Anak Aril Pilus Diserang Rotavirus Allahuakbar Tak Sanggup Tengok Keadaan Anak Sakit
Anak Aril Pilus diserang Rotavirus, “Allahuakbar…tak sanggup tengok keadaan anak sakit.” Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk.
Virus ini boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak di kalangan bayi dan kanak-kanak. Penyakit rotavirus amat mudah berjangkit dan hampir semua kanak-kanak dijangkiti sebelum atau pada usia 5 tahun.
Melalui satu hantaran dilaman Instagramnya, penyanyi Aril Pilus berkongsi tentang keadaan anaknya yang diserang rota virus.
Assalamualaikum, Day 5 #TunAdrienNoah di hospital, baru kuat sikit nak share keadaan anak, kalau share 2-3 hari sebelum, Allahuakbar.. saya sebagai bapa tak sanggup nak tengok keadaan dia sakit dan lemah ketika itu.
Now my baby boy nampak segar dan steady sikit, baru la daddy kuat nak kongsi video si comel ni. To all mother and father out there, please take care of ur kids ya!
Penyakit pelik-pelik je sekarang ni.. oh ya! Masuk hospital sebab rota virus, VIRUS NI SANGAT JAHAT YA! SANGAT-SANGAT JAHAT, kat wad kanak-kanak ni denggi, influenza dan rota virus je most of them yang masuk, takpe Allah SWT uji sebab Allah SWT sayang dan Allah SWT tau kita mampu hadap.. so kita kene reda dan strong!!!
Doakan Noah ya uncle and auntie – tulisnya diruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Khairil Azam Pilus (@arilpilus)
Perkongsian Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus turut dibanjiri dengan komen serta doa daripada peminat dan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
INFO TENTANG ROTAVIRUS
Apakah jangkitan Rotavirus?
Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan.
Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.
Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.
Untuk info, Aril mendirikan rumah tangga dengan Puteri Erma Adlina Megat Ami pada 20 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tun Adriel Mikael, 9 dan Tun Adrien Noh, 2 tahun.
Sumber: Instagram Aril Pilus dan Public Health Malaysia
The post Anak Aril Pilus Diserang Rotavirus, “Allahuakbar…Tak Sanggup Tengok Keadaan Anak Sakit” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-aril-pilus-diserang-rotavirus-allahuakbar-tak-sanggup-tengok-keadaan-anak-sakit/