah tidak kuat bila anaknya Wira juga kurang sihat...
Anak Dan Ayah Di Aceh Besar Berkomplot Curi Emas Seharga Rp171 Juta

Anak Dan Ayah Di Aceh Besar Berkomplot Curi Emas Seharga Rp171 Juta

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 194 hits
Polisi menangkap seorang warga Aceh Besar inisial MF karena melakukan pencurian emas dan uang tunai Total kerugian korban mencapai Rp171 juta Aksi pencurian itu dilakukan pelaku MF terhadap seorang warga Kopelma Darussalam Banda Aceh
Ayah Nak Try Teknik Viral Tidurkan Anak Tak Sangka Ni Yang Jadi Memang Kelakar Habis

Ayah Nak Try Teknik Viral Tidurkan Anak Tak Sangka Ni Yang Jadi Memang Kelakar Habis

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 185 hits
Ketika dalam fasa semakin nak membesar ni bukan mudah nak tidurkan anak waktu bayi cukup susu dan lampin pun dah ditukar bayi akan rasa mengantuk sendiri Letak saja dan boleh tidur Lain pula dengan anak anak yang dah mula suka bermain ni me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025