Anak Gerenti Suka 6 Jenis Sarapan Ini Mak Mak Wajib Buat Di Hujung Minggu
Mak-mak selalu pening kepala fikir apa makanan yang anak suka bawak bekal ke sekolah betul tak? Jangan give up, ini ada enam menu yang admin share untuk mak-mak semua. Mudah je nak buat dan anak gerenti suka sebab sedap dan tak pedas. Cuba dulu ye kalau ok nanti admin share lagi idea nak masak apa.
Yang penting cuba dulu
PASTA SPIRAL DRAGON BALLBAHAN- BAHAN :200gm pasta spiral150gm isi ayam350gm tomato1 sudu makan pes tomato2 helai daun salam50gm batang saderi | hiris nipis20gm bawang putih | cincang100gm bawang merah | cincang2 sudu teh maduLada sulah secukupnyaDaun basil dan oregano secukupnya | cincangGaram secukup rasaAir dan ais secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:Rebuskan pasta spiral di dalam air yang mendidih selama 5 minit. Kemudian angkat dan siram dengan air sejuk. Toskan.Untuk membuat bebola ayam; Isi ayam digaul bersama dengan bawang merah cincang, bawang putih, basil, oregano, madu, garam dan lada sulah hingga sebati. Kemudian dibentuk menjadi bulat.Cara membuat sos: Tomato dibelah empat dan direbus. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam ais. Buang biji dan cincang hingga halus.
Selepas itu tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang merah dan batang saderi serta basil, oregano, daun salam dan pes tomato. Kacau hingga pecah minyak.Kemudian masukkan isi tomato yang dicincang halus dan kacau hingga mendidih.Selepas itu masukkan bebola ayam, garam, lada sulah dan biarkan seketika.Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas anak.
AYAM TINJUBAHAN-BAHAN:5 ketul kepak ayam50gm serbuk roti1 biji telur | dipukul1 sudu makan jus limau nipis1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaMinyak untuk menggorengHIASAN:Daun salad secukupnyaKertas aluminium secukupnyaCili BenggalaSedikit sos mustardSedikit buah zaitunCARA MEMASAK:Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Kemudian ambil bahagian yang mempunyai banyak isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biarkan tulang di bahagian bawahnya.Seterusnya perap ayam dengan lada sulah, lada hitam, jus limau nipis dan garam. Biarkan seketika.Setelah diperap, celupkan ayam ke dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti. Lakukan sehingga habis.Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau bertukar warna kuning keemasan.Angkat, toskan. Masukkan ke dalam bekal anak dan hias mengikut kreativiti sendiri. Misalnya balut tulang ayam dengan kertas aluminium dan cili benggala dibentukkan seperti lady bird.
MAKARONI BAKAR BERKEJUBAHAN-BAHAN:250gm makaroni | rebus dan tos100gm daging kisar1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil150gm parutan keju mozarella1 sudu makan serbuk oregano4 sudu makan sos balognes2 sudu makan sos cili2 ulas bawang putih | cincang halus1/2 biji bawang Holland | cincang halus3 sudu mentegaGaram dan gula secukup rasaBAHAN SAMPINGAN:Buah EpalTomato ceriSaladCARA MEMASAK:Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili, Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api.Panaskan ketuhar pada suhu 200C.Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.Bakar lebih kurang 15 minit.Setelah siap, sedia dibawa untuk bekal.
CUCUR NASI BERKENTANGBAHAN-BAHAN:1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air2 biji kentang | rebus dan lenyek1 cawan tepung gandumSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan cili benggala merah1 sudu teh serbuk perasa ayamSedikit garamMinyak untuk menggorengBAHAN SAMPINGAN:Ayam gorengSos Cili ThaiSaladTomato CeriCARA MEMASAK:Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.
CHICKEN & RICE PATTIESBAHAN-BAHAN:200gm isi dada ayam | rebus dan carik-carik1 cawan nasi | kisar kasar2 biji telur½ cawan susu segar2 sudu makan keju pemersanSedikit parutan lobak merahSedikit hirisan daun bawang1 sudu teh serbuk lada sulah1 sudu the serbuk pati ayamGaram secukup rasaCARA MEMASAK:Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.Gaul rata dan ketepikan.Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.Sedia dihidangkan bersama sambal cili.
SPAGETI GORENGBAHAN-BAHAN:1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)2 batang jejari ketam | potong kecil8-10 ekor udang sederhana |bersihkan5-6 biji cili padi | hiris halus3 ulas bawang putih |cincang halus1 sudu makan cili kisar1 sudu makan sos tiram1 sudu makan cincangan daun bawangGaram dan lada sulah secukup rasaMinyak zaitun secukupnyaCARA MEMASAK:Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.Angkat dan sedia dinikmati.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsemput.blogspot.com/2019/04/anak-gerenti-suka-6-jenis-sarapan-ini.html