Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu


‘Potty train’ anak lelaki dan perempuan tidak sama, ada cara ibu bapa kena tahu. Mengajar anak ‘potty train‘ atau latihan tandas bukanlah satu perkara yang mudah. Perlu diketahui juga cara potty training anak lelaki dan perempuan juga tidak sama.

‘Potty Train’ Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama Ketika anak anda mula menunjukkan kesediaan untuk menggunakan tandas, mungkin anda sudah pun membuat carian di internet mengenai tip potty train yang boleh dicuba. Umumnya, tiada satu cara yang betul atau tepat untuk melatih anak menggunakan tandas.
Namun terdapat beberapa perbezaan antara latihan tandas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang perlu diketahui sebelum mencuba sebarang cara ajar anak potty train.
Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu LIMA perbezaan cara potty training anak lelaki dan perempuan: Kredit foto: Freepik 1. Peralatan latihan tandas
Tempat duduk tandas (over-the-toilet seat) yang dijual di pasaran boleh digunakan sama ada untuk anak lelaki atau perempuan. Bahkan, tandas mini (mini-potty) juga tiada masalah untuk digunakan bagi kedua-dua jantina.
Namun cara potty train anak perempuan menggunakan potty chair amat disarankan kerana ia membantu menenangkan lantai pelvis mereka.
Jika memilih untuk menggunakan tempat duduk tandas, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyediakan bangku tangga.
Seperti dikatakan pada awal tadi, anak lelaki juga boleh menggunakan peralatan sama cuma mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza.
2. Posisi duduk dalam cara ajar anak potty train
Untuk anak perempuan, anda disarankan untuk menggalakkan mereka duduk ke belakang dengan lutut dibuka – ini dapat membantu otot pelvis mereka berehat.
Manakala untuk anak lelaki, mereka perlu menolak zakar ke bawah, sebelum atau semasa duduk supaya tidak berlaku ‘percikan air kencing’ di merata-rata bahagian bilik air.
Kanak-kanak lelaki yang sedang belajar latihan tandas juga mungkin perlu mencondongkan badan ke hadapan bagi memastikan zakar mereka kekal menghala ke bawah semasa proses kencing berlaku.
Jika anak lelaki anda ingin kencing berdiri, bantu mereka untuk dapat kekal berdiri dekat dengan tandas dan kaki dibuka supaya air kencing menuju ke arah yang betul.
Sekiranya ada anak perempuan yang ingin mencuba untuk kencing berdiri, biarkan – kerana pada akhirnya mereka akan menyedari bahawa ia bukanlah cara yang sesuai untuk jantina mereka.
Kredit foto: Freepik 3. Teknik mengelap dalam cara ajar anak potty train
Apabila bercakap mengenai latihan tandas, terdapat perbezaan anatomi yang perlu dipertimbangkan.
Dalam cara potty train anak perempuan, si kecil anda perlu diajar untuk mengelap dari depan ke belakang dan ia merupakan tabiat yang harus dikembangkan sejak daripada kecil.
Kenapa? Ini penting bagi mencegah penyebaran jangkitan saluran kencing (UTI). Jangkitan ini adalah lebih kerap berlaku kepada perempuan kerana uretra yang lebih pendek dan lebih dekat dengan dubur.
Untuk anak lelaki, perkara ini kurang menjadi tumpuan, sebaliknya perkara penting adalah bagi memastikan mereka dapat mengawal kedudukan zakar semasa kencing.
4. Guna taktik berbeza
Untuk mengekalkan minat si kecil semasa latihan tandas, anak perempuan anda mungkin lebih cenderung duduk di tandas lebih lama jika dipasangkan muzik kegemaran atau mempunyai teman untuk bercakap di tandas sepanjang ‘proses tersebut’ berjalan.
Cara potty training anak lelaki juga tidak jauh berbeza dalam penggunaan taktik. Cuma anda mungkin mendapati si kecil lebih tertumpu kepada zakar dan apa yang berlaku.
5. Tahap perkembangan
Secara purata cara ajar anak potty train bagi anak perempuan bermula ketika mereka berusia 30 bulan atau 2 tahun 5 bulan, manakala anak lelaki memerlukan lebih masa tambahan.
Pun begitu, segalanya bergantung kepada tahap kesediaan anak itu sendiri. Hanya anda dapat mengetahui bila si kecil sudah bersedia dan menyediakan pelan bersesuaian dengan tahap keperluan mereka untuk mencapai perkembangan tersebut.
Petua dan cara ajar anak potty train untuk panduan ibu bapa.
Tidak kira sama ada anak anda lelaki atau perempuan, berikut merupakan beberapa petua universal yang boleh dijadikan panduan:
Pastikan anak bersedia
Jika anda merasakan si kecil sudah bersedia untuk latihan tandas tetapi tidak berjaya, ambil masa untuk berehat seketika dan mulakan kembali proses dalam beberapa minggu atau bulan.

Jangkaan ibu bapa
Tiada had umur dan tempoh masa tetap untuk latihan tandas ini berjaya dilakukan. Namun secara puratanya ia boleh berlangsung sehingga 8 bulan.
Anda boleh membuat carian di internet untuk mendapatkan info dan pengalaman potty train ibu bapa lain. Tetapi jangan membiarkan pengalaman individu lain menekan anda untuk memulakan proses ini jika si kecil belum bersedia.
Jika bermula terlalu awal, ia boleh mengakibatkan anda berdepan proses yang lebih lama dan mungkin memenatkan.
Seperkara yang perlu anda ketahui, ada kanak-kanak mungkin hanya berminat untuk belajar melakukan satu perkara sahaja pada satu-satu masa.
Contohnya, anak mungkin berminat untuk mula membuang air kecil di dalam mini-potty dan selesa membuang air besar menggunakan lampin.
Sekiranya ini situasi yang anda alami, usah memarahi anak, sebaliknya tetaplah memberikan mereka galakan.
Kemungkinan akan terbabas
Walaupun anda berjaya menggunakan cara ajar anak potty train, masih wujud kemungkinan untuk si kecil ‘terbabas’ atau terkencing di atas katil semasa tidur mahupun ketika berada di luar.
Kemalangan yang tidak disengajakan ini boleh berlaku tidak mengira jantina si kecil. Jadi sentiasa bersedia untuk berdepan keadaan tersebut – meletakkan alas di katil dan membawa pakaian ekstra bersama ketika keluar.
Elakkan daripada memarahi anak sekiranya keadaan ini terjadi. Menjadikan latihan tandas sebagai pengalaman negatif pada mana-mana peringkat hanya akan menyukarkan anak untuk berjaya melepasi fasa ini.
Pengalaman setiap ibu bapa dalam melalui proses latihan tandas ini pastinya akan berbeza antara satu sama lain. Paling penting adalah untuk bersabar.
Cara ajar anak potty train dianggap berjaya apabila si kecil menyedari bahawa mereka perlu menggunakan bilik air, masuk ke bilik air sendiri serta boleh membersihkan diri selepas menggunakan tandas sama ada dengan sedikit atau tanpa bantuan.
Sumber: Hello Doktor
Baca artikel lain juga: Talita Sepahkan Satu Rumah! Anak Raja Ilya Susun Tisu Tandas Buat Tower
Dua Kali Give Up Akhirnya Anak Berjaya Potty Train, Ibu Ni Kongsi Tip Mudah!
Nak Tahu Anak Dah Ready Untuk Potty Train Buat Ujian Fizikal Ini
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post ‘Potty Train’ Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama, Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/potty-train-anak-lelaki-perempuan-tak-sama-ada-cara-ibu-bapa-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Duduk Posisi W Ibu Bapa Jangan Biar Hentikan Habit Ini

Anak Suka Duduk Posisi W Ibu Bapa Jangan Biar Hentikan Habit Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 115 hits
Anak suka duduk posisi W ibu bapa jangan biar hentikan habit ini Ramai ibu bapa tak kisah apabila anak duduk dengan posisi yang salah terutamanya yang berbentuk W Alasannya sebab anak kecil lagi dan apabila dah besar tabiat itu akan hilang ...
Ibu Bapa Pasangan Selebriti Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Anak

Ibu Bapa Pasangan Selebriti Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Anak

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 173 hits
Sebelum ini tular sebuah klip video dalam majlis pertunangan adik kepada selebriti Indonesia Atta Halilintar iaitu Thariq Halilintar mengenai ibu bapa mereka Dalam video klip itu bapa Atta iaitu Anofial Asmid menegur pengacara majlis agar m...
Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini Kalau Pernah Buat Segera Hentikan

Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini Kalau Pernah Buat Segera Hentikan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 123 hits
bila ibu bapa lakukan kesilapan ini kalau pernah buat segera hentikan Anak yang memilih milih makanan atau dikenali sebagai seringkali menjadi masalah kepada ramai ibu bapa Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini Kecenderungan...
Gila Gelaran Netizen Menyampah Ibu Bapa Atta Halilintar Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Bila Panggil Nama Anak

Gila Gelaran Netizen Menyampah Ibu Bapa Atta Halilintar Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Bila Panggil Nama Anak

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 188 hits
Sedia maklum pasangan selebriti Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri Aurel Hermansyah telah selamat menunaikan ibadah haji baru baru ini Malah sudah menjadi kebiasaan buat mana mana umat Islam yang telah selesai menunaikan ibadat ters...
Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 231 hits
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak kanak autisme itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu Zaim Ikhwan Zahari dan...
Anak Lambat Berjalan Usia Sudah 18 Bulan Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab

Anak Lambat Berjalan Usia Sudah 18 Bulan Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 145 hits
usia sudah ibu bapa kena tahu faktor penyebab Bila usia anak sudah hampir namun masih lagi tidak boleh berjalan ibu bapa yang tidak bimbang Anak Lambat Berjalan Usia Sudah 18 Bulan Melihat anak orang lain yang sebaya sudah boleh berjalan su...
Ibu Bapa Mohon Bantuan Kesan Anak Hilang Dari Asrama

Ibu Bapa Mohon Bantuan Kesan Anak Hilang Dari Asrama

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 239 hits
JEMPOL Sepasang suami isteri memohon bantuan orang ramai bagi mengesan anak sulung mereka yang hilang dari asrama sekolah sejak 9 Jun lalu Ibu kepada remaja itu Nik Nurhayati Nik Mohd Marzuki 33 berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya it...
Cara Basuh Bantal Busuk Anak Dengan Betul Supaya Tidak Rosak

Cara Basuh Bantal Busuk Anak Dengan Betul Supaya Tidak Rosak

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 146 hits
Sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala Bantal termasuk sarungnya sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur peluh kulat dan sebagainya Maka cara...
Hidap Kanser Paru2 Tahap Empat Anak Kamal Bakar Dedah Bapa Alami Strok

Hidap Kanser Paru2 Tahap Empat Anak Kamal Bakar Dedah Bapa Alami Strok

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 231 hits
Anak kepada pelakon senior Kamal Bakar iaitu Muhammad Hanis Kamaruldzaman dedah bapa alami strok selain disahkan hidap kanser paru paru tahap empat Hanis memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan bapanya menerusi sebuah hantaran di platfo...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda