Zahir Hanya Tersenyum Genap Setahun Anak Hilang Ayah Mimpi Seakan Petanda Anak Masih Selamat


Genap setahun, kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra atau Zahir masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Pelbagai usaha telah dijalankan, namun kesemuanya menemui jalan buntu.
Bapa kepada Zahir iaitu Mohd Fauzi, berkongsikan pelbagai petanda yang hadir melalui mimpi mereka sekeluarga. Antaranya Zahir yang kini berusia 9 tahun, hanya datang memberikan senyuman dan berlalu pergi.
Pelbagai andaian dibuat, namun Zahir tetap belum ditemui. Tiada apa lagi yang diharapkan oleh keluarga ini selain Zahir pulang dengan selamat ke pangkuan mereka. Sebak!
KEHILANGAN ZAHIR: 1 Tahun/12 Bulan/ 364 Hari
Allahuakbar….. Sudah setahun anakku Zahir hilang. Sudah bermacam mimpi dan bermacam andaian telah ku temui…

Mimpi
1. Datang dalam mimpi orang berjubah dan bertongkat mengelilingi aku sambil tersenyum, tiba-tiba membawa aku di sebuah kebun. Ada pokok pisang bercabang tiga.
Diantara cabang tersebut, kelihatan anakku Zahir. Hanya berpandangan dan Zahir hanya tersenyum sahaja. Tiba-tiba terdengar suara mengatakan, Zahir selamat.
2. Kakak (anakku yang sulung) bermimpi, Zahir berada di sebuah pondok yang buruk tetapi di dalamnya sungguh indah tak sama melihat dari pandangan luar. Zahir sedang bermain di dalam rumah tersebut. Bila di panggil, Zahir hanya menoleh sahaja.

3. Dayang (anakku yang kedua) bermimpi berjumpa Zahir sedang minum di dapur rumah sekarang, tiba-tiba bertukar di tempat lain seperti di kawasan kampung di pondok buruk tapi besar.
Bila dayang masuk kedalam rumah tersebut, kelihatan Zahir masih sedang minum. Zahir terperanjat dan bertanya pada Dayang :
Zahir : Dayang!!! macam mana kau boleh ada sini, pergi balik. Nanti kau pula yang hilang.
Dayang: (Terperanjat) Aku nak bawa kau baliklah Zahir.
Zahir : Dayang balik, nanti nenek datang susah nanti.
Dayang: Mama dan abah rindu kat Zahir, Zahir tak kesian ke kat mama dan abah.
Zahir : Aku selalu balik lah ke rumah abah dan mama.
Dayang : Bila yang kau balik..???
Zahir : Dayang balik….nenek dah nak sampai tu…..
Tiba-tiba rumah tu bergegar dan ada bunyi letupan yang kuat….
Zahir : Dayang… balik sekarang..!!!
Terus Dayang terjaga dari tidur…

4. Kakak Bermimpi lagi, Zahir balik rumah dalam keadaan tubuh dan pakaiannya berlumpur dan berlumut. Kakak mandikan Zahir.
Kakak bertanya, Zahir kemana selama ini. Zahir hanya tersenyum. Bila keluar dari bilik air, tiba-tiba berada di kawasan seperti hutan. Zahir hilang dari pandangan dan kakak terkejut dari tidur.
5. Aku bermimpi. Aku berada di tengah taman dikelilingi hutan dan gunung ganang. Kelihatan ada seorang perempuan berumur membawa seorang kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki.
Perempuan itu berkata, dia nak anaknya berkawan dengan anak aku. Dia amat sayang kan anak aku. Tiba-tiba kawasan tadi bertukar di kawasan rumah aku, sama sangat.
Cuma pelik, tiada sesiapapun di situ, melainkan aku. Suasana senja, awan berwarna merah. Tetiba aku menjerit ”Aku tak izinkan kau ambil anak aku. Kau ambil tanpa izin.
”Ini bukan cara yang baik. Pulangkan anak aku…pulang kan Zahir…PULANGKAN ANAK AKU..!!!” Aku terus tersedar dari tidur.
6. Dayang bermimpi. Zahir tengah bermain di kawasan rumah tetapi tiada sesiapa pun melainkan Zahir… Dayang datang kepada zahir mengajak Zahir balik. Zahir menyatakan ”Biar abah dengan mama yang datang jemput.”
Zahir terus bermain dan hilang tidak tahu kemana. Dayang cuba mencari tetapi tidak berjumpa. Tetiba datang satu bunyi yang menakutkan. Dayang tersedar dari tidur.
Aku sudah buat solat hajat, solat taubat, bersolawat dan berzikir dari tengah malam kekadang sampai subuh.
Ada masa aku seperti di kawasan istana di kelilingi hutan. Ada masa aku berada di gua. Ada masa di hutan dan ada masa di tepi air terjun.

Selalunya orang berjubah, jubah bermacam warna.. kerap kali jubah berwarna putih dan ada yang datang seperti pakaian melayu di raja. Datang hanya memberi senyuman….
Dan ada kala aku seperti di depan pintu kabah/Baitullah dengan cahaya lut sinar yang indah, menangis sambil berzikir. Malangnya anak aku Zahir masih belum bertemu…..
Ya allah, aku serahkan padamu segalanya… hanya engkau yang maha mengetahui…..
Sumber: Mohd Fauzi
The post “Zahir Hanya Tersenyum..,” Genap Setahun Anak Hilang, Ayah Mimpi Seakan Petanda Anak Masih Selamat appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/zahir-hanya-tersenyum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Berkurantin Hanya Mampu Lihat Anak Hela Nafas Terakhir Dalam Telefon

Mak Ayah Berkurantin Hanya Mampu Lihat Anak Hela Nafas Terakhir Dalam Telefon

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 448 hits
Dalam tidak sedar wabak pandemik COVID 19 telah meninggalkan 1001 kesan dalam diri dan hidup seseorang Malah perintah berkuarantin dan juga arahan berkurung telah menyebabkan urusan penduduk dunia tergendala seketika dan segala aktiviti tid...
Rindu Ayah Kucaimars Terkedu Anak Korban Covid 19 Minta Tuju Lagu Buat Bapanya

Rindu Ayah Kucaimars Terkedu Anak Korban Covid 19 Minta Tuju Lagu Buat Bapanya

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 310 hits
Sudah lebih dua minggu kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jadi antara salah satu cara untuk tetap bersosial dan berinteraksi adalah dengan menggunakan saluran sosial media Buat para selebriti pula beraksi di dalam Live IG sud...
Sempat Tabur Bakti Buat Negara Frontliner Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Anak Mohon Maaf Bagi Pihak Ayah

Sempat Tabur Bakti Buat Negara Frontliner Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Anak Mohon Maaf Bagi Pihak Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 354 hits
Hari ini satu berita yang cukup menyedihkan kita terima apabila dimaklumkan seorang lagi pejuang barisan hadapan kita iaitu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah meninggal dunia Sempat tabur bakti buat negara frontliner kakitangan KK...
Guna Duit Syiling Dan Rm1 Bayar Kompaun Ayah Sanggup Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

Guna Duit Syiling Dan Rm1 Bayar Kompaun Ayah Sanggup Korek Tabung Bayar Denda Anak Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 708 hits
Kita sudah sedia tahu sesiapa sahaja yang ditangkap kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1000 Baru baru ini tular di media sosial tentang perkongsian seorang penjaga kaunter yang tersentuh melih...
Akad Berjalan Lancar Martunis Anak Angkat Ronaldo Berharap Sang Ayah Datang Di Resepsi Nanti

Akad Berjalan Lancar Martunis Anak Angkat Ronaldo Berharap Sang Ayah Datang Di Resepsi Nanti

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 458 hits
Dipertemukan usai tsunami Aceh 2004 lalu Martunis hingga kini masih berkomunikasi dengan Cristiano Ronaldo
Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

Sambil Duduk Rumah Layan Anak Ibu Ayah Boleh Tambah Duit Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 534 hits
Memang seronok dapat meluangkan masa dengan anak anak dan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Malah sepanjang musim PKP ni ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat dan aktiviti harian anak resepi masakan dan tak kurang juga akti...
Hanya Jenazah Ibu Yang Pulang Anak Sulung Arwah Mahu Si Pemandu Mabuk Dihukum

Hanya Jenazah Ibu Yang Pulang Anak Sulung Arwah Mahu Si Pemandu Mabuk Dihukum

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 648 hits
Perit dan pedihnya dugaan yang dilalui lima beradik ini selepas kehilangan ayah kini ibu pula ikut menyusul setelah nyawa mereka tidak lagi diselamatkan akibat daripada kemalangan jalan raya dengan pemandu mabuk Hari ini selesai sudah penge...
Malaysia Hilang Hasil Minyak As 7 Bilion Setahun Ekonomi Tertekan

Malaysia Hilang Hasil Minyak As 7 Bilion Setahun Ekonomi Tertekan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 367 hits
Banyak pihak dalam kerajaan Melayu Perikatan Nasional menggambarkan ekonomi Malaysia kebal sepanjang tempoh wabak Covid 19 Malah pertumbuhan KDNK pada 2021 diramal 9 antara negara yang tertinggi pertumbuhannya di dunia serta paling tinggi d...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi