Dua anak Vijayakumaran Gengan dan isterinya, Deivaletchumy Arumugam adalah pelajar cemerlang SPM.IPOH: Vijayakumaran Gengan, 50, bangga dengan anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, namun jauh di sudut hati, mekanik itu sebenarnya resah.
Selepas diberhentikan kerja, Vijakumaran Gengan hanya bergantung harap dengan membaiki motosikal rosak yang dihantar pelanggan.Dia diberikan cuti sakit selama dua minggu, namun Vijayakumaran mengambil cuti tambahan selama satu hari yang akhirnya menyebabkan dia dibuang kerja.
Isteri Vijayakumaran, Deivaletchumy Arumugam bekerja di sebuah kilang berhampiran rumah untuk membantu menampung perbelanjaan harian.Mujur isterinya, Deivaletchumy Arumugam, 52, sudi membantu meringankan beban dengan bekerja di sebuah kilang berdekatan rumah di Taman Mas, Buntong.
Keadaan rumah Vijayakumaran Gengan yang turut dijadikan tempatnya membaiki motosikal.Naveekumar, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari merupakan anak keduanya. Anak sulungnya, Janani Vijayakumaran, 20, kini melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), turut mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, iaitu 8A.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |