Bantu Anak Anak Kuasai Matematik Dengan 5 Cara


Bantu Anak-Anak Kuasai Matematik Dengan 5 Cara | Matematik merupakan antara subjek yang boleh dikatakan kurang diminati dan sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Menurut kajian Connie S. & Juppri Bacotang (2019), prestasi murid menunjukkan kemerosotan yang ketara dalam subjek matematik. Dan sebagai seorang ibu, perkara ini sangat membimbangkan kerana matematik merupakan antara mata pelajaran utama dimana seorang pelajar itu perlu lulus dalam subjek tersebut. Tambahan pula silibus matematik sekarang ini lebih fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Secara tidak langsung boleh menyebabkan pelajar kurang berminat dengan Matematik.

Bagaimana nak menguasai dan menarik minat anak-anak untuk suka kan dengan Matematik? Sebenarnya kalau nak menguasai Matematik ni kita kena fahami konsep asas seperti menghafal sifir, memahami teori dan teknik, mempelajari formula serta meningkatkan skil mengira. Dan yang paling penting, kena banyak membuat latihan tambahan bagi meningkatkan lagi daya ingatan dan menguasai sesuatu konsep kerana subjek itu adalah teknikal dan lojik, bukan berasaskan pengiraan semata-mata. Di sini saya kongsikan 5 cara bagaimana bantu anak-anak kuasai Matematik. Iaitu:
Bantu Anak-Anak Kuasai Matematik Dengan 5 Cara1) Bermain Sambil BelajarKanak-kanak dan pemainan memang tidak boleh dipisahkan sebab fitrah kanak-kanak kan memang suka bermain kerana permainan mewujudkan rasa seronok. Menurut Froebel, bermain sangat penting terhadap perkembangan murid-murid yang merangkumi aspek kognitif, sosial, emosi, dan fizikal (Froebel, 1889). Bermain juga memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan sesuatu aktiviti dan ianya merupakan satu teknik mengajar yang dipraktik kan. Memang kanak-kanak cepat bosan kalau belajar secara berteruan tanpa bermain kerana permainan dapat mewujudkan rasa seronok. 
Dengan adanya permainan yang berasaskan pendidikan, secara tidak langsung minat anak-anak terhadap Matematik dapat dipertingkatkan bila pembelajaran digabungkan bersama aktiviti bermain. Anak-anak nak pergi sekolah pon seronok sebab dapat belajar sambal bermain.
2) Praktik kan Matematik Dalam Kehidupan HarianMatematik memang tak boleh lari dari kehidupan seharian macam konsep tambah, tolak, darab, bahagi dan juga nilai wang. Contohnya seperti buah limau yang jumlah nya ada 12 biji. Tanya soalan mudah berapa biji buah yang akan mereka dapat jika dibahagikan kepada empat beradik. Sambil membeli belah pula, kita minta tolong anak membayar di kaunter, ajar mereka tentang nilai wang yang perlu dibelanjakan dan tanya baki wang yang akan diterima ketika membayar harga barangan.Secara tidak langsung anak-anak belajar konsep tambah dan tolak serta nilai wang dalam perbelanjaan.
3) Didik Dari Kecil Ibarat kata pepatah, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita mahu semaikan minat anak-anak pada subjek Matematik, perlulah bermula dari kecil lagi. Boleh mulakan dengan menyediakan persekitaran anak-anak dengan konsep Matematik seperti buku, flash card, tampal poster nombor pada dinding dan sediakan permainan berkaitan pengiraan. Perkenalkan nombor seperti bermain dengan jari bagi mereka fahami teknik mengira berpandukan jumlah jari tangan kiri dan kanan. 
Bila anak-anak dah mula faham, ajar pula bab panambahan dan penolakan yang ringkas. Main teka-teki dalam bentuk soalan Matematik. Seterusnya kita boleh ajar teknik simpan dalam kepala dimana jari digunakan untuk menambah nombor yang kedua manakala nombor besar simpan didalam kepala. 
4) Belajar Matematik Melalui Komik dan NyanyianTeringat masa zaman sekolah dulu. Kan ada rancangan television Siti Sifir. Ingat lagi tak? Siti Sifir menyanyi lagi sifir. Sampai sekarang saya ingat lagu sifir tu. Kalau anda nak tahu, teknik nyanyian boleh menarik minat dan mempercepatkan penguasaan Matematik tau. Dalam satu kajian yang dijalakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, kaedah nyanyian membantu murid untuk lebih mudah memahami satu topik dalam Matematik. Kalau nak anak hafal sifir, boleh cuba kaedah nyanyian Siti Sifir ini

Untuk anak-anak yang suka membaca komik, boleh terapkan minat mereka dengan komik Matematik. Saya pon baru tahu ada nya komik berkonsepkan Matematik. Antaranya Why? Maths, Misi Kuasai Matematik, Fuiyooo… Senangnya Matematik dan banyak lagi lah. Semua nya diolah dalam bentuk komik dan ianya membantu anak lebih fokus sebab isi kandungan komik yang berwarna warni, banyak formula dan mudah difahami. Memang sangat menarik

5) Belajar Matematik Melalui Math Games OnlineBiar betul? Iya… Bermain game ada kelebihah dan kebaikan yang boleh memberi manfaat dimana bermain game dikatakan mampu mengasah otak untuk menjadi lebih fokus dan berfikir dengan teliti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Banyak platform online games berbentuk pembelajaran yang boleh kita dedahkan pada anak-anak. Antara yang saya suka ialah website calculators.org kerana ianya memfokuskan pada Educational dan juga Matematik


Banyak Math games dalam ni. penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang boleh anak-anak pelajari. Paparannya pon jelas dan berwarna warni. Bosan juga kalau belajar dari buku sahaja kan. Sesekali bagi lah belajar online games pula. Secara tidak langsung boleh melatih otak kiri dan juga otak kanan kerana ketika bermain game, sudah semestinya strategi dan kemahiran berfikir diperlukan. Jadi ianya mengasah otak untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah Math


Memang best website ni sebab selain Math games, ada juga game lain seperti Board games. Arahan yang diberikan pun jelas dan mudah difahami. Yang penting ianya percuma, tidak memerlukan kita mendaftar terlebih dahulu dan tiada iklan ketika bermain game. Anak-anak boleh bermain melalui handphone atau pun desktop. 
Sebagai ibu bapa, Kalau kita mahu anak-anak kuasai Matematik, hadirkan lah minat tersebut dalam diri mereka. Pastikan mereka sentiasa mengulangkaji dan konsisten dalam pembelajaran. Kita tidak boleh hanya mengharapkan dan bergantung kepada bantuan guru dalam memastikan anak-anak menguasai Matematik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu bapa diluar sana



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizarahman.com/2022/10/bantu-anak-anak-kuasai-matematik-dengan-5-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersihkan Kesan Tumpahan Anak Pada Sofa Guna Cara Ni Terus Nampak Macam Baru

Bersihkan Kesan Tumpahan Anak Pada Sofa Guna Cara Ni Terus Nampak Macam Baru

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 229 hits
Bila ada anak kecil sofa karpet kusyen memang tak boleh elak dari kesan kotoran akibat makanan atau minuman tumpah Tambah pula material tersebut berasaskan kain Jadi bila ada kesan tumpahan tersebut lagi nampak jelas tompokannya Kadang nak ...
Ustazah Kongsi Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun Sebelum Tidur Buat Cara Ini

Ustazah Kongsi Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun Sebelum Tidur Buat Cara Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 184 hits
Anak kalau dari awal bangun mood dah on off memang buat ibu ayah rasa tak senang duduk Kadang tak tahu nak apa hingga terpaksa biar je sendiri sampailah anak rasa ok Tapi sebenarnya jika berterusan begini pun kesan pada emosi anak tak elok ...
Terima Peruntukan Rm15 1 Bilion Bajet 2023 Bantu Kpt Memacu Masa Depan Anak Bangsa

Terima Peruntukan Rm15 1 Bilion Bajet 2023 Bantu Kpt Memacu Masa Depan Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 189 hits
Beberapa hari lalu ramai menerima khabar gembira apabila berpeluang menikmati taraf kehidupan lebih baik sebaik sahaja pembentangan Bajet 2023 dibentangkan pada Jumaat lalu Ini termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi apabila menerima perun...
Risau Anak Tengok Bukan Bukan Ni Cara Selamat Setting Youtube Kids Untuk Anak Tengok

Risau Anak Tengok Bukan Bukan Ni Cara Selamat Setting Youtube Kids Untuk Anak Tengok

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 202 hits
Membiarkan anak kecil kita melayari Youtube Kids juga sebenarnya membimbangkan apa lagi menonton Youtube biasa Banyak content yang dirasakan sangat kurang wajar ditonton anak anak Cara selamat untuk mak ayah mengawasi apa jua tontonan anak ...
Anak 1 5 Tahun Memang Takut Terima Makanan Baru Ini Cara Yang Mama Papa Boleh Lakukan

Anak 1 5 Tahun Memang Takut Terima Makanan Baru Ini Cara Yang Mama Papa Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 230 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Latih Anak Anak Lakukan Ulang Kaji Matematik Di Calculator Org Pada Musim Cuti Sekolah Ini

Latih Anak Anak Lakukan Ulang Kaji Matematik Di Calculator Org Pada Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 169 hits
LATIH ANAK ANAK LAKUKAN ULANG KAJI MATEMATIK DI CALCULATOR ORG PADA MUSIM CUTI SEKOLAH INI Assalammualaikum semua Semenjak anak anak sudah boleh kembali bersekolah secara bersemuka Banyak impak dalam kehidupan mereka Setiap hari ada sahaja ...
Nak Puji Anak Pun Ada Cara Jangan Puji Hasil Tapi Puji Proses Baik Untuk Anak

Nak Puji Anak Pun Ada Cara Jangan Puji Hasil Tapi Puji Proses Baik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 181 hits
Anak anak kecil kita sememangnya perlukan pujian untuk mereka rasa terus dihargai setiap masa Bagi bagaimana cara kita hendak memuji Dan apa cara terbaik untuk kita puji anak Menurut Pakar Psikiatri dari UIA memujilah dengan cara yang tepat...
Kalau Mula Berenang Sejak Bayi Prestasi Lebih Baik Dalam Matematik Sains Elfira Teruja Anak Masuk Kelas Renang

Kalau Mula Berenang Sejak Bayi Prestasi Lebih Baik Dalam Matematik Sains Elfira Teruja Anak Masuk Kelas Renang

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 355 hits
Pelakon terkenal Elfira Loy mengakui sedikit gugup untuk membawa dua anak kecilnya menyertai kelas renang buat pertama kali Pada mulanya anak sulung Elfira agak takut namun akhirnya Rayyan menikmati kelas renang dengan gembira dan teruja I ...
Cara Mudah Dapat Anak

Cara Mudah Dapat Anak

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini 30 11 2016 terdetik hati ini untuk berkongsi petua untuk mendapat zuriat Petua ini pun saya dapat dari busu saya yang menyuruh saya mencuba mana tahu berjaya Busu saya suruh mencuba kerana abg ipar bel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa