Anak Anak Tak Pernah Silap Lelaki Ini Kongsi Cara Hadapi Teletah Anak Kurang Ajar


“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Bagaimana acuan begitulah kuihnya” Antara peribahasa yang begitu sinonim dan acap kali digunakan oleh masyarakat kita. Ia cukup membuktikan bahawa setiap ibu bapa itu ibarat pelukis yang begitu penting untuk mencorak sikap dan tingkah laku anak-anak.
Maka, semua ibu bapa perlu menjauhkan mentaliti ambil mudah mahupun perasaan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan sahsiah atau akademik anak-anak kerana merasakan bahawa ia merupakan tugas hakiki seorang guru semata-mata.
Kadangkala sebagai ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak akan mengikuti apa sahaja perilaku yang ditunjukkan termasuk setiap bait perkataan yang kelaur dari mulut kita.
Anak tak pernah salah ! Malam semalam saya terpaksa tegur isteri supaya jaga mulut bila bercakap dengan anak. 2 hari yang lepas, selepas selesai solat isyak saya dengar rania dah menangis. Bila di tanya kenapa rania menangis. Isteri saya dengan muka berkerut jawab,
“Abg tengok rania dia dah pandai cakap KAU DIAMLAH dekat jaja ( mak ngah rania )”
Saya dengar dan noted. Tengok rania dekat atuk dan nenek, jadi saya biarkan. Nanti kalau dia perlukan saya dia sendiri akan datang mengadu.
Semalam, tepat jam 10.30 malam aisy tiba-tiba bangun dari tidur. Aduh, kelam kabut semua orang bila dia bangun tidur tengah-tengah malam. Orang lain baru nak landing tidur, dia pula bangun.
Dalam kelam kabut isteri cuba tidurkan semula aisy tu rania pun masuk dalam bilik. Aisy tak boleh nampak atau dengar suara rania, comfirm dia akan bangun duduk dan ajak main.
Masuk je rania terus sebut,
“Yeah! Aisy dah bangun”
Isteri dengan spontan cakap pada rania,
“Diamlah!”
Hah, ini la yang saya nak tegur.
Rania ni dia jenis AUDITORY. Maknanya telinga dia sensetif ya amat! Apa sahaja yang dia dengar dia akan ikut. Budak 5 tahun mana la tahu beza “bad word” dan “good word”. Semua dia hentam cakap.
Kalau dengan budak auditory sebaiknya guna “hand sign” kalau nak tegur suruh diam. Cukup sekadar letak jari di mulut. Lama-lama nanti dia faham.
Tak boleh cakap sebarangan, silap haribulan dia akan cakap balik kat kita. Masa ni kita nak berkerut dahi pun tak guna, perkataan tu dah pun melekat kat otak dia.
Semakin kita marah, semakin banyak “bad word” yang keluar. Tapi sebenarnya budak 4-6 tahun Potty Talk (bahasa kesat) tu normal. Sebab mereka masih lagi dalam proses experimentasi dengan bahasa.
Kalau anak pandai cakap kau diam, bodoh atau giler tu bukan kurang ajar ye tuan puan, tapi tu terlebih belajar namanya..
Ada 3 benda kita boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka Potty Talk supaya gejala negatif ni tak berterusan sehingga dewasa.
1 – Jangan Sentap! Pertama sekali tak boleh sentap! Anak tu tak ada niat pun sebenarnya. Malah dia tak faham pun apa yang dia cakap. Dia main hentam je, kan anak masih dalam fasa experimentasi bahasa lagi.
Daripada sentap lepas tu marah atau jentik mulut anak baik peluk dan cium dahi dia. Dapat juga pahala sebab sabar dan serotonin meningkat jadi gembira anak beranak.
2 – Bertenang Bawa bertenang. Bila kita mampu bertenang baru kita mampu untuk kawal mulut supaya tak terkeluar lebih banyak lagi “bad word”.
Dan hanya dalam keadaan tenang sahaja otak kita boleh berfikir secara rasional. Kalau tak memang otak emosi la yang berkuasa. Habis semua sumpah seranah nenek moyang kita semua keluar.
3 – Jangan gelabah atau terkejut Dan yang terakhir kena buat buat “cool” bila depan anak. Anak cakap bodoh kita senyum, anak cakap giler kita senyum. Barulah anak kita tak cepat mengamuk bila orang mengata dia nanti.
Awas! Sekali anak “detect” potty talk tu beri kesan pada kita, anak akan anggap ia sebagai “powerful word”. Dia akan guna lagi dan lagi powerful word tu untuk hukum kita. Tak mustahil dia akan guna juga dekat kawan-kawan dia nanti.
Rumah ni ibarat makmal untuk anak-anak buat experimen. Apa sahaja yang dia nampak dan belajar dari luar rumah dia akan uji kat dalam rumah.
Mak ayah la selalu jadi mangsa ujikaji anak-anak. Itu sebab mak ayah kena beri hasil yang baik supaya anak-anak tak tersalah belajar.
Ingat! Anak adalah bayangan mak ayah.
Tolong sampaikan juga post ini pada orang lain ye supaya mereka pun dapat ilmu yang bermanfaat ni.
Sumber : Mohd Fhais 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/23/anak-anak-tak-pernah-silap-lelaki-ini-kongsi-cara-hadapi-teletah-anak-kurang-ajar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 364 hits
Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak lelaki pula jarang diasuh membuat kerja kerja rumah kerana suda...
Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah Supaya Mereka Boleh Berdikari

Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah Supaya Mereka Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 797 hits
Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah Supaya Mereka Boleh Berdikari Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak ...
Cara Mendidik Anak Dan Kesalahan Yang Sering Ibubapa Lakukan

Cara Mendidik Anak Dan Kesalahan Yang Sering Ibubapa Lakukan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 376 hits
Perkara paling seronok apabila bergelar ibubapa adalah tatkala hadirnya penyeri hidup dalam keluarga iaitu anak Saat yang ditunggu selama 9 bulan 10 hari akhirnya diterjemahkan dengan lahir nya malaikat kecil yang bergelar anak didunia ini ...
Tak Mampu Kongsi Nasihat Sebab Saya Pun Pernah Cerai

Tak Mampu Kongsi Nasihat Sebab Saya Pun Pernah Cerai

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 267 hits
Pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini Nora Danish menganggap komunikasi merupakan kunci kebahagaiaan sesebuah rumah tangga Biarpun sudah dua tahun berumah The post appeared first on
Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 490 hits
Proses penyediaan susu formula bayi perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi kimia ke dalam bancuhan tersebut Pencemaran yang berlaku akan mengganggu kesihatan bayi khususnya boleh menyebabkan cirit...
Gigi Anak Rosak Bukan Salah Minum Susu Masa Tidur Salahnya Dekat Cara Berus Gigi

Gigi Anak Rosak Bukan Salah Minum Susu Masa Tidur Salahnya Dekat Cara Berus Gigi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 523 hits
Walaupun anak tak ada gigi tapi anak tetap minum susu dan makan kan Selagi ada sesuatu yang masuk ke dalam perut anak Selagi itulah anda perlu memberus gigi dan membersihkan mulut anak anda Baca Anak saya minum susu sampai tidur sebab tu gi...
Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 524 hits
Bila mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut bagaimana kita sampaikan mesej apa yg kita bu...
Cara Nak Reda Dengan Sikap Suami Yang Macam Macam Wanita Ini Kongsi Amalan Zikir

Cara Nak Reda Dengan Sikap Suami Yang Macam Macam Wanita Ini Kongsi Amalan Zikir

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 605 hits
Hidup dalam alam rumah tangga pasti ada ujiannya Ujian itulah yang membentuk diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur selain merapatkan diri kita kepada Allah SWT Sentiasalah bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik baik aka...
Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Protect Adik Beradik Perempuan Nanti Yang Untung Ibu Ayah

Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Protect Adik Beradik Perempuan Nanti Yang Untung Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 727 hits
Anak lelaki dan perempuan memang mempunyai karakter berbeza Hasil didikan ibu ayah amat penting untuk menggilap potensi diri menjadi lebih baik dan boleh diharap Anak lelaki dan perempuan harus dididik menjadi insan yang boleh berdikari dan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids