Anak Buat Saya Kuat Atur Perjalanan Target Masa Depan Anak Istimewa Jadi Kekuatan Irin Putri


Kekuatan ibu yang satu ini bukan biasa-biasa. Kehidupannya bergelar ibu diuji dengan anugerah dari Allah untuk memiliki seorang anak autisme istimewa. Satu kecekalan dan kekuatan yang bukan biasa.

Namun pengacara, Irin Putri menerimanya dengan hati terbuka malah reda dengan ketentuan Allah buatnya.
Kongsi Irin lagi menerusi live bersama Pa&Ma, dua anaknya, Raes dan Razin sentiasa menjadi kekuatannya untuk terus membesarkan mereka.
“Anak-anak saya Raes, 14 tahun, dan Razin 9 tahun. Cabaran untuk membesarkan anak istimewa ini adalah sesuatu yang kita perlu hadapi dengan cara terbaik sebab ia satu ketentuan dan amanah dari Allah.

“Saya ni selalu nampak ada satu sinar dalam diri anak istimewa saya, Raes. Bila saya dah mula nampak bakatnya dalam muzik, saya lihat ia sebagai satu point, mungkin sebagai mata pencariannya kelak.
“Sekarang mungkin baru berusia 14 tahun, jadi masa inilah saya pupuk dan bantu dia untuk perjalanan masa depan dia. Saya bantu dia pergi kelas, buat persembahan dan sebagainya.
“Inilah yang membuatkan saya kuat hari demi hari, mempersiapkan diri untuk masa depan anak-anak,” luahnya berkongsi kala ditanya apa yang membuatkan dia terus kuat.

Malah melihat persembahan pertama anak istimewanya itu yang diketika itu bermain piano dikala usianya baru 10 tahun, amat menyentuh hati kecilnya.
“Saya rasa bangga yang teramat bila nampak dia buat persembahan depan orang ramai.
“Dia dapat buat persembahan yang terbaik dan saya rasa momen itu cukup istimewa.
“Saya rasa kekuatan diri saya sendiri adalah dari anak-anak. Apapun kita kena fikirkan masa depan mereka dan kena lakukan sekarang. Kita bayangkan target kita untuk anak-anak.
“Walau kadang kita rasa letih tapi perlu juga untuk dapatkan support sistem yang baik dari ahli keluarga,” luahnya berkongsi.

Mahu beri kesedaran pada orang ramai
Irin Putri yang dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial tahun ini mengakui bukan mudah bagi dirinya untuk terbuka berkongsi mengenai kisah anaknya.
Namun dia percaya bahawa dia harus memberi kesedaran kepada orang ramai dan tanpa disangka banyak video-videonya memberi inspirasi kepada orang lain.
“Kalau ikutkan dulu saya jarang kongsi mengenai Raes tapi lama kelamaan saya dapat kesedaran dan saya fikir kalau orang tahu, baru orang faham.
“Jadi saya fikir baik saya kongsikan semua, kehidupan biasa dengan anak-anak.
“Ada satu hari saya kongsi video birthday Raes tapi tak sangka dapat perhatian ramai dan diketika itulah baru terbuka minda saya.

“Saya fikir mungkin banyak lagi orang tak tahu bagaimana penyakit autisme dan betapa pentingnya support sistem kita di rumah.
“Ramai yang suka bila melihat adik Raes, Razin yang begitu memahami keadaan abangnya. Jadi ramai yang bagi reaksi tentang itu.
“Bukan sekadar kenangan saya bersama anak-anak tapi juga untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini,” kongsinya lagi.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Anak Buat Saya Kuat” Atur Perjalanan & Target Masa Depan Anak Istimewa Jadi Kekuatan Irin Putri! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-buat-saya-kuat-atur-perjalanan-target-masa-depan-anak-istimewa-jadi-kekuatan-irin-putri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Dalam Ketidaktentuan Lantang Suara Anak Muda Lakar Masa Depan Baharu

Dunia Dalam Ketidaktentuan Lantang Suara Anak Muda Lakar Masa Depan Baharu

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 234 hits
Dunia selepas pandemik Covid 19 semakin tidak menentu dan bersimpang siur Sesetengah ilmu pengetahuan yang dipelajari pada dekad lalu tidak lagi memberi jawaban kepada kejadian semasa dan anak muda tersepit di tengah tengah perubahan tantan...
Letak Rotan Dekat Sebelah Masa Ajar Anak Akui Tegas Mendidik Anak Sarah Pandai Mengaji Matematik Seawal 3 Tahun

Letak Rotan Dekat Sebelah Masa Ajar Anak Akui Tegas Mendidik Anak Sarah Pandai Mengaji Matematik Seawal 3 Tahun

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 170 hits
Pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya seorang ibu yang tegas lebih lebih lagi ketika mengajar anak anak dan juga tegas dalam didikan adab Baginya anak anak perlu dididik tentang adab sejak kecil supaya pandai menghormati ora...
Tetap Kena Ada Masa Untuk Anak Adira Suhaimi Titip Pesanan Untuk Mak Ayah

Tetap Kena Ada Masa Untuk Anak Adira Suhaimi Titip Pesanan Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 204 hits
Biar sesibuk mana pun kita dengan tanggungjawab pada kerjaya namun jangan diabaikan amanah kita dalam membesarkan anak anak Itu yang dikongsikan oleh penyanyi Adira Suhaimi buat semua ibu bapa Lebih lebih lagi ketika anak kecil yang sedang ...
Anak Buat Kejutan Istimewa Pandu Sendiri Kapal Terbang Bawa Ibu Tunai Haji

Anak Buat Kejutan Istimewa Pandu Sendiri Kapal Terbang Bawa Ibu Tunai Haji

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 443 hits
Baru baru ini tular di media sosial seorang lelaki warga Egypt telah membuat kejutan buat ibu tersayangnya dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji telah berjaya menarik perhat...
Mengenal Investasi Jangka Panjang Untuk Membangun Kekayaan Masa Depan

Mengenal Investasi Jangka Panjang Untuk Membangun Kekayaan Masa Depan

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 280 hits
Investasi adalah kunci untuk membangun kekayaan yang stabil dan berkelanjutan dalam jangka waktu yang lebih lama Disini kita akan membahas strategi dan prinsip dasar investasi jangka panjang serta bagaimana investasi ini dapat membantu kita...
Kalau Ada Rezeki Untuk Bekerja Bekerjalah Mira Filzah Titip Pesanan Untuk Wanita Tak Tahu Apa Akan Jadi Masa Depan

Kalau Ada Rezeki Untuk Bekerja Bekerjalah Mira Filzah Titip Pesanan Untuk Wanita Tak Tahu Apa Akan Jadi Masa Depan

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 170 hits
Pertama kali bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki Wan Khair Amir 1 tahun Mira Filzah mengakui dia banyak belajar perkara baru dan perlu bijak mengatur masa antara kerjaya dan keluarga Menjadi seorang ibu kepada Amir adalah pengalaman baru...
Mak Lawa Tapi Pelakon Ini Dikecam Bawa Watak Anak Kim Taehee Dalam Lies Hidden In My Garden

Mak Lawa Tapi Pelakon Ini Dikecam Bawa Watak Anak Kim Taehee Dalam Lies Hidden In My Garden

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 364 hits
Bukan senang pelakon nak puaskan hati penonton kan Ada sahaja yang tak kena ARTIKEL BERKAITAN Meskipun bersiaran di saluran kurang popular namun drama Lies Hidden In My Garden terbukti mempunyai pengaruh tersendiri Malah sejak tayangan awal...
Ibu Dakwa Guru Kerap Gigit Anak Di Sekolah Kini Trauma

Ibu Dakwa Guru Kerap Gigit Anak Di Sekolah Kini Trauma

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 260 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Seorang murid enam tahun berasa trauma setiap kali ke sekolah gara gara sering digigit oleh gurunya Perkara itu didedahkan oleh ibunya sendiri menerusi hantaran di Facebook semalam Kata wanita yang menggunakan akaun...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala