Perut Anak Tak Sama Macam Kita Jangan Paksa Dia Makan Banyak Sangat


Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ketika waktu makan khususnya, kebanyakan ibu akan mengatur apa yang perlu dimakan oleh anak mereka. Sesetengah daripada menu yang disediakan oleh si ibu mungkin tidak menyelerakan bagi anak, jadi jangan salahkan mereka.
Artikel Menarik: [Cuba Sendiri Buat Taufu Telur Untuk Anak, 2 Bahan Je Dah Jadi!]
Untuk memastikan anak berselera dan suka makan, jangan sesekali memaksa mereka. Perlu dibuat perlahan-lahan dan dengari juga kehendak mereka. Dipetik melalui laman web helloDOKTOR, ada menyebut beberapa kesalahan yang biasa dibuat oleh ibu bapa ketika waktu makan dengan anak.
ANAK KENA IKUT PERATURAN MAKAN Kebanyakan ibu bapa akan menetapkan pertauran ketika makan. Sebagai contoh, untuk makan manisan yang mereka inginkan, anak-anak harus habiskan sajian utama. Sebenarnya itu salah kerana anak mempunyai kebolehan semulajadi yang tersendiri untuk menentukan kadar pengambilan makanan mereka.
Kadang-kadang, ibu bapa suka sangat paksa anak untuk habiskan makanan, sedangkan waktu itu mereka sudah kenyang. Memaksa mereka makan terlalu banyak akan menjadikan anak trauma dan merasakan waktu makan sesuatu yang tidak menyeronokkan.

Sepatutnya ibu bapa hanya perlu biarkan anak menikmati makanan mereka. Sedikit atau banyak bukan masalah, beri perluang mereka untuk makan sendiri dan nikmati makanan yang ada. Pada waktu lain, anda boleh ambil inisiatif untuk terangkan kepada mereka keburukan membazir atau makan terlalu banyak. Pastikan anak-anak gembira ketika waktu makan.
Artikel Menarik: [Asal Suap Makan, Menangis. Demand Susu Coklat Setiap Hari, Boleh Ke?]
PAKSA ANAK MAKAN YANG MEREKA TIDAK SUKA Satu lagi kesilapan lain yang selalu dibuat adalah dengan memaksa anak makan apa yang mereka tidak suka. Biasanya anak-anak tidak sukakan sayur-sayuran. Daripada memaksa mereka makan dengan rupanya yang begitu ‘jelas’, ibu boleh sembunyikannya dalam masakan.

Mengetahui kepentingan nutrisi yang ada di dalam sayuran, hasilkan menu yang menggunakannya tanpa perlu dilihat oleh si manja.
TAK ADA STRUKTUR Anak-anak suka makan mengikut kehendak mereka. Ketika disuruh makan mereka tidak mahu. Tiba-tiba ketika belum waktu makan, mereka mengadu lapar pula. Biasanya anak akan cenderung untuk meminta snek dari makanan utama. Jangan terlalu diikutkan kerana ia mengganggu struktur pemakanan yang sebenarnya.

Ibu bapa boleh membentuk satu struktur makan yang lebih teratur. Tetapkan waktu makan untuk sajian utama dan snek mengikut waktu yang spesifik. Pastikan jadual makan ini sama setiap hari supaya anak anda dapat membiasakan diri. Jangan terlalu tegas dan mengabaikan permintaan mereka untuk makan jika tidak ‘kena’ dengan waktu yang telah anda tetapkan.
TIADA PILIHAN PELBAGAI Jangan marah anak jika mereka menolak untuk makan apa yang anda sediakan. Mungkin ada sebab mengapa jadi begitu, tanyakan pada anak apa yang mereka inginkan. Sediakan menu pelbagai dan pastikan ada kandungan nutrisi di dalamnya. Terangkan juga kepada anak apa yang anda sediakan serta kebaikannya untuk mereka.
Jika anak tidak mahu makan banyak pada kali pertama, jangan berputus asa. Teruskan berinovasi dan cipta resipi yang mengikut selera anak anda. Anak-anak akan makan juga akhirnya walaupun mengambil masa.

Artikel Menarik: [Usia 2-8 Tahun Perlu Minum 2 Cawan Susu Setiap Hari, Jangan Abaikan Pengambilan Susu!]
Ketika makan, elakkan memarahi atau memksa anak untuk makan seperti orang dewasa. Dalam proses membesar, mereka masih mencuba dan mencari apa yang mereka suka. Tanyakan pada anak apa yang mereka gemari dan cubalah hasilkan makanan seperti yang mereka inginkan. Jika ada masa yang terluang, ibu boleh libatkan anak-anak ketika proses memasaknya. Pasti mereka lebih teruja untuk memakan hidangan itu.
The post Perut Anak Tak Sama Macam Kita, Jangan Paksa Dia Makan Banyak Sangat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perut-anak-tak-sama-macam-kita-jangan-paksa-dia-makan-banyak-sangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Mula Makan Tak Habis Banyak Jangan Paksa Kenalkan Perlahan Lahan

Anak Mula Makan Tak Habis Banyak Jangan Paksa Kenalkan Perlahan Lahan

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 452 hits
Seperti mana yang kita ketahui makanan utama untuk bayi baharu lahir sehingga usianya enam bulan adalah susu ibu atau susu formula sahaja Makanan lain selain susu adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk bayi sebelum usia enam bulan kerana...
Kena Belah Perut Untuk Keluarkan Anak Pengorbanan Sama Hebat Macam Normal

Kena Belah Perut Untuk Keluarkan Anak Pengorbanan Sama Hebat Macam Normal

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 443 hits
Pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya tidak dapat dibalas dengan segala kemewahan dunia Ketika bersalin ibu langsung tidak memikirkan tentang diri sendiri apa yang penting anaknya selamat dilahirkan Bukan semua ibu dapat bersalin...
Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 430 hits
Terlalu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan Memang seronok bila tengok si kecil makan tapi perlu dipertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana ketika itu baru si kecil memerlukan kalori tambahan dalam pemakanan merek...
Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 385 hits
Dalam membesarkan anak anak setiap orang ada cara dan pendekatan yang tersendiri untuk mengajar dan mendidik Paling penting jangan sampai anak anak rasa tertekan dan jadi tak seronok tiap kali mama papa nak ajar mereka Keadaan yang tertekan...
Tak Susah Pun Buat Pizza Sendiri Untuk Anak Ringkas Je Rasa Sama Macam Kedai

Tak Susah Pun Buat Pizza Sendiri Untuk Anak Ringkas Je Rasa Sama Macam Kedai

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 336 hits
Selain nasi roti dan aneka mi pizza antara makanan yang cukup disukai anak anak kecil kita Bentuk dan rupanya yang berbeza ditambah dengan aneka sayuran di atasnya membuatkan kanak kanak mudah tertarik dengan pizza Namun menyediakan pizza t...
Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

Makan Mi Segera Nanti Anak Terbelit Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 417 hits
Masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai mitos berkaitan pemakanan yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Sebagai contoh jangan makan mi segera kerana khuatir bayi akan terbelit atau jangan minum kopi takut anak berkulit gel...
Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 435 hits
JANGAN MENANGIS Malulah Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yan...
Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama

Anak Asyik Bergaduh Rupanya Mak Ayah Tak Amalkan Makan Sama Sama

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 632 hits
Anak anak kita ada perangainya masing masing Bila mereka duduk bersama tiba tiba boleh bercakar Itu adalah perkara normal ada saja perkara yang akan menyebabkan mereka bergaduh Pergaduhan ini boleh merapatkan hubungan mereka tetapi tidak el...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi