Kedai Makan Nasi Kerabu Aini Di Taman Seroja Di Bbst Di Sepang Di Selangor Di Malaysia


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم [Kandungan] Harga Makanan 2023 Colek di bulan Ramadhan Pulut Pagi di Nasi Kerabu Aini Bagaimana tahu kedai makan Nasi Kerabu Aini? Waktu perniagaan kedai makan Nasi Kerabu Aini Laksam diimport dari Kelantan Kedai makan Nasi Kerabu Aini bercuti panjang Harga Makanan 2023 Ini adalah harga makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini yang sempat dirakam pada pagi tadi.
 
Colek di bulan Ramadhan Rupa-rupanya kedai makan Nasi Kerabu Aini ni ada jual colek pada waktu malam dalam bulan Ramadhan. Makan colek ni adalah satu budaya orang Kelantan. Telah beberapa kali Tedi ceritakan mengenai makan colek dalam beberapa kiriman sebelum ini.
Malam ini [20210324] kami cuba pula makan colek di kedai makan Nasi Kerabu Aini. Mungkin ini kali pertama kami makan colek di daerah Sepang, mungkin juga kali pertama di luar Kelantan.
Kami makan Kerabu Perut, Colek Sotong dan Udang, dan Colek Kerang.
Gambar Colek Sotong dan Udang # Friday, 23 April 2021, 22:42 # 20210423 # IMG_20210423_224215.jpg # Xiaomi M2003J15SC # https://goo.gl/maps/akJeAxJ5PRp6Y2xUA #   Mengikut perbualan dengan pemilik kedai, mungkin dia akan teruskan jual colek pada malam hari minggu, dan pada malam hari bekerja mungkin dia tak larat untuk teruskan. apa-apa pun kalau kawan-kawan berminat bolehlah pergi periksa sendiri. Peta ada di bawah gambar macam biasa.
Pulut Pagi di Nasi Kerabu Aini  
Gambar makanan tradisi negeri Kelantan Darul Naim yang diberi nama Pulut Pagi turut dijual di kedai makan Nasi Kerabu Aini. Tetapi kalau anda berangan nak makan Pulut Pagi ini silalah datang awal-awal pagi ya kerana jumlahnya terhad dan laris pula jualannya.
Master mencuba makanan ini buat pertama kali dan ternyata ianya agak lazat. Pulutnya manis diseimbangkan dengan rasa lemak daripada kelapa parut dan juga sedikit rasa masin. Boleh kata macam makan Pulut Nasi dengan Ikan Masin.
# Thursday, 10 September 2020, 09:03 # 20200910 # IMG_20200910_090312.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/NvoGZEmWa1EM7K9i7 #  
Gambar kedai makan Nasi Kerabu Aini di Jalan Seroja 6 di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Kedai makan ini menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan papan tanda yang sangat menonjol dan mengiklankan apa yang mereka jual. Tedi tabik spring dengan mereka.
Gambar ini dirakam pada 20200112 pada jam 10:39 pagi menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.  
Bagaimana tahu kedai makan Nasi Kerabu Aini? Kisahnya lebih kurang sama seperti bagaimana Master kenali Warung Che Lan.
Ketika Master tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi ni bersendirian kerana Mummy berpantang di Kelantan, Master akan ke Taman Seroja selepas Subuh untuk cari kedai makan untuk bersarapan.
Master bersarapan di sebuah kedai makan bertentangan dengan kedai makan Nasi Kerabu Aini ni, Master tak ingat nama kedai makan tersebut kerana kedai makan tu tiada papan tanda. Nampak tak kepentingan papan tanda untuk perniagaan anda?
Semasa bersarapan tu Master ternampaklah papan tanda kedai makan Nasi Kerabu Aini ni, ternyata ia kedai makan baru di sana, dan papan tandanya yang menonjol telah membantu membuatkan Master nak mencuba makanan di sana.
Kini Master menjadi pelanggan tetap di sana.
 
Gambar di kedai makan Nasi Kerabu Aini  memperlihatkan bunting FoodPanda menunjukkan kedai makan di Taman Seroja ini menerima pesanan melalui FoodPanda, tapi harga sendiri mau ingatlah.
Turut kelihatan menu dan gambar makanan Nasi Sup Daging Bakar dan Daging Bakar Air Asam.
Gambar ini dirakam pada 20191112 jam 10:32 pagi menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.  
Waktu perniagaan kedai makan Nasi Kerabu Aini Kedai makan ini dibuka awal iaitu pada jam 6:30 pagi dan ditutup mungkin selepas tengahari atau apabila makanan kehabisan. Menjadi tempat orang bersarapan pagi sebaik sahaja solat Subuh berjemaah.
Dulu kalau Master datang dalam jam 11 pagi dah nak habis makanan yang dijual. Selepas tu Master tak pernah dah datang lewat ke kedai makan ni.
Tiada sebarang label menunjukkan waktu operasi kedai makan Nasi Kerabu Aini ini tetapi yang pasti setiap kali Master ke kedai makan ini pada hari Isnin, ia ditutup.
 
Menu makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini Mereka menjual makanan yang dimakan oleh orang Kelantan pada waktu pagi, seperti:
Laksam Nasi Berlauk daging goreng, gulai ikan, gulai daging, gulai kambing. Nasi Dagang Nasi Kerabu Ayam Bakar Nasi Kerabu Daging Bakar Nasi Lemak Pulut (apa namanya Tedi tak tahu) Sayangnya tiada Nasi Kerabu Ikan dijual di sini.
 
Laksam diimport dari Kelantan Salah satu menu yang ada di sini ialah laksam. Apabila ditanya jika mereka buat sendiri laksam tu, agak mengejutkan kerana jawapannya tidak.
Kami serkap jarang mereka hasilkan sendiri laksam yang dijual kerana kami tak pernah dengar ada kilang laksam di Selangor ni.
Rupa-rupanya laksam yang kedai makan Nasi Kerabu Aini ni jual diperolehi dari Kelantan. Fuh, boleh tahan jauhnya.
 
Gambar IMG_20191112_102757 di kedai makan Nasi Kerabu Aini memperlihatkan telur rebus, bawang jeruk, laksam, mesin kira, dan peranti FoodPanda.
Gambar ini dirakam pada 20191112 (Tuesday, 12 November 2019, 10:27) menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.  
Kedai makan Nasi Kerabu Aini bercuti panjang Salah satu hal yang agak mengecewakan ialah kedai makan ni kalau cuti sekolah panjang, mereka pun turut tutup lama bercuti panjang.
Itu sahajalah. Tedi sangkakan peel sebegini akan menjahanamkan perniagaan mereka kerana kedai makan Nasi Kerabu Aini kan masih baru di kawasan ini.
Tambahan kini ada dua tiga tempat di Taman Seroja yang Tedi kenalpasti menjual Nasi Kerabu.
Ternyata pelanggan setia masih kembali ke kedai makan Nasi Kerabu Aini ni disebabkan oleh kualiti masakan mereka.
Walaupun Master kata nasi kerabunya sudah tidak sebagus seperti pada masa awal kedai mereka dibuka, tapi masih meninggalkan pesaing-pesaing mereka yang lain di Taman Seroja ini.
 
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2020/07/kedai-makan-nasi-kerabu-aini-di-taman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Dengan Nasi Goreng Thai Dan Telur Bistik

Makan Malam Dengan Nasi Goreng Thai Dan Telur Bistik

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 298 hits
Makan Malam dengan Nasi Goreng Thai Dan Telur Bistik Semalam beli bungkus nasi goreng Thai Dan Telur Bistik kat Food Court je Saja nak try nasi goreng Thai tu macam mana ek Bila dah dicuba Ohhhh Macamtu rupanya Hihi Telur Bistik pulak meman...
Makan Nasi Lemak Di Senibong

Makan Nasi Lemak Di Senibong

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum Haishhh macam mana la SA boleh lupa nak share ngan korang entry Senibong ni macam mana ntah la bleh terlepas gambar gambar ni SA ingat dh up dalam blog takde rupanya ada SA up kat FB je sabo je la Hajat hati nak makan seafoo...
Makan Nasi Sambal Paru Jer Hari Ni

Makan Nasi Sambal Paru Jer Hari Ni

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum WBTTAK berbaloi sungguh sarapan Turkish Egg pagi tadi pukul 12 dah laparrrrr Mula rasa macam nak bertahan hari khamis kan balik awal tapi tak boleh jadi nampaknya Sebelum migrain lebih eloklah cari nasi oi takut nanti ada ka...
Memang Banyak Yang Bodoh Soh Makan Nasi Makan Taik Kah Kah Kah

Memang Banyak Yang Bodoh Soh Makan Nasi Makan Taik Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 194 hits
Bila baca berita tentang hutang negara meningkat 10 2 penghujung 2022 aku senyum je Sebab sikit pun aku tak sangka ada yang salahkan DS Anwar Tapi aku silap Rupanya kebodohan walaun ni di tahap yang sangat luar biasa Tak sedikit walaun yang...
Lunch Nasi Kenduri Di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari Hari Bukit Kapar Selangor

Lunch Nasi Kenduri Di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari Hari Bukit Kapar Selangor

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 317 hits
Beberapa bulan ni mama kerap ke Bukit Kapar untuk urusan rumah Sebab tu sekali sekala kami singgah makan di area sana Satu hari tu kami Lunch Nasi Kenduri di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari Hari Bukit Kapar Selangor Mula mula mama saspen ju...
Jalan Jalan Kuala Selangor Playing Tourist Di Bukit Malawati Sambil Jalan Jalan Cari Makan

Jalan Jalan Kuala Selangor Playing Tourist Di Bukit Malawati Sambil Jalan Jalan Cari Makan

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum Kami nie kalau hujung minggu buntu sangat nak pergi mana kami akan jalan jalan ke Kuala Selangor Dari Sg Buloh masuk highway LATAR kejap je sampai Pergi sana buat apa buat apa lagi jalan jalan cari makan lah Kuala Selangor b...
Singgah Makan Lemang Di Kedai Makan Kamariah Di Kampung Kendong Lama Kota Negeri Sembilan

Singgah Makan Lemang Di Kedai Makan Kamariah Di Kampung Kendong Lama Kota Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 320 hits
lemang di bakar panas panasKedai Makan KamariahAku dari Senawang nak ke Melaka malas nak naik highway dah hadap jalan jem aku pilih nak santai santai ikut jalan lama Masa aku di Jalan Seremban Tampin terpandang la kedai makan kamariah ni Di...
Padah Makan Nasi Goreng

Padah Makan Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 151 hits
AssalamualaikumSalam Selasa semua Berpadah LM pagi ni Akibat makan nasi goreng yang cuma 2 sudu saja cili kisar ya Dak Aish pun boleh makan kira tahap tak pedas pun la TAPI Makan 2 3 suap terus melahar di tekak kawasan operation buang tonsi...
Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan

Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 331 hits
RESEPI TELUR BUNGKUSBahan bahan Isi ayam cincangSayur campurBawang hollandBawang putihCili kisar sedikitSos ciliSos tiramCara memasak 1 Mula mula panaskan minyak Tumis bawang putih sehingga naik bau Bila dah naik bau masukkan cili kisar dan...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco